Pages

Khamis, 11 November 2010

Mee kuah utara

Selalunya mee kuah utara ni guna daging lembu tapi kali ni saya guna isi dada ayam saja so saya tambah kiub perasa daging . Saya memang dah biasa makan mee kuah ni dari kecil lagi dulu mak saya selalu masak menu mee kuah ni sebab ni adalah menu favorite arwah abah saya . Kalau tak ada ubi keledek dan kacang tanah mak saya akan ganti dengan telur supaya kuah mee ni jadi pekat . Menu mee ni memang sedap dan jadi favorite kami sekeluarga...
Kalau nak letak tulang lembu pun boleh juga tapi make sure tulang tu direbus dulu dan air rebusan tulang diambil campur sekali dalam kuah mee ni . Specialnya mee kuah ni sebab ada guna kacang tanah yang bagi kauh ni rasa nutty dan kalu suka pedas masukkan lebih cili kering memang terangkat sedap mee ni...

BAHAN-BAHAN:

300grm udang sederhana besar
300 gm ayam atau daging
1-2 peket mee
4 sudu besar sos cili
4 sudu sos besar sos tomato
1 liter air - boleh tambah jika nak lebih kuah
500grm ubi keledek-direbus sampai empuk dan dilenyek
1 cawan kacang tanah -digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit , kisar sampai halus.
1 kiub perasa daging
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS:

7 biji cili kering-kalau suka pedas tambah la lagi
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN:

10 biji telur direbus
1 peket bawang goreng
1 pokok daun bawang
taugeh dan sayur sawi dicelur
3 biji tauhu - dipotong nipis dan digoreng garing
4 biji cili merah ( kalau tak mau pun boleh)


CARA-CARA MEMASAK:

- Isi ayam dipotong kecil-kecil kemudian udang dibuang kulit dan kepala . Semua kepala dan kulit udang tadi direbus bersama 2 cawan air . Kisar semua kepala dan kulit udang tadi dengan air rebusan kemudian ditapis ambil air rebusan tadi dan buang semua hampas kepala udang ni.

- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak kemudian masukkan isi ayam dan kacau sampai isi ayam hampir masak kemudian masukkan air rebusan udang tadi dan 1 liter air . Masukkan semua udang , kiub daging , sos cili dan sos tomato serta kacau kuah ni .

- Masukkan semua ubi keledek yang dah dilenyek lumat dan kacang tanah tadi . Kacau kuah dan masukkan garam secukup rasa . Jika kuah agak pekat boleh la ditambah air lagi ikut pada citarasa sendiri .
-Celur mee , taugeh dan toskan. Potong daun sup dan cili merah , kupas kulit telur dan belah telur menjadi 2 bahagian.

CARA MENGHIDANG MEE:
Ambil mangkuk letakkan dulu taugeh kemudian mee , sayur sawi , tauhu goreng dan kemudian tuang kuah serta tabur la daun sup . bawang goreng dan cili .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan