Pages

Jumaat, 21 Mei 2010

KARI IKAN SEMBILANG



Kari ikan sembilang ni saya masak semalam hmm sedapnya rasa isi ikan sembilang ni dan ada telur ikan sekali . Rasa ikan sembilang ni macam ikan baung dan hanya di sesetengah daerah di Kedah saja ikan sembilang di masak kari .

Beza kari ni dengan kari biasa ialah dalam resepi kari ini diguna daun kesum so rasanya ermm susah la nak terangkan tapi pada selera saya sedap sangat la . Selain resepi kari , ikan sembilang ni pun boleh dimasak asam pedas ishh sodap juga tu...

Ikan sembilang memang perlu dibasuh dengan air asam jawa serta tepung gandum untuk buang segala hanyir dan kemudian boleh la di masak kari atau asam pedas ishh sedapnya . Nanti ya saya bagi resepinya...


BAHAN-BAHAN A :

1 ekor ikan sembilang ( 500-700 grm)
10 biji kacang bendi
3-4 cawan santan pekat
5 batang pokok daun kesum
Garam dan asam jawa secukup rasa


BAHAN B (DIMAYANG HALUS )

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih


BAHAN C (DITUMBUK LUMAT)

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 peket rempah kari ikan


CARA MEMASAK :

Bersihkan ikan dan dipotong ke beberapa bahagian kecil kemudian dibasuh lumur dengan asam jawa atau tepung gandum untuk buang kekotoran dan hanyir ikan sembilang ini , bilas dan tos .

Kupas semua bawang dan ditumbuk lumat kemudian digaul dengan serbuk jintan putih serta serbuk kari (BAHAN A)

Potong bahagian hujung dan pangkal bendi jika panjang boleh la dipotong 2 kacang bendi ini .


Panaskan minyak untuk menumis dan tumiskan semua bawang yang dimayang halus (BAHAN B) sampai layu dan kekuningan .

Kemudian masukkan rempah(BAHAN A) dan sedikit air kacau serta biar sampai rempah masak dan pecah minyak .

Bila rempah sudah masak boleh la dimasukkan semua santan serta garam dan kacau kuah . Biarkan sampai kuah mendidih kemudian boleh la dimasukkan semua ikan sembilang , daun kesum dan air asam jawa kacau sekejap .

Biarkan kuah mendidih dan ikan masak kemudian boleh dimasukkan semua kacang bendi dan biarkan seketika . Tutup periuk dan biarkan kacang bendi masak didalam wap panas kari ini .

3 ulasan:

  1. YA ALLAH, terliuq tengok ikansembilang..Selalunya ikansembilang mak yang paling sedap..Tapi kan i tak penah makan yang di masak kari..INSYALLAH boleh cuba masakan ni..

    BalasPadam
  2. Yan , terima kasih ya singgah lagi blog saya ni . hmmm ikan sembilang memang sedapkan sama la resepi arwah mak saya pun paling sedap ye la air tangan mak kitakan mesti la paling sedap . Kari ikan sembilang memang mennu biasa di sesetengah temapt di Kedah.

    BalasPadam
  3. Teringat ikan sembilang masak asam pedas masa duk JB dulu...mmmmm sedappp sgt, makan hari2 pon x puas.

    BalasPadam