Pages

Selasa, 9 Jun 2009

PASTA BAKAR


BAHAN-BAHAN :

250 gm pasta
100 gm sayur campur
3 biji bawang merah- dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 tin sos spehgetti prego
1 tin cendawan butang - dihiris halus
1 peket ayam kisar
5 biji telur
1/2 cawan susu
2 cawan keju monzarella
Sedikit mentega
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak


CARA MEMBUAT :

1 )Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih serta bawang merah sampai terbit bau wangi . Masukkan ayam cincang dan kacau lagi sehingga daging ayam mnejadi masak. Kemudian masukkan sos spehgetti , cendawan dan sayur campur serta terus mengacau sampai semua bahan menjadi sekata.

2) Masukkan pasta yang telah direbus tadi dan gaul dengan kuah sos. Masukkan telur , susu dan garam dan gaul semua bahan sehingga sebati.

3) Sapukan mentega pada pemukaan dalam dulang pembakar. Tuang semua bahan tadi ke dalam dulang pembakar. Taburkan keju dan bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 40 minit atau sehingga masak.


Pasta yang sudah siap dan boleh di bakar


Pasta yang sudah masak



Pasta yang sudah boleh di hidang , hmmm yummy..

8 ulasan:

  1. wahhh sungguh mengiurkannnnn & cantek elok dia keluar dari loyang tuh. Fasha pun nak masak pasta bake hari ni tapi sos putih bechamel sos.

    BalasPadam
  2. Akak guna loyang yang boleh tolak bawanya so lawa la kek atau pasta bake ni bila kita bawa keluar dari bekas nya...waaa sedap tu

    Fasha masukkan resepi sos bechamel tu dalam blog Fasha ya , akak nak cuba masak makan gan asparagur sedap yummy..

    BalasPadam
  3. Nanti Fasha usahakan letak resepi tu ok!! Tungguuuuu.!!

    BalasPadam
  4. Wah..nie gerenti sedap nih.. so yummy!

    BalasPadam
  5. sedapnya... terliur lak zue ni...
    nak wat lah... betul..betul..betul...

    BalasPadam
  6. Thanks Fasha nanti akak check kat blog Fasha .

    To Zue , cuba la buat letak butter kat dalam pasta ni lagi sedap tapi tinggi la colestrolnya..

    To blogresepi , hmmm sedap letak banyak perencah...

    BalasPadam
  7. Bestnya kalau dapat sepiring...

    BalasPadam