Pages

Jumaat, 30 April 2010

AWARD DARI KAK JALILAH JY


Dah lama juga saya tak dapat tag and award so kali ni memang best la bila kak Jalilah teringat nak bagi award sekali dengan tag , thanks kak....



1. COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY AWARD.
Dah buat orait....

2. BERITAHU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI:-
Saya dapat award ni dari kak Jalillah Jy dari blog "Resepi Sumbanganku" blog akak Jalilah Jy ada banyak resepi yang best-best...


3. TAJUK POS KORANG MESTI ADA 5-FIVE-KHAMSAH?..KENA JAWAB 10 SOALAN - DAN SETIAP 1 DENGAN 5 JAWAPAN...WOWWW:-
ok boleh je hehehe tengah rajin nak menaip ni


4. 5 NAME THAT PEOPLE CALL YOU:-

Nor`Aini - nama betul saya
Nenn - Kakak dan abang panggil saya dengan nama ni
Nannie - mak dan abah panggil saya dengan nama ni / kawan2 pun
Anie - kawan-kawan office dulu
Maksu Nannie - anak sedara
Makngah -sebelah suami


5. 5 IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:-

Anniversary perkahwinan
Birthday saya
Birthday suami
Birthday anak-anak
Birthday insan-insan tersayang dalam hidup saya


6. 5 THINGS YOU DONE YESTERDAY:-

- Kemas rumah
- we went to Maidin
- makan kat restoran Benazir
- tengok movie Avatar lagi sekali kt rumah lee
- masak utk lunch..


7. 5 FIVE WAYS TO BE HAPPY..

-bersyukur
- spend time dengan suami dan anak-anak
-bersembang cerita yang kelakar atau ape saja dgn hubby/anak-anak & my sisters n brothers
-Being around the people who i love and love me too
-Sopping hehehe

8. 5 FAVOURITES MOVIES

- Semua cerita P.Ramlee
- Forest Gump
- Trilogy Lord of the ring
- Briget Jones Diary
- The English patient


9. 5 FAVOURITES HOBBIES:-

-menjahit
-kumpul vintage porcelian
-melancong jalan-jalan
-painting
-menonton movies

10. 5 FAVOURITES PEOPLE:-

-Keluarga saya
-Suami
-Anak-anak
-Kawan-kawan baik
-Insan-insan yang baik hati

11. 5 FAVOURITES PLACES FOR VACATION:-

-suka gi tepi pantai
-nak ke Mekah
-nak tour satu Malaysia
-teringin nak ke Jepun
-teringin nak ke Europe

12. 5 REASON YOU ANSWER THE SURVEY:-

-hargai kak Jalilah yg sudi tag sy.. terima kasih banyak2 ye kak
-rasa happy sebab ada kawan yang ingat kat saya terima ya kasih kak Jalillah
-soalan-soalannya ok best juga menjawab
-sukanya dapat award...
-selalu n3 saya cerita resepi je hari ni lain sikit

13. 5 PERSON TO TAG:-

hmmmmmmmmmmmmmmmmmmm tak de la nanti la saya fikirkan

ok tu je bye-bye..

Khamis, 29 April 2010

MAKARONI GORENG


BAHAN-BAHAN :

1 peket macaroni
1 peket ayam kisar
2 batang carrot
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 kiub ayam
5 sudu sos tiram
3 sudu cili kisar
5 sudu sos cili
5 sudu kicap

*Bahan-bahan sos boleh ditambah ikut pada cita rasa sendiri

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan dimayang halus . Bersihkan carrot dan potong kecil-kecil. Rebus macaroni sampai empuk dan ditos.

Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk tadi , kacau sampai terbit bau wangi . Masukkan clil kisar , sos tiram, sos cili dan kacau bila cili dah masak boleh la dimasukkan ayam kisar . Kacau semua bahan dan hancur-hancur ayam kisar bila ayam dah masak boleh la dimasukkan carrot dan kacau . Bila carrot separuh masak dan boleh la dimasukkan semua macaroni serta kiub ayam dan kicap tadi dan kacau mesra semua bahan. Jika kurang masin baru la ditambah garam dan bila macaroni dah masak boleh la ditutup api.

Cedap ni macaroni yang mama masak jom makan hehe

IKAN SELAR MASAK TAUCO



BAHAN-BAHAN:

1 kilo ikan
2 peket taucu
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
4 biji cili merah
3 cm halia
1 sudu teh asam jawa segera
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK :

*Bersihkan ikan dan gaulkan bersama garam dan kunyit , kemudian goreng dahulu dan ditoskan.
Mayang bawang merah , bawang putih, halia dan bawang besar. Cili boleh dipotong nipis-nipis atau dipotong dua sahaja kemudian panaskan sedikit minyak dan tumis semua jenis bawang tadi dan halia. Kacau bahan tumis sampai naik bau dan masukkan cili merah dan terus kacau sebentar.

Terus masukkan semua tauchu dan kacau sebentar kemudian masukkan air dan asam jawa. Biarkan kuah mendidih dan kacau kemudian masukkan garam dan gula. Jika kurang kuah masukkan sedikit lagi air.

Bila kuah sudah mendidih masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan kacau semua bahan supaya menjadi mesra , jangan masak terlalu lama nanti isi ikan akan mudah terlerai dari tulang.

SAMBAL TERUNG



BAHAN-BAHAN :

7 biji terung
Garam , air asam jawa dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK/DIKISAR LUMAT :

5 biji cili merah
1 genggam udang kering-direndam kejap
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit belacan

* Kalau nak pedas tambah la cili lagi

CARA MEMASAK :

Terung di potong 2 dan dilumur garam . Panaskan sedikit minyak dalam grill pan dan grill semua terung ni sampai layu .

Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar sampai wangi . Kemudian masukkan semua garam , gula dan air asam jawa . Kacau semua bahan sampai sambal masak dan kemudian boleh la dituang sambal diatas terung .


Terung yang digrill

Sabtu, 24 April 2010

NASI MINYAK


Nasi minyak ni memang menu kegemaran anak-anak dan bapaknye termasuk la emaknye hehe . Kat rumah saya ni kalau masak nasi minyak menu sampingannya saya masak yang ringkas-ringkas je . Saya hanya masak dalca daging dan ayam goreng berempah anak-anak pun senyum lebar je bila dapat bau haruman semerbak nasi minyak...
Nasi minyak , dalca daging dengan ayam goreng berempah


Rupe nasi minyak sebelum masak...

RESEPI INI UNTUK 4-5 ORANG.

BAHAN-BAHAN:

4 cawan beras basmathi
6 cawan air
1 cawan susu cair
3 helai daun pandan- disimpul & ikat
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna kuning
Sedikit kismis kuning
7 sudu besar minyak sapi untuk menumis

BAHAN TUMISAN :

3 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 inci halia
5 biji buah pelaga
2 inci kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji bunga cengkih


CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan halia serta dipotong nipis-nipis . Basuh beras dan rendam beras selama sejam .

Periuk nasi di letakkan atas dapur dulu untuk menumis semua bahan-bahan . Panaskan semua minyak sapi dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan tumisan sampai wangi dan bawang menjadi layu kekuningan .

Kemudian masukkan semua air , susu cair, daun pandan serta biarkan sampai mendidih dan boleh la dimasukkan semua beras , garam secukup rasa dan kacau bagi mesra semua bahan-bahan . Terus angkat periuk nasi ini dan masukkan ke dalam badan periuk nasi untuk proses masak seterusnya macam kita masak nasi biasa guna eletrik . Bila dah masak boleh la ditaburkan sedikit saja pewarna kuning serta kismis dan gaul perlahan-lahan supaya sekata warna kuning dan kismis ini bersama nasi minyak . Boleh la ditutup suis periuk nasi ini.

Nasi yang dah masak nanti saya bagi resepinya ye...

DALCA DAGING


Kalau masak nasi minyak mesti ada dalca baru la sedap
Dalca daging

BAHAN-BAHAN :

500 grm daging lembu batang pinang
5 cawan santan pekat
2 biji terung bulat
4 biji ubi kentang
2 biji carrot
200 grm kacang dal - direbus sehingga empuk & ditos

BAHAN-BAHAN TUMISAN :

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm kayu manis
3 biji bunga lawang
1 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 peket serbuk kari daging
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

Bersihkan daging dan potong kecil-kecil . Kupas semua kulit bawang dan halia kemudian dimayang halus . Bersihkan semua sayur dan di potong ikut saiz yang sesuai .

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bawang + halia , kulit kayu manis , bunga lawang+bunga cengkih , buah pelaga . Kacau sampai bawang menjadi layu dan terus di masukkan rempah kari yg sudah dibancuh dengan sedikit air tadi dan kacau , biar sampai rempah masak dan terbit minyak.

Masukan semua santan , daging , ubi kentang dan biarkan semuanya masak menjadi empuk . Masukkan kacang dal , terung , carrot serta garam secukup rasa dan kacau sekejap kari ini . Bila semua sayur dah empuk boleh la ditutup api dapur .


Sayuran yang saya guna untuk masak dalca..

AYAM GORENG BEREMPAH


Saya lebih suka goreng ayam berempah untuk dimakan bersama nasi minyak sebab kalau saya masak ayam merah memang kurang dapat sambutan dari anak-anak hehe ayam goreng ni juga yang laku...
Ayam goreng berempah , nanti saya bagi resepinya

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam
2 sudu besar kicap
Sedikit serbuk kunyit
1 sudu besar biji ketumbar-dikisar halus
1 sudu besar jintan putih-dikisar halus
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS :

7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
5 batang serai-dipotong nipis-nipis

CARA-CARA MEMASAK :

Potong ayam ikut pada citarasa sendiri dan bersihkan ayam ini . Kemudian masukkan semua bahan serta bahan dikisar halus . Gaul rata ayam bersama-sama bahan ini dan perap didalam peti sejuk selama 4-5 jam . Bila nak makan baru la digoreng sehingga menjadi golden brown .


Ayam yang diperap beberapa jam dengan rempah ratus .

SOTONG GORENG RANGGUP


Menu ini adalah kegemaran kami sekeluarga tapi tak selalu juga saya masak resepi ni sebab tak elok makan sotong selalu sangat sebab kolesterol tinggi la . Tapi kalau teringin tu saya masa la juga bagi anak-anak seronokkan kalau kat restoran menu ni agak mahal juga harganya so lagi baik masak sendiri saja.


BAHAN-BAHAN :

500 gm sotong sederhana besar - dibersihkan serta dipotong ikut pada citarasa sendiri kemudian gaulkan sotong bersama sedikit asam jawa untuk membuang hanyir dan toskan seketika . Gaulkan sotong dengan 1/2 sudu garam atau bahan perisa . Perap sotong selama 30 minit.


BAHAN-BAHAN A :

8 sudu besar tepung beras
8 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar tepun gandum
1 sudu kecil serbuk pati ayam/ikan bilis - pilih yg mana suka
1/2 sudu serbuk lada sulah

Masukkan semua bahan A dlm satu bekas dan digaul rata.

BAHAN B:

2 biji telur dikacau rata- macam dalam gambar

Sotong , tepung dan telur


Masukkan sotong ke dalam telur dan gaul dengan cepat dan angkat .


Sotong terus dimasukkan ke dalam adunan tepung dan digaul rata . Pastikan sotong digaul rata sehingga kering dan tidak melekat antara satu sama lain . Keluarkan sotong dan masukkan ke bekas lain yang kering . Goyangkan sotong dengan perlahan untuk menanggalkan lebihan tepung yang melekat pada sotong.


Panaskan minyak dan masukkan sotong ke dalam kuali.

Goreng sotong terendam atau deep fry sehingga kekuningan dan sentiasa perhatikan sotong ini jangan goreng terlalu lama sehingga sotong bertukar warna ke kuning gelap sebab jika goreng terlalu garing sotong akan menjadi liat . Keluarkan sotong dan toskan seketika dan boleh dihindangkan sotong didalam bekas lain .

SOTONG MASAK KICAP


BAHAN-BAHAN:

500 gram sotong sederhana besar
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos tiram
1 sudu teh asam jawa

CARA MEMASAKNYA :

Bersihkan sotong , buang isi perut tapi ambil kepalanya kemudian basuh dan tos sotong serta dipotong ikut pada citarasa sendiri.

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta merah sehingga layu . Kemudian masukkan sotong, sos tiram , kicap dan asam jawa . Kacau sehingga masak , jangan biar terlalu lama nanti sotong akan mengecut dan kuah akan menjadi terlalu banyak . Selalunya saya masak sotong ini dalam tempoh 15-20 minit . Jika kurang masin boleh tambah garam atau kicap ikut pada selera masin-masing . Ok selamat mencuba.

Jumaat, 23 April 2010

KACANG BENDI GORENG BELACAN



BAHAN-BAHAN :

500 grm kacang bendi

BAHAN DITUMBUK ATAU KISAR :

Segengam ikan bilis atau udang kering -basuh
3 biji bawang merah-kupas kulit
3 ulas bawang putih -kupas kulit
2 biji cili merah - kalau suka pedas masuk lagi banyak cili
2 cm belacan
garam secukup rasa


CARA MEMASAK :

- Kacang bendi dipotong nipis- nipis menyerong .

- Tumis bahan tumbuk , kacau sampai naik bau lepas tu masukkan kacang bendi kacau lagi jika kurang masin tambahlah lagi garam , bila kacang dah layu tu tanda dah masak dan boleh ditutup api dapur.

GULAI UMBUT KELAPA


Umbut kelapa memang sedap , dulu masa tinggal di Jitra saya pernah makan umbut kelapa tapi makan mentah macam tu saja . Jarang dapat makan maklum lah nak dapat umbut kelapa bukan senang sebab kena tebang sebatang pokok kelapa baru boleh dapat umbutnya .

Pada sesiapa yang tak tau apakah itu umbut kelapa ni sebenar adalah dibahagian pucuk daun atau dimana buah kelapa berada , ha kat situ la bahagian umbut kelapa . Bahagian luar kulit ,pucuk daun dan daun serta buah kelapa perlu di potong dan dibersihkan dulu untuk dapat bahagian dalam umbut yang lembut . Rasa umbut ni berlemak , manis sikit dan ranggup.

Tapi bila dah dimasak rasa umbut ni macam ubi keledek+ubi kentang , hmmm memang sedap. Ada macam-macam resepi yang boleh dimasak guna umbut kelapa ni, saya hanya pernah makan 2 saja iaitu masak lemak putih dengan kerabu umbut .

Di kampung suami saya iaitu Kuala Klawang , Jelebu umbut ni adalah menu yang sangat istimewa sebab jarang dapat dimakan sebab susah nak dapat . Jadi bila ada kenduri -kendara baru dapat makan masak lemak umbut ni . Patut la saya perhatikan kat kampung suami saya ni banyak sangat pokok kelapa rupanya ditanam untuk umbutnya . Sekali dah cuba makan mesti nak lagi..



BAHAN-BAHAN:

2 kilo umbut kelapa
4 biji kelapa ( ambil santan yang pekat saja atau boleh beli 1 kilo santan cair segar )
3 batang serai
1 cawan air

CARA-CARA MEMASAK :

Masukkan semua santan , air dan serai ke dalam periuk , masak santan sampai mendidihkan. Kalau kuah terlalu cair masukkan lagi santan pekat.Lepas kuah dah mendidih ,masukkan semua umbut kelapa dan kacau.Bila dah masak umbuk kelapa akan menjadi lembut.Sedap dimakan dengan nasi dan ikan masin atau sambal tumis udang , hmmmm yummy.

Ini la umbut bahagian paling pucuk dalam batang kelapa.


Bahagian isi ni la yang sedap.


Umbut yang telah dibelah dan dipotong-potong kecil, sebelum dibasuh dan sedia untuk dimasak.

UDANG GORENG KUNYIT



BAHAN-BAHAN:

1 kilo udang sederhana besar
1 biji bawang besar.
1 sudu teh asam jawa segera
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis
Sedikit saja air anggaran 1/2 cawan

BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT:

3 biji bawang merah
2 uals bawang putih
2 inci kunyit hidup

CARA MEMASAKNYA :

1. Bersihkan udang dan potong muncung udang.Tos udang didalam bekas penapis plastik.

2. Kupas bawang putih, bawang merah dan kunyit hidup kemudian tumbuk lumat.Bawang besar di potong membulat.

3.Tumis bahan tumbuk sampai naik bau , kemudian terus masukkan sos tiram , sos cili , kicap manis dan masukkan sedikir air .( jangan masuk air yang banyak nanti terlalu banyak kuah sebab udang akan mengeluarkan air bila sudah masak nanti)

4.Masukkan udang dan terus kacau , jika suka lebih manis tambahlah kicap manis.Udang sudah masak bila bertukar warna macam dalam gambar diatas.

Resepi udang ini adalah ciptaan saya sendiri , jadi sesiapa yang nak cuba masak boleh la tambah jumlah bahan sos ikut pada citarasa sendiri , kalau nak pedas masukkan la cili api .Anak-anak saya memang suka udang masam-manis ini , selamat mencuba ye.

IKAN TERUBUK PANGGANG



Ikan terubuk memang sedap dipanggang atau di bakar . Walaupun banyak tulang tapi saya suka makan ikan terubuk.Sebabnya isi ikan terubuk sangat lemak , manis dan sedapppp sangat.

Selalunya selepas selesai membersih ikan , saya akan tarik ikan ni supaya semua tulang ikan menjadi lurus .Ini ada lah petua saya dapat dari sapa saya dah tak ingat , tujuan supaya mudah kita nak pilih dan buang tulang masa proses nak makan la . Caranya ialah - tangan kiri pegang kepala ikan masukkan jari sikit bawah pipi ikan la dan tangan kanan pegang ekor ikan dan tarik secara perlahan sebanyak 3 kali . Ikan terubuk juga tak boleh di panggang terlalu lama nanti isinya jadi kering .

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ikan terubuk

Ikan di lumur dengan serbuk kunyit , garam dan sedikit minyak masak (supaya ikan tak melekat pada frying pan)


CARA MEMANGGANG IKAN :

Panas kan frying pan atau grill pan , letak minyak dalam 1 sudu kecil( boleh tambah kalau kering sangat) . Pastikan frying pan betul-betul panas kalau tak kulit ikan akan melekat dan ikan susah di terbalikkan.

Letakkan ikan perlahan-lahan dalam frying pan . Pastikan api dapur sederhana besar jangan guna api yang besar nanti ikan cepat hangit dan jadi kering . Tutup sekejap dengan penutup periuk yang besar dalam 10 minit lepas tu buka dan terbalikkan ikan perlahan gunakan senduk leper yang besar. Lepas 10 minit terbalikkan lagi ikan dan penutup periuk boleh di buka terus.

Selepas 45 minit di panggang ikan pun dah masak . Kalau nak tau ikan dah masak , cucuk la isi ikan dengan garpu atau cuit sikit dan rasa ( selalunye ikan terubuk ambil masa lama sikit dalam 45 minit - 1 jam bergantung pada saiz ikan) .

Bila dah selalu panggang ikan kita akan tau macam mana rupa ikan yang dah masak . Selamat mencubanye.


AIR ASAM

BAHAN-BAHAN DIMAYANG NIPIS :

2 biji bawang besar
2 cili merah -ikut selera banyak mana nak .

2 sudu besar asam jawa segera
2 cm belacan
1 sudu gula
Garam secukup rasa
Sebijik limau kasturi
1 sudu besar kerisih

CARA MEMBUATNYA:

Satukan bawang , cili merah , air asam jawa , belacan dan gula di dalam mangkuk , kacau rata . Lepas tu masukkan air limau nipis , kerisik dan garam . Kacau lagi , dah pun siap selamat mencuba ye .

SAMBAL AYAM


Ayam sambal

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu kecil asam jawa segera

BAHAN-BAHAN DIKISAR :

10 biji cili kering
4 biji bawang merah
3 biji ulas bawang putih yang besar
3 cm halia
3 cm lengkuas
2 batang serai
2 cm belacan
5 biji buah keras

CARA MEMASAK :



-Semua bahan-bahan dikisar perlu dipotong kecil-kecil . Serai dititik atau boleh dikisar sekali . Cili kering perlu direbus dahulu atau direndam dalam air panas supaya menjadi lembut dan mudah dikisar.

- Ayam dibersihkan kemudian dipotong dan digaul dengan garam dan kunyit.Panaskan 2 cawan minyak dan goreng ayam sehingga masak.Kalau suka boleh biar sampai garing.

-Panaskan 3 sudu besar minyak dan tumiskan bahan-bahan dikisar lumat serta serai . Masukkan gula, garam , asam jawa dan kacau lagi . Biar sambal masak sampai pecah minyak dan menjadi wangi.

-Kemudian masukkan ayam ke dalam sambal dan gaul rata sampai mesra . Terus mengacau untuk 10 minit lagi dan boleh la dimatikan api dapur.

BUDU


Suami yang kenalkan saya pada budu ni, dia bukannye orang Kelantan tapi dia cukup suka makan budu . Suami saya makan budu ni macam dia tuang kicap atas nasi , hehehe . Sebenarnya ada cara nak sediakan budu ni , senang saja.



BAHAN-BAHAN :
Budu mesti cap KETEREH , budu brand ni saja yang paling sedap.
cili api
bawang besar
Jus limau nipis secukup rasa
Kalau suka masam tambahlah limau lagi .

IKAN PARI PANGGANG


Saya memang suka makan ikan panggang atau ikan bakar . Selain terubuk dan ikan kembung saya suka beli ikan pari fresh dan dibakar . Pelengkap untuk ikan pari mesti la air asam atau sambal belachan hmmm sedap tu...


BAHAN-BAHAN :

1 kilo ikan pari
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit secukupnya


Ikan pari dibersihkan dan digaul dengan garam dan kunyit . Sedia grill pan dan letak sedikit minyak . Bila grill pan dah panas letak ikan pari perlahan-lahan , balik-balikkan ikan pari sehingga masak.

Bila dah masak boleh la dialih keatas pinggan. Sedap dimakan dengan air asam atau sambal belacan.Selamat mencubanya ....