Pages

Khamis, 4 Jun 2009

ASPARAGUS GORENG

Antara sayur yang saya cukup suka ialah asparagus sebab rasanya yang ranggup dan lemak manis tu. Paling saya suka kalau asparagus di goreng belacan , tumis gan sos tiram atau tumis dengan bawang putih je hmmm yummmy..sedap. Kali ni saya goreng asparagus dengan sos tiram , resepi ini simple saja tapi kami sekeluarga suka sangat..

BAHAN-BAHAN :
1 ikat asparagus
Sedikit kobis
Sedikit isi ayam /daging 
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu teh minyak bijan
3 sudu sos tiram
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Bersihkan sayur kobis dan asparagus serta potong ikut citarasa kita la . Bersihkan isi ayam dan potong nipis -nipis , kupas semua bawang dan dimayang halus.
2. Panas kan minyak dalam kuali dan tumis semua bawang dan biar sampai bawang menjadi layu , terus dimasukkan isi ayam . Kacau isi ayam dan biar samapi masak kemudian masukkan sos tiram dan minyak bijan kacau sekejap.
3. Terus masukkan semua sayur asparagus dan kobis serta garam , terus kacau sehingga sayur layu dan tutup la api. Jangan goreng sayur terlalu lama nanti  sayur jadi lembik dan over cook , langsung sayur jadi tak sedap. Selamat mencuba ya...



6 ulasan:

  1. tak pernah masak sayur ni. nanti kak nak cuba jugak :)

    BalasPadam
  2. Kak idawan cuba la sayur asparagus ni rasanya boleh tahan sedapnya macam rasa kacang panjang + rasa sengkuang , sikit sedap saya suka ..

    BalasPadam
  3. Tak pernah lagi cube resipi asparagus goreng ni... nampak best juge... boleh cilok resipi nanti ek..hehe

    BalasPadam
  4. thanks :) br beli asparagus smlm. bole try recipe ni :)

    BalasPadam
  5. terima kasih sbb post kn resepi ni online! mak sye br je beli asparagus dn sye masak td gunakan resepi ini! terima kasih bnyk2! asparagus, spt yg dikatakan adalah sgt ranggup, lemak dan manis rasanya.

    BalasPadam
  6. akk... macam mana nak siang asparagus ni :(( tak prnah beli pun... nak gak tryyyyyyyyy :((

    BalasPadam