Pages

Rabu, 15 April 2009

TERINGAT KISAH LAMA - KARI IKAN

Abah saya berasal dari utara iaitu negeri Kedah dan menu utama kegemaran dia ialah kari dan kalau kari ikan dia suka ikan bawal dengan ikan kembung. Mak saya pula berasal dari negeri Perak , mak saya cerita masa mula-mula kawin dulu mak saya memang tak tau langsung masak kari jadi dia belajar masak kari dari arwah tok saya. Walaupun masa awal perkahwinan mak saya tak pandai sangat masak kari tapi abah saya sentiasa puji , dia kata kari yang mak saya masak sedap saja.
Bila makin lama mak saya pun semakin mahir masak kari dan dia pasti akan masak menu kari tiap-tiap hari kalau tak abah saya tak begitu berselera makan nasi. Semua jenis kari mak saya tahu masak iaitu masak kari ikan , kari udang campur kacang buncis , kari ketam campur nenas , kari ayam , kari daging , kari telur ayam dan kari ikan talang masin campur nenas .Tiap-tiap hari kami 7 beradik makan nasi berlaukkan kari dan ikan goreng , semenjak saya dari kecil dan sudah boleh mula makan nasi memang kari la favorite menu saya. Mak saya memang pandai masak apa saja menu yang dia masak memang sedap, saya cakap macam ni bukan sebab dia mak saya tapi saudara-mara dan kawan-kawan mak saya sendiri memang puji masakan mak saya sedap terutama menu kari dia.
Saya teringat lagi dulu kadang-kadang mak saya masakla ikan kembung masak lemak kuning , abah saya tak cakap apa-apa tapi dia kurang berselera makan nasi hari tu. Mungkin sebab dah sebati dari kecil sampai sekarang seminggu sekali saya mesti masak kari , suami saya berasal dari Negeri Sembilan pula dan dia kurang makan kari tapi semenjak kawin dengan saya orang Kedah ni dia pun dah belajar pandai makan kari.
Masa saya umur 16 tahun mak saya mula ajar saya macam mana nak masak kari cara orang utara sebab dia dah kurang sihat masa tu. Jadi saya la kadang-kadang take over memasak di rumah. Macam-macam jenis menu masakan serta petua memasak yang mak saya ajar pada saya dan saya pula masa tu dah mula timbul rasa minat memasak. Sampai sekarang saya masih amalkan semua tips dan petua yang mak saya ajar dulu dan for sure saya akan turunkan ilmu memasak ni semua pada anak-anak saya.

3 ulasan:

  1. I know what you mean. Anak mak hanya dua orang saja yg pandai masa kari. That is Kak Tayah and You. Mmg terrer. Rasa macam style mak.

    I cannot cook curry. I am almost 50. Believe me, I have tried, but it never taste as good as Mak's. Norbert doesn't like fish curry, and more so, not for me to try. Kenapa tak boh recipe kari ini ni kat sini?

    I don't mind not being able to cook curry, cos Norbert cook them better than me. Please bagi juga recipe kari ikan. Mana tau, sebelum mati mungkin satu hari dapat makan kari ikan macam mak buat dari air tangan sendiri. Love u...

    BalasPadam
  2. ok ada la pi la post yg lama sebelum ni ada.

    BalasPadam
  3. Yes i love u so very very much kak Amy.

    BalasPadam