Pages

Khamis, 16 April 2009

PIZZA


Dah lama saya teringin nak cuba buat pizza sendiri akhirnya hari ini saya dapat masak 2 tray pizza untuk kami sekeluarga, suka sangat happy bebenor saya. Bila dah masak ok juga sedap la saya tengok laju anak-anak je saya makan. Adlina tak habis cakap mama pandai buat pizza , ok la tu.

BAHAN-BAHAN UNTUK DOH PIZZA : ( resepi dari blog Mat Gebu )
500 grm tepung gandum- kalau guna tepung roti berprotein tinggi lagi ok
250 ml air suam
1 paket yis segera
4 camca besar mentega
1 sudu besar gula halus
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh bread improver ( softpro - ada dijual di Bake with Yen )

BAHAN UNTUK TOPPING :
1 tin sos speghetti PREGGO
1 peket sosej ayamas
Cheese monzarella
cili capsicum - potong nipis-nipis
cendawan butang- potong nipis

* Boleh guna apa saja bahan lain ikut pada cita rasa masing-masing.
* Sosej dipotong nipis-nipis dan saya goreng sosej ni sekejap je.

CARA MEMASAK :


UNTUK DOH :- Bancuh yis dengan gula dan 1/2 bahagian air suam, kacau rata dan tunggu berbuih. Sementara itu, gaul garam, bread improver/softerner dengan tepung hingga rata, lambakkan atas meja bersih dan buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan baki air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan kenyal (kena uli lama sikit). Bulat2kan doh dan alih ke dalam bekas, tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 1 jam hingga naik sekali ganda. ( cara nak bancuh ni saya cut& paste dari blog Mat gebu , sila ikut betul-betul mesti jadi doh yang anda buat nanti )


Bila doh dah naik cantik , tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan udara dan uli lagi menjadi bentuk bulat macam dalam gambar diatas. Kemudian doh ni boleh la diletak diatas tray pizza dan gunakan jari je untuk meleperkan doh , saya tekan je guna jari sampai doh menutupi seluruh pemukaan tray pizza, senang je.


Sapu sos pada pemukaan doh tadi, kemudian boleh la ditaburkan sosej , cendawan butang , cili capsicum dan last sekali taburkan cheese monzarella.Masukkan pizza ke dalam oven dan bakar selama 35-40 minit pada suhu 160 darjah celcius.


Lepas 30 minit pizza pun masak .Hmmmm ,yummy Adlina dah ready nak posing dengan pizza yang baru dimasak dan masih panas. Habis saja ambil gambar Adlina pun makan laaa.

7 ulasan:

  1. Pizza tu nampak sedap. Tapi kak amy suka kalau cheese semua di bubuh sampai ketepi, kalau tidak makan tepi2 rasa tepung saja. Looks good and delicious.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum...k.nannie.. banyak resepi.saya nurul.akak ni pndai msk la.. saya br jmpa blog akak ni. pasni ambik resepi dari akak jelah.. bleh ea..

    BalasPadam
  3. nanti bagitahu cara nak uli tepung tau. sebab dah banyak kali cuber, roti piza tu keras la...

    BalasPadam
  4. miss/mr/mrs ANONYMOUS ,

    Hmmmmmmmm sangat la pelik ya ,mcm mana boleh keras yeee saya dah buat banyak kali elok je . resepi ni saya ambil dari blog Ah Mat Gebu , dia tu pakar masak tau bukan calan-calang orangnya. Mcm mana awak bancuh..cuba la buat lagi. Kena rajin praktis dan rajin memasak baru la kita jadi mahir , mcm ni la kalau tak jadi juga doh pizza awak tu cuba la awak cari resepi lain yg yg ada beribu dlm internet ni.
    Jangan la dok cuba resepi yg saya bagi ni , apa pun pizza yangs aya buat guna resepi ni mmg sedap dan dohnya lembut aje ^_^

    BalasPadam
  5. aunty,,sye baru na try wat piza nie,,tp,,bread improver tu ape??hehe..budak baru blaja masak lah katekan :) huh!lagi 1,,cane na follow blog nie??x de icon 'follow' pown =_='

    BalasPadam
  6. thanks.. berminat sgt nk wat pizza tp tk dpt resipi yg mudah.. i will try

    BalasPadam