Pages

Isnin, 13 September 2010

SYAWAL NAN INDAH..

Apa kabar kawan-kawan blogger dan semua pengunjung blog saya ni ? harap semua dalam keadaan sihat sejahtera dan masih bergembira sambut Aidilfitri. Kami selamat sampai dari kampung petang tadi dan insyallah besok saya sekeluarga akan balik beraya di rumah mertua pula . Bila dah balik dari kampung suami nanti baru kami nak jalan-jalan beraya ke rumah saudara-mara dan kawan-kawan yang ada kat sekitar Lembah Kelang ni. Tahun ni memang banyak rumah kawan yang nak kami pergi sebab ramai juga kawan yang saya dan suami dapat contact balik melalui fb. Alhamdulillah Aidilfitri tahun ni kami dapat sambut dengan gembira sekali seperti tahun-tahun yang sebelumnya.....
Kami sekeluarga di pagi Syawal..


Aisyah , Adlina dan Adam
Anak-anak saya la yang teruja sangat bila nak raya biasa la kan anak-anak kita la yang menunggu bila la 1 Syawal nak menjelma , insyaallah tahun depan kalau dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik kita semua akan bertemu semula dengan bulan Ramadhan dan Syawal lagi..
Ok la sampai sini dulu , buat masa ni saya memang tak buat n3 resepi masakkan insyallah mula minggu depan saya akan start balik aktif berblog...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan