Pages

Selasa, 8 Disember 2009

GULAI DAGING


Saya masak lemak cili api ni guna daging hasil korban yang lepas , suami saya memang suka makan daging tapi hanya la daging yang segar sebab rasa daging ini lebih manis . Daging yang saya dapat ni dari lembu yang muda so sekejap je masak dagingnya dan empuk .

BAHAN-BAHAN :

1 kilo daging lembu
4 cawan santan pekat
6 biji ubi kentang-dikupas kulit dan dibelah 4
6 batang serai- dititik

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api
2 inci kunyit hidup
Garam kasar secukup rasa

* kalau kurang kuah boleh la ditambah santan lagi

CARA MEMASAK :

Potong daging pada saiz yang sesuai dan bersihkan serta terus dimasukkan ke dalam periuk yang sesuai . Masukkan semua bahan tumbuk dan serai yang dititik . Masukkan juga semua santan , sekeping asam keping . Letak di atas api dapur dan masak sehingga daging empuk dan boleh la dirasa garam jika kurang tambah lagi mengikut cita rasa masing-masing.


Bahan untuk masak lemak cili api ni sama saja cuma untuk masak lemak daging ni saya guna banyak serai ikut cara yang mak mertua ajar .

3 ulasan:

  1. Salam kenal dari kak gerau. Fuyooo. lomak cili api. terangkat semua bila makan. Ngan meja-meja terangkat sebab sedap. Seleranya nampak.

    BalasPadam
  2. wlksalam dari saya , hehehe gulai daging sodap ni hehehe mmg pun habis terangkat meja-meja hehehe

    BalasPadam
  3. kalo nk masak lomak mmg x yah gune bawang yerk...

    BalasPadam