Pages

Selasa, 9 November 2010

Kek butter

Kek butter ni memang favorite anak-anak dan hubby . Resepi kek ni yang saya dapat dari blog Sweet Cuppies memang mudah nak dibuat dan sedap . Saya c&p resepi ni untuk dikongsi dengan sesiapa yang nak cuba masak kek butter ni ya..

BAHAN-BAHAN :

250 gm butter
200 gm gula castor
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
6 sudu fresh milk
210 gm tepung gandum -diayak
1 sudu kecil serbuk penaik-diayak dgn tepung

*Saya masukkan sedikit pewarna coklat.

Cara Membuatnya:

-Panaskan oven kepada suhu 180C .Pukul butter dan gula hingga sebati.Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan sambil dipukul sebati diantaranya.

- Masukkan esen vanila dan dipukul hingga adunan sebati dan gebu. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit-sedikit berselang seli dengan susu , sambil dikaup balikkan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati.

6. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah dilenserkan tadi dan dibakar selama 50 - 60 minit mengikut kepanasan oven masing-masing.

7. Setelah kek masak,sejukkan seketika kemudian keluarkan dari acuan dan biar kek sejuk sepenuhnya.

2 ulasan:

  1. saya nk cuba sebab saya suka butter cake .thanks for that recipie.

    BalasPadam
  2. akak, nak tanya klu kek ni kita kukus boleh tak?

    kalau bakar kena 50-60 minit, kukus pun sama ke?

    BalasPadam