Pages

Isnin, 5 Julai 2010

NASI GORENG CILI API


Ni la menu sarapan kami sekeluarga pagi semalam saya masak nasi goreng cili api ni memang pedas tapi sodap dan saya masukkan sekali ikan sardin tin sebab suamiku itu nak makan nasi goreng cili api bersadin (special request hehe)


BAHAN-BAHAN:

8 cawan nasi
1 biji bawang besar-dimayang
1 tin ikan sardin-ambil isi ikan saja dan hancur kasar-kasar
Sedikit kacang buncis-boleh digunakan sayur jenis lain.
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK HALUS:

3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1-2 genggam ikan bilis
15 biji cili api kampung

* kalau nak pedas boleh ditambah cili api lagi-berasap la hehe

CARA MEMASAK :

1) Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan semua bahan yang ditumbuk tadi sampai terbit bau harum.

2) Masukkan isi ikan sardin dan kacau semua bahan menjadi rata. Seterusnya masukkan nasi serta sayur bucis dan terus kacau kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga semua bahan menjadi mesra dan nasi menjadi agak kering dan boleh la ditutup api dapur.

Bahan-bahan untuk nasi goreng simple ni tapi sodap..


4 ulasan:

  1. saya penah guna bahan2 resepi ni utk spagetti goreng. spageti ala melayu, memang sedap

    BalasPadam
  2. wah..sedap tu..lagi pedas lagi la sedap..
    hazzy, sedap gak goreng spageti guna bahan2 utk resepi nasi goreng tu..berasap je telinga..
    salam kenal ^_^

    BalasPadam
  3. hazzy ishak,

    sedap tu saya pernah guna pasta juga goreng dengan sambal cili dengan udang kering mmg sedap

    BalasPadam
  4. kniedaz,
    salam kenal , hehehe mmg lagi pedas lagi sedap

    BalasPadam