MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Jumaat, 29 Mei 2009

SARDIN MASAK LEMAK

Resepi ini asal dari kampung suami saya , ikan sardin dalam tin di masak lemak memang sedap..Suami saya cerita dulu masa dia kecil cara mak dia nak jimat duit ialah dengan beli sardin dalam tin , ye la 30 tahun dulu harga 1 tin sardin yang besar pun hanya RM 1.80 , kira murah la boleh dimakan sampai ke malam. Bila saya kawin dengan suami baru saya jumpa menu ikan sardin yang dimasak cara ni . Saya masa membesar tinggal dengan parents memang tak pernah makan sardin sebab abah saya tak suka ikan sardin dalam tin ni...bila dah hidup berkeluarga baru mula makan sardin sebab suami saya gemar sangat ikan sardin dalam tin. Saya pun suka makan resepi ni memang sedap...

BAHAN-BAHAN :
1 tin ikan sardin mackerel
2 cawan santan pekat
1 biji bawang besar
1 helai daun kunyit
4 biji ubi kentang
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :
4 biji cili api
2 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :
1) Kupas semua ubi kentang dan bawang besar serta dipotong empat.
2) Masukkan santan dan bahan tumbuk dalam periuk dan masak kuah sampai hampir mendidih kemudian masukkan ubi kentang dan daun kunyit . Guna kan api dapur yang sederhana supaya kuah masak secara perlahan-lahan dan tak pecah minyak . Biar kan ubi kentang masak sampai empuk .
3) Masukkan semua ikan sardin makeral dan kuah nya sekali , kacau semua bahan supaya menjadi mesra dan sekata. Akhir sekali rasa garam jika kurang masin tambah la garam.

Rabu, 27 Mei 2009

IKAN PEKASAM GORENG

Hmmm sedap betul makan ikan pekasam ni dengan nasi je.. Saya memang cukup gemar ikan pekasam , dulu masa tinggal di Kedah ikan pekasam ni mudah nak dapat sebab disana ikan pekasam ni makanan sampingan bagi pembuka selera.Ikan pekasam yang saya goreng ni jauh datangnya dari Kulim , suami sya kirim pada kawan sepejabatnya yang balik kampung.
Dekat pasar di area rumah saya ni pun ada jual ikan pekasam tapi kurang sedap la... kalau kawan suami ini balik kampung memang selalu suami saya kirim pada dia..ikan pekasamnya fresh dan kurang masam kira tastenya balance la...

BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan pekasam
1 bji bawang besar
3 biji cili kering

CARA MEMASAK :
Potong bawang besar dan cili kering.Panas kan minyak dan goreng ikan pekasam dahulu sampai masak dan angkat ikan pekasam ni. Buang sedikit minyak ikan ini dan terus masukkan bawang besar dan cili kering , goreng sampai bawang menjadi layu .Angkat bawang dan cili serta terus taburkan ke atas ikan pekasam yang sudah di goreng terdahulu tadi. Dah pun siap hmmm sedap....

Selasa, 26 Mei 2009

SALMON BERSOS KRIM LEMON

Semalam untuk lunch saya masak resepi ini , minggu sudah pegi ke Maidin dan beli kepingan ikan salmon sebab harganya yang murah dari tempat lain. Saya cipta sendiri resepi dan hmmm yummy . Ikan salmon ni kalau nak sedap sosnya mesti ada masam dan berlemak creamy  dan anak sulung saya Aisyah minta saya masak lagi resepi ni sebab dia suka sangat....

Resepi yang saya bagi ini untuk 4 orang ....

BAHAN-BAHAN :

4 keping ikan salmon
2 ikat asparagus
1 ketul cauliflower -saiz sederhana
1 batang carrot

BAHAN-BAHAN SOS :

1  sudu teh olive oil
3  ulas bawang putih
1  cawan fresh cream
1  cawan susu segar
2  sudu kecil fresh thyme
1  sudu kecil mustard
1  sudu besar jus lemon
Garam secukup rasa

CARA MEMASAKNYA :

1) Bersihkan ikan salmon kemudian gaulkan dengan sedikit garam dan black pepper , perap selama 1 jam.Kemudian panaskan 1 sudu besar minyak zaiton dan goreng ikan salmon sampai masak.


Ikan salmon yang sudah digoreng

2) Potong semua sayur mengikut cita rasa sendiri .Goreng semua sayur dalam lebihan minyak mengoreng ikan salmon tadi.Goreng sekejap saja semua sayur supaya tidak over cook sebab nanti sayur jadi terlalu lembut dan lembik.
3) Panas kan satu sudu teh minyak zaitun dan tumis bawang putih yang dicincang halus sampai wangi. Kemudian terus masukkan susu , cream , thyme , mustard dan kacau sehingga mendidih.
4) Bila kuah mula mendidih masukkan garam dan jus lemon jika suka lebih masam masukkan lagi jus lemon.Biarkan kuah mendidih dan masak , boleh la ditutup api. Menu ni lebih sedap jika makan sewaktu masih panas.

Isnin, 25 Mei 2009

CUPCAKES


Week end yang lepas saya bake lagi cup cake untuk dibawa ke rumah kakak saya untuk family gathering , deco untuk cake saya simple je sebab nak cepat siap.


Cup cake ni saya gunakan coklat ganache dan grated white coklat + coklat cips.


Cup cake ni saya guna colored sugar dan manik-manik bintang jee..


Semua cup cake saya yang dah siap.

BAKING CLASS

Sabtu sudah dari pagi sampai petang saya ke baking class lagi , kali ni saya ke kelas fondant cake decoration.Dulu saya dah belajar 3D fondant kali ni saya nak kumpul ilmu dengan chef pula.
Memang macam tu perangai saya nak tahu dan nak cuba kebolehan saya sendiri sampai takat mana. Bila dah spend 7 jam baru la saya tau memang penat la tapi tak pa la nak tuntut ilmu ni ada yang senang dan kadang-kadang susah. Saya belajar ni sebab nak buat kek birthday princess untuk party birthday anak-anak saya nanti ni , baru la best dapat buat kek sendiri untuk anak-anak dan lebih jimat duit sebab tak yah dah beli kek hehehehe...


Beberapa peralatan yang saya baru beli , masa ni kelas baru start chef dok cerita sat sebelum kami hand-ons dengan kek dummie masing-masing. Saya nak masuk lagi kelas masak lain macam kuih talam , kelas pizza , kelas biskut raya, kelas tart kelas pastry , kelas cake mcm cheese dan macam-macam kelas lagi la. Saya memang suka sangat masak hehehehe...


Ni proses menghias kek , chef ajak kami pelbagai teknik dan kami apply kan pada kek masing-masing . Saya perlu banyak practice lagi la ....


Bila balik rumah baru la saya dapat snap banyak gambar kek saya yang dah siap ni ok la kan.....



Nak hias kek guna fondant ni kena banyak la bersabar dan perlukan minat yang sangat mendalam kalau tak mungkin kita akan cepat give-up.Saya masih sabar lagi hehehhe...dan akan terus practice . Walau bagaimana pun menjahit is still my no.1 passion.

Jumaat, 22 Mei 2009

KEK COKLAT

Petang semalam saya bake coklat cake ni , anak-anak memang suka la coklat kek dan saya pun suka tapi bila dah berumur macam sekarang ni saya hanya boleh makan satu slice ja... . Ini terkenang kisah lama lagi...masa saya muda remaja umur 16-17 tahun dulu bila kakak sulung saya balik kampung masa week ends kadang-kadang dia mesti masak kek coklat dan saya la tukang menghabiskan kek tu hehee... . Sekarang ni semua tu dah tinggal kenangan ja...


Adunan kek yang dah siap dan ready untuk masuk oven...


Buah strawberry untuk hiasan atas kek , coklat ganache yang manis memang sedap la di makan dengan strawberry yang masam manis ni..


Taraaa.... dah siap di hias pun kek coklat saya ni , coklat ganache meleleh ke tepi kek tak pa la anak -anak saya suka banyak coklat .



kek coklat yummy ......

Selasa, 19 Mei 2009

SIMPLE BREAKFAST

Scramble egg sausages

BAHAN-BAHAN :
1 peket sausage
4 biji telur
2 ulas bawang putih 
sedikit butter

CARA MEMASAK :
1) Kupas bawang putih dan cincang bawang putih sehingga lumat . Potong sausage nipis-nipis. 
2)Panas kan butter dalam frying pan dan tumiskan bawang putih sehingga harum kemudian masukkan sausage dan goreng sehingga masak. Akhir sekali masukkan telur dan sedikit garam , kacau telur dan sausage dengan laju supaya menjadi mesra. 
Boleh juga dimasukkan chedder cheese untuk lebih sedap.


Ahad, 17 Mei 2009

SAMBAL PARU

Sambal paru ni pun menu kesukaan saya hmmm sedap , mudah juga nak masak resepi ni , cuba la. Selalu saya masak sambal paru ni bila saya masak kuah lodek makan dengan lontong. 


BAHAN-BAHAN :
1 kilo paru
1 bawang merah yang besar- di potong nipis
1 sudu teh asam jawa segera
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DIKISAR HALUS :
20 biji cili kering
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 cm belacan

CARA MEMASAK :
1) Rebus paru sampai masak atau separh masak , yang penting paru ni menjadi kenyal dan mudah dipotong.Potong paru menjadi kepingan kecil dan gaulkan paru ni bersama garam dan sedikit kunyit . Panaskan minyak dan goreng paru sehingga masak , angkat dan toskan paru ini.
2) Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi dan kacau.Biarkan sambal masak samapi terbit minyak kemudian masukkan garam dan gula serta asam jawa.Kacau sambal dan masukkan paru yang sudah digoreng tadi seterusnya masukkan bawang merah yang di potong nipis tadi. Kacau semua bahan supaya paru bersalut dengan sambal .

KARI AYAM

Saya cukup suka makan kari ayam selain dari kari ikan , anak-anak saya pun hanya suka makan kari ayam sahaja.So , pagi tadi saya masak la kari ayam untuk lunch kami sekeluarga. Saya suka letak banyak ubi kentang dalam kari ayam ni dan saya biarkan ubi kentang ni cukup empuk sebab anak-anak saya suka hancurkan ubi kentang ni bila makan nasi ,berselera sungguh mereka makan nasi hari ni...

BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam
5 biji ubi kentang yg besar
4 cawan santan pekat
1 peket rempah kari ayam
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kayu manis - 1 batang je
3 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

1) Kupas bawang, halia dan mayang halus semua bawang serta halia ini , panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang bersama kayu manis, bunga lawang dan cengkih sehingga terbit bau wangi.

2) Campurkan rempah kari dengan sedikit air di dalam mangkuk plastik .Bila bawang sudah layu , masukkan rempah kari dan terus kacau sehingga rempah kari masak dan terbit minyak.


3) Kemudian masukkan semua santan dan kacau , masukkan semua ubi kentang dan biarkan kuah mendidih sekejap.Masukkan ayam dan garam dan kacau supaya semua bahan mesra.

4) Perlahan api dapur dan tutp periuk dengan tudung periuk , biarkan kuah terus mendidih . Kacau kuah sekali-sekala dan bila ayam dan ubi kentang sudah masak boleh la di tutup api dapur dan hidangkan kari ayam ini.


Kari ayam hmmm yummmy.

Sabtu, 16 Mei 2009

KANGKUNG GORENG BELACAN

BAHAN-BAHAN :
2  ikat kangkung
1  genggam udang kering
2  biji bawang merah
2  ulas bawang putih
1  biji cili merah
2  cm belacan
2  sudu sos tiram

CARA MEMASAK :


Tumbuk sehingga lumat bawang merah, bawang putih, udang kering, cili merah.

Panaskan sedikit minyak , tumis bahan tumbuk dan masukkan sos tiram , terus kacau sehingga bahan tumbuk menjadi wangi dan sudah masak.


Masukkan kangkung dan sedikit air dan terus kacau supaya semua bahan menjadi mesra dan kangkung cukup masak. Jangan biar kangkung masak terlalu lama sebab nanti kangkung akan menjadi lembek .
Kangkung goreng belacan yang sudah masak yummy.


Jumaat, 15 Mei 2009

IKAN BAWAL KUKUS


BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan bawal sederhana besar
3 biji bawang putih
3 cm halia
1 biji bawang besar
2 biji tomato
Sedikit daun sup

SEASONING:
4 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
3 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil kicap pekat
1 sudu kecil lada hitam

CARA MEMASAK :
1) Sediakan periuk kukus , bersihkan ikan bawal dan kelar-kelas badan ikan bawal ini. Potong swmua bawang dan halia nipis-nipis kemudian tabur di dalam pinggan dan sekeliling ikan bawal. Masukkan sedikit halia dan bawang ke dalam perut ikan.
2) Satukan semua bahan sesoning dan curahkan ke atas ikan bawal didalam mangkuk. Potong tomato dan daun bawang dan tabur ke atas ikan bawal ini.
3) Kukus ikan bawal selama 30 - 40 minit atau sehingga ikan cukup masak.

Khamis, 14 Mei 2009

SAUSAGE ROLL BUN

Dah lama saya tak buat dan masak bake roti , semalam untuk minum petang saya buat sausage roll bun, kami sekeluarga memang suka sangat makan roti ni terutama anak-anak saya. Nak buatnya pun ok la mudah juga.

BAHAN-BAHAN:

Bahan A:

330 gm tepung tinggi protein
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar susu tepung
60 gm gula castor

Bahan B :

1 biji telur- grade A

Bahan C:

120 ml air
10 grm yeast segera

Bahan D :

40 grm butter


Untuk glazing :

1 biji telur - dipukul sehingga kembang

Untuk Filling :

sausage

CARA MEMASAK :

1) Satukan bahan A di dalam mixer dan adun bahan seketika sehingga mesra . Kemudian masukkan bahan B dan C adun lagi selama 10 minit sehingga terbentuk doh roti . Masukkan bahan D dan pukul serta adun lagi menggunakan mixer sehingga doh menjadi lembut dan texturenya kenyal.

2) Biarkan doh rehat di dalam mangkuk yang ditutup dengan kain lembab. Biar doh naik selama 35 minit - 1 jam sehingga doh menjadi 2 kali ganda dari saiz asal. Kemudian tumbuk-tumbuk doh untuk buang udara yang terperangkap dan uli sekejap ja dan boleh la di bahagi menjadi ketulan doh kecil seberat 50 gm setiap biji.

3) Uli doh mengguna tangan sehingga doh menjadi panjang dan lilit lah sekeliling sausage. Buat sehingga habis semua adunan doh ini. Susun dalam loyang membakar yang sesuai dan sapu telur untuk glazing tadi.

4) Pre-heat oven selama 5 minit dalam suhu 180 darjah celcius dan bakar sausage bun ini selama 15 minit . Bila dah masak keluarkan dan biarkan sejuk.

* Saya tiada pengadun roti elektrik jadi saya hanya menguli mengunakan tangan , bila saya menguli saya pastikan adunan roti ini tidak melekat pada tangan. Bila sudah di uli dan adunan ini mudah di canai dan elastik itu tandanya adunan anda sudah betul... cara saya masak ini mengikut pengalaman dari diri saya sendiri kiranya try & error la ye..

Doh yang sudah siap.


Sausage roll yang dah ready untuk di bake selama 15 minit dalam suhu 180 darjah celcius.


Sausage roll bun dah masak.



Anak-anak saya cukup suka makan sausage roll bun ini.

Rabu, 13 Mei 2009

PINK & VIOLET CUPPIES

Saya bake cup cake ini untuk suami bawa ke office dia , saya guna cutter baru yang simple je untuk decorate cuppies ni.Tentang color pula saya memang suka combination warna pink dan violet , comel je.





Saya guna juga butter cream untuk hias cuppies , saya ada la beli beberapa jenis nozel baru . Ok juga guna butter cream , best. Anakk saya Aisyah pun nak cuba decorate guna nozel dan butter cream ni , nanti la lain kali saya bagi dia peluang juga.


Selasa, 12 Mei 2009

CUPCAKES

Malam tadi saya menguli fondant lagi , saja nak perbaiki skill menghias cup cake. Fondant pun banyak lagi so saya kena habiskan secepat mungkin.Lepas makan malam saya pun mula la aktiviti ni memang best.
cup cake tiny ribbon color pink & violet


simple pattern


cup cake siri color orange




CUPCAKES


red rose


tiny presents


anak-anak saya berkenan sangat dengan dekorasi cup cake ni.


my tiny stars cup cake

Ahad, 10 Mei 2009

CARROT CAKE


Saya dan anak sulung memang suka sangat makan carrot cake , selalu saya beli kat kedai cake Resepi Rahsia tu... . Tapi sekarang dah tak rahsia lagi sebab saya dapat bake carrot cake ni ... jimat la duit , buat sendiri ja lagi puas hati. Kakak saya Amy Doblinger ada bagi resepi carrot cake dan saya tambah sikit dengan resepi yang saya dah ada . Kira saya combined 2 resepi la.Ikut resepi kakak saya kena guna olive oil tapi saya kehabisan olive oil jadi saya guna butter.


Carrot cake dan cream cheese frosting.


Dah pun siap , saya sapu je cream cheese ni atas cake , rupa tak lawa tak pa la kan yang penting rasanya hmmm yummmy....


Isi carrot cake saya penuh dengan walnut , kismis dan grated carrot . Lepas ni kalau buat lagi carrot cake saya nak tambah lagi banyak walnut bagi lagi sedap.



Aisyah dan Adlina berselera je kalau makan carrot cake. Actually bila tengok anak-anak suka makan apa yang kita masak , buat kita lagi bersemangat nak masak macam-macam. Saya start masuk kelas pastry dan cake ni adalah sebab minat dan untuk kepuasan diri sendiri selain dari nak masak untuk family.

CUP CAKES UNTUK HARI IBU

Saya rasa nak cuba bake lagi cup cakes , suka-suka untuk makan sendiri dan saya bake untuk kakak saya Amy Doblinger yang kebetulan dia nak datang ke Subang Jaya jumpa dengan anak dia (Adel ) untuk raikan Hari Ibu. So , pagi tadi saya decorate la cup cakes ni , simple je...


Saya cuba guna nozel yang saya baru beli untuk rias boader cup cakes ni , saya agak kekok juga nak guna nozel ni maklum la first time tapi kira boleh la kan . Saya nak kena practice banyak kali lagi ni baru la cekap kalau nak guna lain kali . Fondant ni kakak saya , kak Jun yang bagi saya dan saya simpan elok-elok sebab fondant boleh tahan sampai sebulan.


Saya rias cup cakes ni dengan guna cutter alphabets , i`m happy with my cup cakes decoration simple je .


Boaders untuk cupcakes ni pun saya secara spontan je dapat, memang la saya ni nak kena masuk kelas belajar guna butter cream la pulak dan kena belajar mengenal pattern dari nozel dan cara menggunanya dengan betul.

Jumaat, 8 Mei 2009

CUPCAKE PERTAMA


Minggu ini memang saya rehat sepenuhnya, hari ni baru saya nak masukkan gambar cupcake pertama saya ni, saya decorate cupcake ni mengguna fondant. Cupcake ini saya buat untuk hantaran adik ipar dan rose buds ni saya buat cara yang kakak saya ajar , simple je cupcake saya ok la kan untuk beginner macam saya.
Besok saya sibuk semula sebab nak buat lagi cupcake untuk present sempena Sambutan Hari Ibu pada hari Ahad ini.