Pages

Khamis, 10 Jun 2010

SANDWICH CHICKEN SALAMI


Saya memang makan roti sahaja untuk sarapan kerana saya nak cepat bersarapan kalau makan roti ni dengan apa-apa pun boleh sapu dengan butter pun dah cukup .

Kadang-kadang tu saya beli chicken salami atau bologna yang halal ni bila ke hypermarket atau ke Cold Storage . Anak-anak pun suka sangat sandwich begini kadang-kadang chicken bologna atau salami ni pun boleh diguna untuk perencah salad atau untuk dimasak bersama sos pasta hmmm sedapnya...

Sandwich chicken salami

Satu set sarapan yang mudah nak disediakan dan sangat mengenyangkan cukup dengan protein dan fibernya , sedap ni...


Kepingan chicken salami yang saya grill sekejap dan baru la saya satukan bersama salad serta roti whole meal . Sapukan sedikit cream cheese dan mayonis hmmm bertambah-tambah sedap la hehehe . Saya suka letak salad banyak-banyak dan kalau ada tomato atau avacado slice lagi la sedap .

Kita boleh guna apa saja sayur untuk rencah tambahan dan kalau nak lagi sedap letak la kepingan keju cheedar aduhhh sedapnya cheese slice memang kegemaran anak-anak saya ni , sandwich macam ni kalau makan di restoran mau mencecah harga RM7 untuk satu set . Tapi bila sediakan sendiri dirumah lagi la puas hati memang la kena beli banyak bahan-bahannya tapi kta boleh makan berulang kali...



Saya sapu dulu cream cheese yang sangat la sedap ni sebelum saya susun bahan-bahan lain boleh guna roti croissant untuk sandwich ni lagi la sedap...

2 ulasan:

  1. tompang bertanya, chicken salami tu die da masak ek? gril kejap je da boley makan?

    BalasPadam
  2. ye dah masak..kalau tak masak pun tak ape..tapi kalau nak lebih sedap,masakla..

    BalasPadam