Pages

Selasa, 10 Ogos 2010

MUSIM BUAH DI KAMPUNG..


Seronoknya dapat balik kampung kali ni sebab musim buah...

Tahun ni buah-buahan di kebun mertua saya lebat berbuah memang best sangat selalunya hanya pokok buah rambutan saja berbuah lebat tapi kali ni pokok dokong dan manggis pun berbuah lebat cuma pokok durian je yang tak mau berbuah tak pa la nak buat macam mana...

Hari minggu yang lepas kami balik kampung dan banyak sungguh hasil punggahan yang kami bawa balik ke KL . Anak-anak saya la yang paling seronok serta puas hati sangat dapat makan macam-macam jenis buah...

Bila sampai di kampung anak-anak saya tak mau masuk rumah semuanya nak lepak dan main kat laman rumah dulu dan Aisyah apa lagi makan buah rambutan la...

Aisyah dah biasa sangat dengan suasana kat kampung ni sebab tiap-tiap kali musim buah kami memang kerap balik . Memang sebulan sekali kami balik sebab kampung suami dekat dalam sejam setengah perjalanan dari rumah kami ni...


Aisyah posing kat pokok buah dukung yang rendah tapi berbuah banyak juga .

Kami ronda-ronda kat belakang rumah tengok pokok buah-buahan yang lebat berbuah dan geramnya saya tengok buah rambutan yang merah masak ranum serta buah dokong yang berbuah lebat .

Sambil meninjau kawasan kebun belakang rumah sempat juga kami petik buah dan makan best betul. Anak-anak saya memang hairan tengok pokok buah dokong sebab sebab berbuah di batang pokok dan bukan di hujung ranting macam buah-buahan lain dan tahun ni kiranya tahun pertama pokok dokong dan langsat berbuah lebat....


Buah kat dahan-dahan rendah tu saya petik dan terus makan fresh serta manis sangat buahnya .Pengalaman macam ni memang hanya di kampung saja anak-anak saya boleh dapat alhamdulillah syukur la . Best dapat balik kampung sebab suasana nyaman dan tenang serta sejuk sekali-sekala nak juga keluar dari bandar baru la best kan...


Besok pagi-pagi lagi saya dan suami ke belakang rumah sebab nak kutip buah-buahan untuk di makan dan yang nak bawa balik ke KL . Bestnya , akhirnya saya dapat masuk ke dalam kebun mertua ni selama ni saya tak pernah sampai jauh ke dalam dusun ni . Rupa-rupanya banyak pokok buah-buahan sebelum ni saya tak pernah masuk sebab masa tu pokok masih kecil dan tak de benda yang nak di cari .

Suami saya tengah sibuk kumpul dan petik buah langsat dan pokoknya tak tinggi sangat sebab pokok ni masih muda la kiranya kalau yang dah tua ada yang tinggi melayut memang kena panjat tinggi la juga kalau nak petik buahnya . Buah langsat ni manis sangat memang sedap la..


Ni pula suami saya tengah posing petik buah dukung(duku + langsat) pokok ni pun muda lagi baru first time berbuah lebat . Best sangat macam petik buah anggur pula hehehe..

Lama la juga kami kat kebun kutip macam-macam buah-buahan tapi berbaloi la sebab banyak sangat hasilnya memang best sangat...


Tengok tu buah dukung yang lebat berbuah ni ishhh geram saya tengok kalau tinggi macam ni memang suami saya kena panjat naik tangga la nak petik buahnya tapi tak la tinggi sangat suami saya guna tangga yang rendah tu . Mana yang buah kat dahan yang rendah tu saya yang kutip.


Dekat kebun abah ni ada 7 batang pokok rambutan yang ni memang tengah berbuah lebat suami saya tebang sedahan dan kutip buahnya nanti tumbuh la balik nak kait sikit-sikit memang penat la .


Nampak buah kelapa yang dah belubang haa ni baru betul bila orang cakap "dah di tebuk tupai" kuat betul la gigi tupai tu boleh di korek buah kelapa ni . Kat tanah berterabur buah kelapa yang dah berlubang kena korek dengan tupai..


Ini pulak pokok terung peluru selalunya mak masak gulai daging salai letak terung peluru ni yumm sedap..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan