Pages

Selasa, 17 Mac 2009

YUMMY DONUTS

Semalam saya bawa anak-anak berjalan ke Subang Parade dan sebelum balik kadang-kadang saya beli donuts kegemaran kami sekeluarga iaitu Big Apple donuts la. Pada saya donut ni lagi sedap dari Jco donuts dan Dunkin donuts.


Kotak donut yang mengamit-gamit anak saya untuk buka. Adlina dari dalam kereta lagi dah sibuk nak makan , saya kata sabar tunggu sampai ke rumah baru makan.


Ini la perisa donuts kegemaran kami sekeluarga , almond memang favorite saya dengan suami dan Adlina , yang coklat tu Aisyah. Saya memang kena beli kotak yang besar kalau tak habis simpan la makan besoknya pula.


Balik rumah Adlina terus duduk dan makan , dia tak sabar sebab dah lama juga saya tak beli donuts ni.Dia hanya suka makan perisa almond yang coklat dia tak suka.


Aisyah memang suka sangat donut coklat dan almond. Saya jarang beli donuts ni sebab manis , sekali - sekala ok la. Nak belajar la buat donut yang fluffy dan ringan macam donuts Big Apple senang boleh masak sendiri saja.


1 ulasan:

  1. wahh big apple's.. saya memang suka sangat donut-donut kat sana. semua saya telan kecuali yg perisa green tea. tak sesuai dengan lidah saya lagi hehe..

    BalasPadam