Pages

Selasa, 10 Ogos 2010

BESTNYA BALIK KAMPUNG


Sambung lagi cerita saya di kampung , pagi-pagi saya dan suami serta anak-anak dah pegi kebun keliling rumah . Agenda awal pagi ni ialah nak kutip pucuk ubi lepas tu suami saya tolong tebang pokok ubi kayu yang dah tua ni sebab mak nak tanam pokok-pokok ubi yang baru . Pokok ubi ni senang nak hidup cucuk je batang pokok ubi yang tua dalam tanah lepas tu tunggu je la dan pokok ubi ni akan tumbuh subur . Kali ni tak ada ubi kayu sebab semuanya pokok ubi yang dah tua kena so tunggu hujung tahun baru ada pokok ubi yang baru tumbuh..

Suami saya tengah bekerja keras tebang semua pokok ubi lepas tu saya kutip pucuknya . Balik rumah saya masak gulai lemak pucuk ubi hmmm sedapnya . Banyak saya bawa pucuk ubi dari kampung dan ada yang direbus saja kemudian dimakan dengan sambal gesek yum yum..


Jom kutip pucuk ubi best ni..


Aisyah tolong kutip cili api kampung yang kaw-kaw pedas ni . Banyak sangat pokok cili api keliling rumah mertua saya ni . Ada yang mak mertua tanam dan ada yang tumbuh sendiri memang best...

Pokok kari pun saya ambil , sambil tolong kutip herba ni anak-anak saya pun dapat macam -macam info dan ilmu tentang macam-macam jenis tumbuhan kiranya belajar di luar kelas la.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan