Pages

Isnin, 28 Jun 2010

IKAN KUKUS


Selalunya kalau kukus ikan saya suka guna ikan siakap tapi kali ni saya guna 2 ekor ikan gerut ok sedap rasanya lebih kurang sama dengan ikan siakap juga. Kalau guna ikan siakap saya beli yang sederhana besar.

BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan gerut sederhana besar atau 1 ekor ikan siakap
Daun sup
Daun bawang

BAHAN-BAHAN SOS :

3 sudu besar kicap cair
1-2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 camca teh serbuk lada hitam
1 sudu kecil minyak bijan
3 inci halia, dimayang halus
1 biji bawang besar-dimayang halus
3 ulas bawang putih-dimayang halus
Garam dan gula secukup rasa

* boleh di tambah air limau kasturi atau jus lemon untuk sos perapan ikan ini.

Cara memasak :

- Bersihkan ikan dan perap bersama air asam jawa sekejap untuk buang hanyir.

- Masukkan semua bahan-bahan sos, garam, gula dan lada hitam. Kacau sebati.

- Letakkan ikan di dalam pinggan dan curahkan campuran sos ke atas ikan.

- Taburkan halia serta bawang diatas ikan dan masukkan juga halia serta bawang didalam perut ikan .Taburkan juga daun bawang atau daun sup ke atas ikan ni.

5. Kukus ikan sehingga masak .

3 ulasan:

  1. sedapnya...boleh cuba resepi ni..selalu saya wat goreng

    BalasPadam
  2. to nieda ,

    cuba la n nieda ubah suai la resepi ni ikut selera sendiri ya mcm nk lebih masin atau nk lebih masam

    BalasPadam
  3. nyummmm nyummmm... suitable for diet ni...

    hehehe... (nak turun berat badan... nak turun berat badan... nak turun berat badan... nak turun berat badan... :) :) :) )

    BalasPadam