Pages

Selasa, 20 April 2010

SAMBAL GESEK


Pernah makan sambal gesek ? kalau sesiapa asal dari Negeri Sembilan mesti tau sambal ni kan . Sambal gesek ni ada dua jenis iaitu sambal gesek cili api dengan ikan bilis dan sambal gesek lada hitam juga dengan ikan bilis . Sambal gesek lada hitam dengan ikan bilis ni selalunya dibuat untuk ibu-ibu yang dalam pantang gitu dan masa saya bersalin anak kedua ibu mertuaku yang jaga saya masa dalam pantang dan dia ada la juga buat sambal gesek lada hitam ni . Saya makan juga tapi tak banyak sebab saya ni jenis tak tahan dengan lada hitam perut cepat meragam so suami saya la yang mengabihkan sambal gesek lada hitam dan juga sambal gesek cili api hmmm macam dia pula yang dalam pantang hehehe....

Teknik melumatkan bahan-bahan sambal ni dipanggil gesek sebab tu la sambal ni di panggil sambal gesek info ni saya dapat dari encik suami saya la juga..



Sambal gesek cili api

SAMBAL GESEK CILI API

BAHAN-BAHAN :

Segenggam ikan bilis
Cili api secukupnya
Sebiji limau kasturi/limau nipis
Garam secukup rasa

-Semua ikan bilis dan cili api ditumbuk lumat dan dicampur dengan air limau kasturi ( jangan ambil biji limau nanti pahit sambal ni ) Tu je mudahkan selamat mencuba sambal gesek ni...

* Kalau ada buah belimbing besi boleh diguna untuk ganti air limau nipis.


SAMBAL GESEK LADA HITAM

BAHAN-BAHAN:

1 sudu besar lada hitam
1 genggam ikan bilis
Cuka secukup rasa
1 sudu kecil air panas

-Tumbuk lada hitam sampai lumat kemudian masukkan ikan bilis dan ditumbuk sampai hancur . Masukkan cuka secukup rasa saja dan air masak . Kacau semua bahan sampai sebati.

*Rendam ikan bilis dalam air panas supaya ikan bilis cepat lembut dan mudah ditumbuk hancur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan