Pages

Jumaat, 22 Januari 2010

KARI IKAN DURI


Selalunya menu kat rumah saya ni masak lemak cili api , masak kicap atau sup tapi sekali - sekala saya nak makan kari juga bila dapat tu sedap sangat la . Sebelum ni ikan duri memang tak masuk dalam senarai ikan yang selalu saya masak sebabnya saya memang tak pernah makan ikan duri semenjak kecil lagi . Bila dah hidup sendiri dan berkahwin baru la saya pandai ke pasar dan macam-macam jenis ikan saya tau tambahan suami saya memang tahu nama banyak jenis ikan .

Ikan duri ni rupanya macam ikan baung cuma bentuk badannya lain sikit . Ada kawan saya cakap ikan duri ni sedap dimasak asam pedas . Masa saya balik ke utara dulu kami sekeluarga ada singgah ke sebuah kedai makan di Bagan Serai . Di kedai makan ni la saya cuba makan ikan duri masak kari ni hmmmm memang sedap rupanya isi ikan duri ni rasa macam ikan senangin dan kat bahagian kepala yang best tu...

So , masa saya pegi ke jeti nelayan Sungai Yu memang ada banyak ikan duri ni baru dibawa naik dari bot nelayan . Harganya pula punya la murah saya pun beli la 2 ekor fresh sangat . Cara nak masak kari ni masih macam kari biasa bawang merah + bawang putih , halba campur , daun kari , serbuk kari Babas dan santan pekat serta boleh juga diletak kacang bendi dan terung hmmmm sedapnya.....



BAHAN-BAHAN :

1 ekor ikan duri ( anggaran berat 1 kilo )
10 biji kacang bendi
2 cawan santan pekat
Garam dan asam jawa secukup rasa


BAHAN-BAHAN UNTUK TUMISAN :

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil halba campur
4 ranting daun kari

* Kalau nak kari kita masak ni pedas sikit boleh juga ditumis bersama 1 sudu kecil cili kering yang dikisar .

CARA MEMASAK :

Bersihkan ikan dan dipotong ke beberapa bahagian kecil . Kupas semua bawang dan dimayang halus . Potong bahagian hujung dan pangkal bendi jika panjang boleh la dipotong 2 kacang bendi ini .

Panaskan minyak untuk menumis dan tumiskan semua bawang bersama halba campur dan daun kari . Bila bawang dah layu dan wangi boleh la dimasukkan rempah kari dan air asam jawa . Kacau dan biarkan semua bahan mendidih dan rempah kari ini masak .

Bila rempah sudah masak boleh la dimasukkan semua santan serta garam kacau kuah dan biarkan sampai kuah mendidih kemudian boleh la dimasukkan semua ikan duri ini dan kacau sekejap . Jika kuah terlalu pekat atau sedikit boleh la ditambahkan sedikit air lagi.

Biarkan kuah mendidih dan ikan masak kemudian boleh dimasukkan semua kacang bendi dan biarkan seketika . Rasa garam jika kurang masin boleh la ditambah kemudian terus tutup dapur api . Tutup periuk dan biarkan kacang bendi masak didalam wap panas kari ini .



Kari ikan duri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan