Pages

Jumaat, 29 Januari 2010

KARI TELUR


Salam pagi Jumaat

Menu kegemaran saya dari kecil lagi , dulu mak saya memang masak menu kari tiap-tiap hari sebab abah saya hanya berselera makan kalau ada kari . Kadang ada ikan goreng dan menu sayur tumis simple aje pun messti ada , hmmmmm sedap sangat...



Cara masak kari telur ini sama ja macam masak kari ayam , mudah saja cuma telur perlu la direbus dulu dan dikelar-kelar sekelilingnya dan bila kuah kari dah masak dan ubi kentang sudah empuk baru la dimasukkan telur ni serta di biar sekejap saja bila telur dan sebati dengan kuah terus ditutup api dapur.

Khamis, 28 Januari 2010

HMMM SEDAPNYA KUAH DURIAN


Hmmmm sedapnya kuah durian ni , rezeki kami sekeluarga petang semalam . Kak Yati yang datang ke rumah saya bawa kuah durian ni yang dia masak sendiri dan di isi pula dalam tureen yang cantik ni , masa buka tureen ni semerbak bau durian hmmm wangi satu rumah saya memang saya suka bau durian , terima kasih la kak Yati ya .

Hmmmm yummy kuah durian kak Yati masak ni , saya dah makan separuh jalan baru teringat nak ambil gambar la hehe nasib tak habis lagi sempat la saya ambil gambar...hmm cukup lemak duriannya dan manisnya pun cukup semanis kak Yati juga yang cun ...kalau tak takkan la Adam dok ikut saja ke mana kak Yati pegi hehee...

Saya pun suka juga masak kuah durian ni dan memang sedap kalau makan dengan roti atau dengan roti jala , nak masaknya mudah saja . Saya bagi resepi yang saya belajar dari mak saya .


RESEPI KUAH DURIAN

15 ulas buah durian
3 cawan santan pekat
1-2helai daun pandan
Gula secukup rasa ikut citarasa masing-masing la ya
Secubit garam

CARA MEMASAK :

Satukan semua bahan dalam periuk dan kacau kemudian masak sehingga kuah durian ini menjadi pekat . Cuba rasa gulanya jika kurang boleh la ditambah , sedikit garam di masukkan dalam kuah ini bagi timbul rasa lemak manis buah durian ini . Nak masak kuah durian ni ikut pada citarasa sendiri sebenarnya kalau tak suka kuah terlalu pekat tambah la sedikit air .

Jika suka banyak durian boleh la ditambah lagi durian ikut la pada cita rasa masing-masing.


Tengok la tu Adam dan Adlina tengah sedap makan kuah durian dengan roti , Adlina bertambah la makan kuah durian ni hmmm yummmy Adlina cakap sedap...


Hmmm sedap la tu Adlina makan..


Sedap tu Adam makan kuah durian..

Rabu, 27 Januari 2010

AYAM PANGGANG BERSAMA SALAD


Salam pagi Rabu

Roast chicken ni saya masak untuk dinner semalam , masa tengaharinya saya dah peram dan simpan dalam fridge bila dah petang dalam pukul 6 lebih tu saya terus bakar , bila ayam separuh masak baru saya masukkan ubi kentang yang saya perap lebih awal juga . Sebelum makan baru saya buat saladnya . Menu yang paling mudah dan sangat mengenyangkan . Resepi untuk ayam panggang ni sama saja macam yang saya ada bagi dalam n3 yang lepas .



Salad kobis cina yang jadi favorite anak-anak saya...



Ubi kentang panggang hmmm yummy...

Selasa, 26 Januari 2010

AYAM GORENG LADA HITAM


Selamat pagi Selasa

Hmmm dah lama juga saya tak masukkan n3 dalam blog masak saya ni ye , apsgi ni baru berkesempatan , semalam memang saya agak sibuk sebab saya baru buat blog baru jom la singgah klik saja pada nama kedai saya ni KEDAI NANNIE dan semua pengunjung boleh terus ke sana .


Ayam ni saya perap dulu semalaman dengan beberapa bahan dan kemudian baru saya tumis dengan lada hitam dan bahan-bahan lain . Nanti saya bagi resepinya ya..tunggu...

Jumaat, 22 Januari 2010

KARI IKAN DURI


Selalunya menu kat rumah saya ni masak lemak cili api , masak kicap atau sup tapi sekali - sekala saya nak makan kari juga bila dapat tu sedap sangat la . Sebelum ni ikan duri memang tak masuk dalam senarai ikan yang selalu saya masak sebabnya saya memang tak pernah makan ikan duri semenjak kecil lagi . Bila dah hidup sendiri dan berkahwin baru la saya pandai ke pasar dan macam-macam jenis ikan saya tau tambahan suami saya memang tahu nama banyak jenis ikan .

Ikan duri ni rupanya macam ikan baung cuma bentuk badannya lain sikit . Ada kawan saya cakap ikan duri ni sedap dimasak asam pedas . Masa saya balik ke utara dulu kami sekeluarga ada singgah ke sebuah kedai makan di Bagan Serai . Di kedai makan ni la saya cuba makan ikan duri masak kari ni hmmmm memang sedap rupanya isi ikan duri ni rasa macam ikan senangin dan kat bahagian kepala yang best tu...

So , masa saya pegi ke jeti nelayan Sungai Yu memang ada banyak ikan duri ni baru dibawa naik dari bot nelayan . Harganya pula punya la murah saya pun beli la 2 ekor fresh sangat . Cara nak masak kari ni masih macam kari biasa bawang merah + bawang putih , halba campur , daun kari , serbuk kari Babas dan santan pekat serta boleh juga diletak kacang bendi dan terung hmmmm sedapnya.....



BAHAN-BAHAN :

1 ekor ikan duri ( anggaran berat 1 kilo )
10 biji kacang bendi
2 cawan santan pekat
Garam dan asam jawa secukup rasa


BAHAN-BAHAN UNTUK TUMISAN :

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil halba campur
4 ranting daun kari

* Kalau nak kari kita masak ni pedas sikit boleh juga ditumis bersama 1 sudu kecil cili kering yang dikisar .

CARA MEMASAK :

Bersihkan ikan dan dipotong ke beberapa bahagian kecil . Kupas semua bawang dan dimayang halus . Potong bahagian hujung dan pangkal bendi jika panjang boleh la dipotong 2 kacang bendi ini .

Panaskan minyak untuk menumis dan tumiskan semua bawang bersama halba campur dan daun kari . Bila bawang dah layu dan wangi boleh la dimasukkan rempah kari dan air asam jawa . Kacau dan biarkan semua bahan mendidih dan rempah kari ini masak .

Bila rempah sudah masak boleh la dimasukkan semua santan serta garam kacau kuah dan biarkan sampai kuah mendidih kemudian boleh la dimasukkan semua ikan duri ini dan kacau sekejap . Jika kuah terlalu pekat atau sedikit boleh la ditambahkan sedikit air lagi.

Biarkan kuah mendidih dan ikan masak kemudian boleh dimasukkan semua kacang bendi dan biarkan seketika . Rasa garam jika kurang masin boleh la ditambah kemudian terus tutup dapur api . Tutup periuk dan biarkan kacang bendi masak didalam wap panas kari ini .



Kari ikan duri

TEMPE GORENG KICAP


Salam pagi Jumaat


Saya memang jarang masak menu tempe selalunya saya guna tempe kalau masak kuah lodeh dan kalau saya goreng sambal ikan bilis bertempe . Kali ni saya goreng kicap saja so anak-anak boleh makan sama . Rencahnya ialah ikan bilis ditumbuk lumat bersama bawang merah dan bawang putih yang saya tumis sampai wangi lepas tu saya masukkan cili merah , sos tiram dan kicap la . Tempenya saya goreng garing dulu dan saya masukkan sekali suuhun dan fuucuk yang direndam kembang . Proses masak pun sekejap menu macam ni kalau dirata macam tu saja pun sedap juga.

Rabu, 20 Januari 2010

SAMBAL SOTONG




Sambal sotong ni pun saya masak semalam juga , menu ni memang saya dan suami saja yang makan sebab pedas . Saya jarang masak sambal tumis sebab anak-anak saya tak makan pedas . Plan asal sotong ni saya nak buat rojak sotong kangkung tapi teringin pula nak makan sambal sotong tak pe la lain kali saya buat rojak sotong kangkung tu.

Cara nak masaknya sama saja macam sambal tumis lain tapi sotong ni mesti la direbus sekejap dulu untuk buang air yang berlebihan pada sotong ni kalau tak rebus dulu nanti sambal tumis yang kita masak jadi banjir pula hehehe.

SUP BEBOLA IKAN




Masakkan simple tapi sedap pada kami sekeluarga , saya masak sup fish ball ni semalam . Saya masukkan juga sayur kobis cina dan suuhun . Bahan perencah untuk menumisnya pula saya guna udang kertas yang kecil-kecil atau udang sayur. Udang ni memang sedap sangat diguna untuk perencah masa tumis sayur sebab rasanya yang manis .

Sabtu, 16 Januari 2010

SAMBAL TERUNG


Hmmmmmm favorite saya ni , terung sambal udang kering . Makan dengan nasi suam-suam dan dengan ikan goreng je ishhh dah cukup sedap....


BAHAN-BAHAN :

6 biji terung - yang jenis kecil panjang
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK/DIKISAR LUMAT :

5 biji cili hidup
1 genggam udang kering-direndam kejap
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit belacan

* Kalau nak pedas tambah la ciili lagi

CARA MEMASAK :

Terung di potong ikut pada selera kita la . Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar sampai wangi dan sambal masak kalau nampak kering tambah sedikit lagi minyak . Kemudian masukkan semua terung dan garam ,gula atau bahan perasa . Kacau semua bahan sampai la terung layu dan masak .

*Terung ni akan meresap semua minyak jadi jika nampak sambal macam kering saja boleh la diletak sedikit saja lagi minyak jika tak mau letak pun boleh cuma perlahankan api dapur dan terus kacau sehingga terung masak .


Rabu, 13 Januari 2010

PASTA ALFREDO





Hari ni untuk lunch saya masak menu simple saja tapi anak-anak suka sangat iaitu pasta alfredo . Sosnya saya beli Prego sos alfredo cuma masa masak tu saya tumis bawang putih dan bawang merah bagi wangi lepas tu saya goreng sosej sampai garing dan cendawan butang pun saya goreng kejap . Lepas tu saya masukkan semua 2 tin sos alfredo ni dan saya masukkan 2 cawan susu segar serta sedikit italian mix herbs lepas tu terus kacau sampai la kuah mendidih .

Rebus la sampai lembut apa jenis pasta yang kita suka kemudian tos dan boleh la dimakan bersama sos ni kalau nak lagi sedap tabur la keju parmesan hmmmmm yummy...

Isnin, 11 Januari 2010

AYAM PANGGANG n SALAD


Hujung minggu lepas saya masak la ayam panggang ni bersama salad ubi kentang dan salad kobis cina hmmmmm sedapnya memang puas hati la..resepinya saladnya mudah aje dan ada saya bagi dalam enrty yang lepas. Anak-anak saya yang kurang gemar salad daun segar pun boleh makan salad kobis cina ni dan salad ubi kentang yang saya tambahkan yougart plain saja dengan bahan-bahan asas lain tu ( ikut resepi yang saya ada masukkan dalam entry yg lepas ) .

Ayam panggang bersama side dish yang lain macam salad-salad dan gravynya..


hmmm ini ayam panggang bersama sos/gravy...


Ini pula set ayam panggang ni tanpa sos


RESEPI UNTUK PERAP AYAM

BAHAN-BAHAN A :

1 ekor ayam sederhana besar - dipotong ikut kesesuaian
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar madu
1 sudu besar kicap
1 sudu besar italian mix herbs - kalau tak mau letak pun boleh
Garam secukup rasa( kalau dah masin tak perlu letak garam )

Kicap ni ikut suka kita la berapa banyak kita nak guna ya

BAHAN DIKISAR B :

6 biji bawang merah
4 biji bawang putih

CARA PENYEDIAAN DAN MEMASAK :

Gaul rata semua bahan A dan B ini dengan ayam dan perap la sekurang-kurangnya sejam sebelum boleh dipanggang . Resepi ini boleh dikurang atau ditambah bahannya ikut pada kesesuaian selera kita la ya dan kalau ayam besar kuantiti bahan pun kena ditambah sikit demi sikit la sampai sesuai dengan selera kita .

Bakar dalam suhu 200 darjah selsius selama 45-1 jam atau sehingga ayam masak dan pre-heat oven dulu dalam 5-10 minit . Check la ayam tu lepas 30 minit kalau dah masak boleh la dibawa keluar dari oven tapi kalau suka lebih garing biar la dipanggang lebih lama .


Saya guna balik segala bahan-bahan perapan yang masih ada dalam tray yang saya guna untuk panggang ayam ni dan saya tambah susu , black pepper , butter dan sedikit bisto ( brown sos dalam bentuk serbuk) dan saya kacau semua bahan ni sampai la cukup rata dan sebati . Rasa gravy ni hmmmmm sedap sangat .

Khamis, 7 Januari 2010

MASAK LEMAK SIPUT SEDUT


Siput sedut ni pulak favorite saya dan suami kurang suka sikit , saya beli di Pasar Pasir Penambang . Masih hidup bersalut selut yang bestnya saiz besar-besar . Balik rumah terus saya bersihkan betul-betul buang semua selut dan hubby potong hujungnya guna player saja cepat siap . Saya memang akan masak lemak cili api kalau siput sedut ni tapi tak la pedas sangat sebab anak saya Aisyah pun suka makan siput ni . Hmmmm sedap ni....

KERANG REBUS

Kerang rebus memang favorite suami saya tapi tak la selalu dia makan setahun tu ada la 4-5 kali je beli kerang . Bila kami pergi ke jeti nelayan Sg.Yu kat Kuala Selangor Sabtu lepas suami saya memang cari kerang sebab kerang kat Kuala Selangor memang besar-besar . Saiz kerangnya sama saiz dengan duku langsat lagi besar dari duit 50 sen .

Suami saya pilih yang besar-besar saja ada la dalam 3 kilo dia beli kerang ni berat kulit je sebab tu beli banyak. Bila balik saya rebus letak serai saja dan bila dah masak cicah dengan sos cili Thai macam dalam gambar ni hmmmmm sedap sangat...


Rabu, 6 Januari 2010

PIZZA CENDAWAN


Hari ni untuk lunch saya masak pizza cendawan tiram , mula-mula tu saya cari cendawan butang yg dalam tin rupanya dah habis dalam simpanan saya dan saya tengok dlm fridge ada cendawan tiram so jadi la pizza cendawan tiram bersama ayam deli ( kepingan ayam bolongna) . Dah lama juga saya tak masak pizza guna tray bulat ni selalu saya masak mini pizza , untuk doh pizza saya guna resepi dari blog Ah Mat Gebu yang memang mesti jadi punya.


Topping pizza ni macam cendawan dan ayam bologna ni saya tumis goreng dulu campur dengan italian herbs . chicken seasoning sikit dan baru saya taburkan atas doh pizza , lepas tu saya letak cili capsicum , tomato , monzarella dan chedder cheese dan saya bakar selama 25-30 minit dengan subu 180 darjah celcius tapi oven kena pre-heat dulu kejap...


Hmmmm sedapnya pizza yang penuh dengan cheese ni , seronok tengok anak-anak saya makan puas hati mereka makan kalau kat restoran pizza 2 tray pizza ni dah berapa la harganya saya masak sendiri modal baru dalam rm 25 dan lagi saya puas hati sebab masak sendiri .



Pizza yang dah siap untuk dibakar...

UDANG KICAP MANIS


Selalu bila udang saja saya mesti masak sambal tumis atau masak lemak , kari atau goreng kunyit so saya reka-reka je resepi ni dan hasilnya memang sedap....udang ni saya masak untuk lunch semalam .

Udang ni saya beli dari nelayan kat Sg.Yu kat Kuala Selangor memang fresh . Resepi saya mudah je saya guna bawang putih , bawang merah sedikit saja halia , soso tiram , kicap manis , sedikit asam jawa , minyak bijan dan sos nampla Thai tu . Udang ini saya goreng sekejap ( deep fry ) dan lepas tu saya tumis macam biasa semua bahan2 dan saya masukkan udang ni ke dalam sos dan digaul mesra . Kalau nak pedas boleh la ditambah cili api atau cili merah saja....hmmmm sedapnya....




Isnin, 4 Januari 2010

DINNER SEMALAM



Semalam ini la dinner kami semuanya menu simple saja dan cepat dimasak . Semua bahan masakan ni macam ikan tenggiri , siput sedut dan pucuk paku saya beli di pasar Pasir Penambang dekat Kuala Selangor . Semuanya fresh hmmm sedap ni alhamdulillah....

Kadang-kadang saya dan suami pergi ke pasar Pasir Penambang ni nak beli stok ikan dan seafood yangs anagt segar dan murah , kami pun selalu ke jeti nelayan si Sungai Yu untuk beli ikan terus dari nelayan melayu yang berniaga di situ dan harga ikan dan seafood lagila murah paling penting semua tangkapan nelayan ni freshhhhh sangat....

TUMIS AIR PUCUK PAKU LAGI LA...


Pucuk paku ni saya beli di pasar Pasir Penambang memang fresh dan masak tumis air simple saja . Kalau masak sayur pucuk paku pun saya tak suka masak lama-lama sangat nanti terover masak dan jadi lembik pulakkan . Saya suka masak stir fry dengan api yang besar macam stail cina tu dan bila dah layu je saya tutup api dapur dan sayur yang dah masak masih chrunchy serta segar sangat sedap saja...untuk resepinya sangat mudah saya guna bawang merah,bawang putih , sebiji cili merah dan ikan bilis sebagai perencah semua bahan ni ditumbuk lumat serta sedikit sos tiram untuk penambah perisa . Cara masak macam biasa tumis saja...


Pucuk paku tumis air

GULAI IKAN TENGGIRI


Di kampung suami saya masak lemak cili api di panggil gulai , semua bahan dimasak gulai ikan , ayam , daging , itik , kerang dan sayur pun dimasak gulai lemak ni . Mak mertua saya pernah masak kangkung gulai masak lemak ni first time saya makan hehehe ok sedap juga....



Ikan tenggiri ni kami beli di pasar Pasir Penambang dekat Kuala Selangor , hari Sabtu lepas kami kesana untuk beli ikan dan seafood fresh . Harga memang la lagi murah dan saya nak beli ikan-ikan fresh sebab isi ikan ni lebih padat dan manis sangat .

Masak gulai lemak ni sama saja cara masak lemak cili api yang biasa tu cuma saya tambah lagi banyak cili api sebab suami saya nak dapatkan feel macam masakan mak mertua saya yang memang pedas....