Pages

Rabu, 29 Disember 2010

Apam tepung gandum

Hari ni saya cuba masak apam tepung gandum yang saya ambil resepinya dari blog Mat Gebu pula kalau nak tengok resepi asal boleh klik sini . Thanks Mat Gebu yang share resepi apam yang mudah nak dimasak ni dan sedap dimakan....

Saya tambah perisa strawberry dan sedikit pewarna merah bagi apam ni lagi menarik cuma kelapa parut tak ada la . Walaupun taka da kelapa parut tapi apam ni maintain laku hehehe anak-anak saya suka cuma besok tak leh dah masak apam kukus so saya nak cari resepi kuih lain pula la...


BAHAN-BAHANNYA :
500 g tepung gandum
3/4 cawan gula
2 cawan air
11 g yis + 1/2 cawan air, larutkan
5 sudu kecil perisa strawberry
Sedikit pewarna merah
Kelapa parut putih + sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :
  1. Gaul rata tepung dengan gula perang hingga rata. Tuang bancuhan yis dan kacau rata. Tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tidak berbintil2.
  2. Lenser loyang bulat berukuran 10 inci dengan sedikit minyak masak. Tuang no. 1 dalam loyang tadi dan biar 1 jam atau hingga naik memenuhi loyang tadi.
  3. Kukus atas air mendidih selama 40 - 45 minit (mat balut penutup kukus dengan kitchen towel). Sejukkan apam sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut tadi....

Apam gula melaka

Semalam saya cuba masak apam kukus gula melaka ni dan jadi la hehehe senang pula tu resepinya . Terima kasih pada ITA yang sudi share resepi apam yang mudah nak dimasak dan sedap pula tu . Bila saya dah hidang pada anak-anak dan hubby kejap je habis hehe . Hari ni saya nak masak lagi apam yang sedap ni sebab anak-anak suka makan..
Apam kukus yang cantik mekar kembang..suka..suka..
Bahan-bahan :

125gm gula pasir
150ml air
250 gm tepung gandum
½ sudu teh soda bikarbonat
½ sudu teh yis (bancuh dengan sedikit air suam)
1 biji telur
100 ml minyak masak
Papercup secukupnya.

Cara-cara :
  1. Sediakan acuan dan panaskan kukusan.
  2. Masak air bersama gula pasir dan gula Melaka hingga hancur. Tapis dan sejukkan.
  3. Ayakkan tepung gandum ke dalam bancuhan air gula. Gaul hingga sebati dan rata.
  4. Masukkan soda bikarbonat, yis dan telur. Kacau hingga sebati.
  5. Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
  6. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak (bergantung kepada saiz acuan).
Apam yang first time saya cuba masak dah jadi hehe suka..suka..

Apam sebelum dikukus..

Saya guna tuala untuk balut penutup periuk kukus, fungsi tuala ni untuk serap wap air supaya tak menitik pada apam yang sedang dikukus so cantik la rupa apam yang dah masak tak belubang-lubang .

Sambal sotong campur kacang tanah

Semalam saya masak sambal sotong kering yang hubby bawa balik dari Labuan . Kali ni saya masak sambal sotong campur kacang tanah hancur macam cara mak saya masak . Resepi sambal sotong ni mudah juga nak masak cuma kena pastikan sambal cilinya betul-betul masak dan terbit minyak kemudian semua rasa mesti la seimbang macam rasa manis ,masam dan masinnya .
Saya hanya guna cili kering yang dikisar sendiri untuk masak sambal baru la sedap. Sambal sotong ni sedap dimakan dengan nasi biasa , nasi lemak atau dengan lontong kuah lodeh hmmm yummy...

BAHAN-BAHAN:

6 keping sotong kering saiz besar ( rendam selama 5 jam seblm masak)
1/2 cawan kacang tanah-digoreng tanpa minyak/buang kulit/tumbuk hancur
1 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
Garam , gula dan air asam jawa secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS:
12 biji cili kering
4 bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan

CARA MEMASAK :

1) Bersihkan sotong dan potong kecil-kecil ketepikan dulu. Goreng kacang tanpa minyak sampai amsak kemudian buang kulit dan tumbuk hancur sahaja .

2) Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan gula, asam jawa , garam secukupnya dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak .

3) Masukkan sotong , bawang besar dan terus kacau kemudian masukkan kacang tanah hancur tadi . Kacau semua bahan dan jika terlalu kering masukkan sedikit sahaja air dan bila dah masak boleh la tutup api.

Sotong kering

Selasa, 28 Disember 2010

Sarapan pagi ni..

Pagi ni saya masak menu simple nasi goreng sardin dan saya guna semua lauk left over semalam macam sambal ikan sardin dan nasi yang tak habis dimakan . Senang je nak goreng nasi ni dan boleh ditambah bahan sampingan macam telur atau sayur kobis dan kalu suka pedas tambah la cili api hmmm sedapnya...
BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis

* Nak lagi pedas boleh ditambah sekali cili api

BAHAN-BAHAN LAIN :

4 cawan nasi
ikan sardin tin secukupnya
1 sudu besar sos tiram
1 biji telur
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk tadi serta kacau sampai terbit bau wangi . Masukkan sambal ikan sardin dan hancur-hancurkan ikan sardin tapi tak perlu sampai lumat. Kacau semua bahan kemudian masukkan telur dan kacau lagi kemudian masukkan sos tiram serta masukkan semua nasi dan kacau mesra semua bahan. Masukkan garam dan kacau nasi goreng ini sampai nasi nampak sedikit kering atau sampai nasi gorang cukup masak .

Udang goreng kari

BAHAN-BAHAN:

1 kilo udang - dibersihkan
1 peket serbuk kari udang
2 sudu besar mentega
3 tangkai daun kari
1 helai daun pandan
Sedikit daun bawang/sup
Sedikit minyak
Garam secukup rasa

Bahan dimayang nipis-nipis :

1 biji bawang besar
2 cm halia

Bahan B ( dikisar halus) :

3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia

CARA MEMASAK :
-Udang dibersihkan dan di gaul rata dengan bahan B serta 2 sudu besar serbuk kari . Perap selama 1 jam . Potong semua daun pandan dan daun bawang/sup nipis-nipis.

-Panaskan minyak secukupnya dan goreng udang separuh masak tapi kemudian angkat dan tos udang ketepikan .

-Panaskan semua butter dan sedikit minyak masak kemudian masukkan semua bawang besar /halia yang dimayang nipis-nipis , daun pandan , daun bawang/sup dan daun kari serta goreng sehingga bawang menjadi layu serta warna bertukar kekuningan .

-Masukkan 3 sudu besar rempah kari serbuk dan kacau sekejap kemudian masukkan semua udang tadi . Terus kacau sambil rasa jika ada terkurang apa-apa bahan boleh ditambah ikut pada cita rasa kita . Bila udang dah cukup mesra dengan semua bahan boleh la ditutup api dapur.

Isnin, 27 Disember 2010

Sawi putih tumis air

Kalau beli sayur sawi putih mesti ditumis dengan sotong ,itu la request dari hubby saya . Kenapa mesti ditumis dengan sotong putih kerana mak mertua saya masak macam ni hehehe..
Kadang-kadang suami saya nak melepas rindu pada masakan ibu tersayang so saya akan masak cara mak mertua saya la atau saya ubah sikit tapi kalau nak lagi senang kami balik kampung je tak jauh pun 1 jam setengah dah sampai Kuala Klawang...
Memang betul bila kita dah berkahwin memang perlu belajar dari mertua resepi-resepi kegemaran suami dan saya memang banyak sangat belajar menu baru dari mak mertua serta semuanya menu cara masakan Minangkabau . Saya pula memang suka sangat kalau belajar bab nak belajar masakan baru so bila balik je kampung memang saya selalu ada di dapur perhatikan cara mertua masak sambil tolong apa yang patut....
Dulu masak kecil dan tinggal dengan keluarga sendiri saya tak pernah makan sawi putih ni sebab arwah abah tak berapa suka sayur ni sebab ada rasa pahit sikit . Abah suka beli sayur kobis , taugeh + kucai + tauhu , bendi , kacang buncis , kangkung , terung dan beberapa jenis lagi sayuran . Sayur sawi hanya dimasak bila nak goreng mee dan bihun saja . So masa baru bernikah dengan suami dan kami dikampung mertua saya di kenal kan dengan sayur sawi putih masak dengan sotong . Bila makan sedap pula so sekarang ni memang jadi menu favorite kami sekeluarga . Berlainan negeri so memang macam-macam benda yang berbeza seperti adat dan makanan termasuk la cara masakan....
Ok berbalik kepada sayur sawi tumis sotong ni yang saya belajar cara nak masak dari mak mertua saya cuma saya dah ubah sikit sebab saya dah tambah udang kering , minyak bijan dan sos tiram kalau cara original mak mertua tak ada bahan-bahan tu semua . Selamat mencuba resepi sayur yang sanagt senang ni ya..

BAHAN-BAHAN :
2 ikat sayur sawi putih
200grm sotong
Garam secukup rasa
Sedikit minyak bijan

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Segenggam udang kering -rendam dulu

CARA MEMASAK :

-Basuh sayur sawi dan potong . Bersihkan sotong kemudian potong kecil-kecil .

-Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk sampai naik wangi kemudian kacau . masukkan sotong dan goreng sekejap sehingga sotong bertukar warna dan masukkan minyak bijan .

- Masukkan semua sayur dan kacau , masukkan garam secukupnya dan terus kacau sehingga la sayur masak dan boleh ditutup api dapur.

Sabtu, 25 Disember 2010

Makan malam di Jeram , Kuala Selangor

Kami sekeluarga berkesempatan berjamu selera di restoran Aroma Muara seafood di Pantai Jeram , makanan yang dimasak memang sedap sangat dengan harga yang sangat berpatutan..



Jumaat, 24 Disember 2010

Kepah masak lemak cili api

Selalunya kepah ni saya suka masak sweet sour atau tumis cili berserai tapi kali ni saja je ubah selera saya amsak lemak cili api pula hmmmmm sedap you . Kepah yang fresh manis memang kena sangat dengan kuah pedas lemak cili api ishhhh cik abang makan nasi bertambah la hehehehe...
BAHAN-BAHAN :

1 kilo kepah segar
3-4 cawan santan yg pekat
1 keping asam keping
4 batang serai dititik
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api
4 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

1. Bersihkan kepah dan masukkan ke dalam periuk bersama dengan bahan ditumbuk , santan pekat , serai , asam keping dan garam .

Gaul semua bahan dan masak kuah santan sampai mendidih . Bila dah masak kepah akan terbuka dan boleh la ditutup api dapur.

Kepah fresh yang saya beli di Pantai Remis , Kelang..

Ikan Saba dari Jepun

Ikan saba yang digoreng biasa dan isinya sangat sedap rasa macam ikan kembung rebus..


Ni la ikan saba dari Jepun yang sekarang ni banyak di jual di hypermarket..

Roti telur berinti sardin


Sedapnyaaaa...
BAHAN-BAHAN :

10 keping roti
Sardin tin yang sudah dimask dahulu
2 biji telur-boleh tambah
Secubit garam
Lada sulah secukupnya
Minyak masak untuk mengoreng

CARA MEMASAK :

Ratakan sardin secukupnya di atas sekeping roti kemudiam tutup roti ni dengan sekeping roti lain .
Pecahkan telur dan pukul macam nak buat telur dadar , masukkan garam serta lada sulah secukupnya dalam telur ni.

Celupkan roti ni ke dalam telur dadar secara perlahan-lahan supaya roti ni tak terbuka . Ratakan telur pada roti ni .

Panaskan sedikit minyak dalam frying pan dan goreng roti telur tadi sehingga masak . Tekan-tekan sikit roti ni supaya jadi padat dan keju cair secukupnya..

Rabu, 22 Disember 2010

Roti telur berinti keju

Sarapan pagi yang sangat enak...
BAHAN-BAHAN :

8 keping roti
Kepingan atau parutan cheese secukupnya
2 biji telur-boleh tambah
Secubit garam
Lada sulah secukupnya
Minyak masak untuk mengoreng

CARA MEMASAK :

Keju yang diparut secukupnya


Kemudian keju ditabur atas roti dan kemudian tutup dengan sekeping roti lagi . Pecahkan telur dan pukul macam nak buat telur dadar , masukkan garam serta lada sulah secukupnya dalam telur ni.

Celupkan roti ni ke dalam telur dadar secara perlahan-lahan supaya roti ni tak terbuka . Ratakan telur pada roti ni .

Panaskan sedikit minyak dalam frying pan dan goreng roti telur tadi sehingga masak . Tekan-tekan sikit roti ni supaya jadi padat dan keju cair secukupnya..

Jumaat, 17 Disember 2010

Apple crumble sedapnyaa

Hari ni untuk dessert saya masak apple crumble dan resepinya saya dapat dari blog masak kakak saya . Jom singgah blog kak Ija kalau nak dapatkan macam-macam resepi yang enak klik saja DISINI..
Apple crumble ni sedap dimakan macam tu saja atau boleh juga ditambah ice-cream vanilla hmmm sungguh enak sekali . Apple crumble ni favorite dessert anak saya Nur Aisyah...

Ingredients:
6 apples-apple fuji saiz medium
1 tablespoons sugar
1 teaspoon cinnamon
2 teaspoons butter

Crumble:
4 teaspoons butter
3 tablespoon brown sugar-boleh tambah
3/4 cup flour
1/2 cup rolled oats (optional)

How to cook :

Peel and slice apples then combine sugar and cinnamon and sprinkle over apples , cook the apple until soft . Tranfer the cooked apple into greased baking dish.Dot the apple with two teaspoons of the butter.

Blend the remaining four teaspoons of butter into brown sugar. Mix and add flour and rolled oats. Spoon mixture over apples.

Bake at 350F for 15mins , cover the baking dish with aluminium foil . Uncover and bake until crust is golden and apples are tender (approx. 35 minutes.)

Serve warm or cold with whipped cream. Delicious!

Pasta bakar simple

Hari ni untuk lunch dan dinner saya masak pasta bakar saja , simple dan sedap . Anak-anak saya memang suka sangat menu macam ni sekali sekala saya tukar menu selalu makan nasi je kan.
Kali saya guna apa saja bahan yang ada di dapur macam chicken soup dalam tin dan sausage sebagai perencah utama . Mudah je cara saya masak pasta bakar kali ni ,cepat dimasak sedap dimakan heeee...
Hmmm yummy baked pasta spiral yang ditabur sedikit parmesan cheese kalau nak makan dengan sos cili pun sedap juga dan kalau ada salad atau mash potatoes lagi la best...

BAHAN-BAHAN :
1 peket pasta spiral
1 biji bawang besar-dicincang
3 ulas bawang putih - dicincang
3 tin chicken soup cambell
2 peket sosej - dipotong kecil
3 biji telur
Sedikit italian mix herbs-1 sudu kecil
3 sudu besar mentega
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak
Keju chedder dan monzarella secukupnya


CARA MEMBUAT :

1 )Panaskan minyak dan butter kemudian tumiskan bawang putih serta bawang merah sampai terbit bau wangi . Masukkan sosej dan kacau sehingga sosej masak kemudian masukkan sup ayam cambell serta sedikit air serta terus mengacau sampai semua bahan menjadi sekata.

2) Masukkan pasta yang telah direbus tadi dan gaul dengan kuah sos. Masukkan telur serta kacua dengan cepat supaya telur cepat sebati dengan bahan-bahan lain . Masukkan garam , italian mix herbs dan gaul semua bahan sehingga sebati.

3) Tuang semua bahan tadi ke dalam mangkuk yang sesuai . Taburkan keju dan bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 40 minit atau sehingga masak.

Saya kehabisan keju monzarella so saya hanya guna keju cheddar . Kalau ada xtra cheese boleh juga dicampur dalam adunan sos atau sup ayam cambell tadi kemudian dikacau rata sebelum dimasukkan semua pasta ni.

Keju chedder akan memberikan bau wangi atau aroma yang cukup enak sementara keju monzarella akan menjadikan liat dan bertali-tali bila dah dibakar dari segi rasa sama saja . Keju parmesan pula akan bagi rasa yang lebih masin sebab tu kalau pasta bersos kurang masin selalunya kita akan tabur keju parmesan....

Adlina memang suka sangat makan pasta bakar...thumb-up lagi tu thanks sayang..

Khamis, 16 Disember 2010

Bubur caca

Bubur caca yang enak dimakan suam atau boleh juga disimpan dalam peti sejuk baru dimakan . Dah lama saya tak masak bubur caca . Cara nak masak yang mudah yang penting semua bahan mesti fresh macam santan, ubi keledek , jagung dan mesti la guna gula kabong..

Bubur caca yang saya campur dengan jagung fresh dan ubi keledek madu hmm sedap ni..baru masak saja anak-anak dah minta nak makan hehe..

BAHAN-BAHAN :

100 grm caca kering berwarna-warni
5 ketul keledek saiz kecil
2 biji jagung
Gula kabong secukupnya
Sedikit gula pasir
Santan kelapa secukupnya
Secubit garam
2 helai daun pandan

CARA MEMASAK :

Bersih ubi keledek dan potong menjadi ketulan kecil , potong jagung , simpulkan daun pandan.

Masukkan santan yang secukupnya dalam periuk bersama daun pandan serta masak kuah sehingga hampir mendidih kemudian masukkan semua caca dan ubi keledek . Masukkan gula kabong dan gula pasir secukupnya serta masukkan secubit-dua garam .

Bila caca dan ubi dah masak serta empuk boleh la dimasukkan jagung kacau lagi . Rasa gula jika kurang manis boleh la ditambah lagi .Bila jagung dah masak boleh la ditutup api dapur .

Sedapnya bubur caca ni kalau suka boleh dimasukkan sedikti biji sago dan kacang merah..

Ayam grill & brokoli

2 ketul dada ayam digrill dgn sayur brokoli dikukus dan plain lowfat yogurt di tabur flexseed

Ayam grill yang saya sediakan dengan brokoli kukus ni untuk dinner saya semalam . Dah 6 bulan saya tukar menu makanan saya dan berat saya pun dah turun sebanyak 25kg . Menu macam ni sedap dan sangat sihat .

Actually saya tengah gigih menurunkan berat badan ni al maklum la diri saya ni dah semakin kembang memang saya risau juga dan umur pun makin meningkat . Berat badan saya turun bukan hanya kerana saya jaga apa yang saya makan tapi saya bersenam dan alhamdulillah dari sehari ke sehari berat saya ni makin menyusut dan insyallah saya akan sampai ke target weight idaman saya tu . Slow and steady..

Makan untuk menjadi lebih fit , bertenaga dan sihat....

Rabu, 15 Disember 2010

Kuih keria

Kuih favorite anak-anak yang sangat mudah nak dibuat dan sedap..
Kuih keria
Bahan-Bahan:
500 gm keledek
Tepung gandum secukupnya-sehingga adunan dah tak melekat pada tangan
Secubit garam

Sira gula :
5-6 sudu besar gula pasir
Sedikit air anggaran 3 sudu besar

* Saya kehabisan tepung gandum so saya guna tepung naik sendiri sebab tu kuih keria saya gebu saja hehe..

Cara memasak :

-Kupas keledek dan rebus hingga empuk. Tus airnya dan lecek halus. Campur tepung sedikit-sedikit hingga boleh diuli. Jangan terlalu lembik atau terlalu keras.

-Ambil sejemput-sejemput, bulatkan dan leperkan. Buat lubang di tengah seperti membuat donat. Buat hingga habis dan goreng.

-Masak gula pasir bersama air di dalam kuali hingga air gula likat. Masukkan kuih yang digoreng tadi. Perlahankan api dan gaul perlahan. Biar air gula bertukar menjadi likat dan sampai menjadi serbuk putih melekat pada kuih keria ni , padamkan api.

Kuih keria yang baru digoreng

Adunan tepung dan ubi yang sudah siap dibentuk..

Petola ular

Saya pernah cuba makan sayur petola ular ni bila makan di kedai mamak tapi mungkin cara masak yang buat rasa sayur petola ular ni biasa-biasa je . Baru-baru ni saya cuba beli petola ular ni di pasar malam dan saya masak stail selera saya sendiri dan hasilnya sangat sedap . Anak-anak dan suami suka sangat makan sayur petola ular yang saya tumis bersama udang kering ni so sekarang ni petola ular dah masuk dalam list favorite sayur family kami la...

Saya tumis cara simple dengan guna udang kering sebagai rencah utama..memang sedap..
BAHAN-BAHAN :

3 batang petola ular
Sos tiram secukup rasa
Garam secukup rasa
Sedikit minyak bijan


BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Segenggam udang kering -rendam dulu

* Kalau nak pedas tambahkan sebiji cili merah dan sedikit belacan semasa proses menumbuk bawang tadi . Boleh juga diguna ikan bilis .

CARA MEMASAK :

-Basuh kacang sepat dan buang urat ditepi kacang ni kemudian potong kacang sepat kecil-kecil.

-Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk sampai naik wangi kemudian kacau .

- Masukkan semua sayur dan kacau , masukkan garam , minyak bijan dan terus kacau sehingga la sayur masak dan boleh ditutup api dapur.

Ni la rupa petola ular...

Jumaat, 10 Disember 2010

Kacang sepat tumis udang kering

BAHAN-BAHAN :

200 grm kacang sepat
Garam secukup rasa
Sedikit minyak bijan
sedikit air-jika perlu sahaja

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Segenggam udang kering -rendam dulu

* Kalau nak pedas tambahkan sebiji cili merah dan sedikit belacan semasa proses menumbuk bawang tadi . Boleh juga diguna ikan bilis .

CARA MEMASAK :

-Basuh kacang sepat dan buang urat ditepi kacang ni kemudian potong kacang sepat kecil-kecil.

-Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk sampai naik wangi kemudian kacau .

- Masukkan semua sayur dan kacau , masukkan garam , minyak bijan dan terus kacau sehingga la sayur masak dan boleh ditutup api dapur.

Ini la rupa kacang sepat giant yang selalunya ada dijual di pasar malam . Selalu juga saya jumpa kacang ni bila ke pasar malam tapi tak pernah terfikir nak beli tapi Isnin lepas saya beli sikit untuk testing masak dan rupa-rupanya kacang ni sedap sangat . So lepas ni memang selalu saya beli beli kacang sepat ni .
Urat di bahagian tepi kacang ni perlu dibuang dan bila nak beli pilih kacang yang muda baru la sedap crunchy berlemak je rasanya..

Sup daging Siam

Dah lama juga saya tak masak sup Siam favorite hubby sup ni lebih pedas dan masam berempah memang sedap . Saya guna daging serta tulang dari raya haji yang lepas so dagingnya memang sangat fresh dan nak masaknya simple saja .

BAHAN-BAHAN:

1 kilo daging bercampur tulang lembu
6 biji kentang
3 biji tomato
Jus perahan limau nipis secukupnya
1 pokok daun sup
Garam secukup rasa
Air secukupnya

*Air kena banyak sebab nak kena rebus tulang ni sampai dagingnya empuk , kena check daging untuk pastikan daging empuk atau belum jika tidak perlulah ditambah air dan terus rebus tulang lagi.

BAHAN-BAHAN TUMIS :

3 sudu besar rempah sup
2 biji bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai dititik
5 biji cili api-boleh tambah

CARA MEMASAK :

- Semua bawang , halia , lengkuas dikupas kulit dan dimayang halus . Kupas semua ubi kentang dan dipotong empat , tomato juga dipotong 4 .

-Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang tadi kemudian masukkan remaph sup . Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk . Masukkan serai , cili api dan semua tulang/daging , biarkan sampai mendidih .

-Masukkan jus perahan limau nipis secukupnya ikut citarasa masing-masing kalau suka lagi masam tambah la lagi jus limau nipis.

-Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali sehingga daging masak serta menjadi empuk , kemudian boleh la dimasukkan semua ubi kentang . Biarkan ubi kentang empuk dan baru la dimasukkan buah tomato , bila buah tomato nampak layu boleh la ditutup api dapur dan tabur la daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup.

Khamis, 9 Disember 2010

Nasi ambeng Muar..sedapnya..

Lepas dah jalan-jalan keliling bandar Muar dan river cruise kami singgah ke pasar tani dekat dengan stadium di bandar Muar ni . Masa singgah dah pukul 11 pagi kat pasar tani tak ramai pengunjung mungkin sebab dah nak tengahari . Saya lalu depan gerai jual nasi ambeng dan terus saya singgah hmmm sangat menyelerakan dengan lauk-pauk yang tak pernah saya cuba macam ayam ungkep dan masak kicap yang kelihatan sungguh sedap . Ada pula ikan masin bulu ayam dan sambal ubi kentang campur tempe dengan tauhu serta mee goreng .So saya beli 2 bungkus untuk kami makan bersama . Satunya dengan lauk ayam kicap dan satu lagi dengan ayam ungkep..

Nasi ambeng dengan lauk ayam masak ungkep hmmm memang sedap sangat la..


lauk-pauk untuk nasi ambeng semuanya sedappp...

Kuih -muih tradisional


Adam dan Adlina yang sentiasa happy dan suka posing..

Sepanjang perjalanan

Kalau dah jalan-jalan ke tempat baru mesti la nak cuba masakan di sana kan baru la lengkap jalan-jalan sambil cari makan..destinasi kami mula-mula ke Kluang railway station makan roti bakar dengan home made kaya dan kopi kaw yang sangat famous tu . Lepas tu kami ke Batu Pahat dan makan mee bandung yang famous di bandar Batu Pahat ni hmmm memang sedap banyak pulak tu memang berbaloi dengan harganya . Kali terakhir saya ke Batu Pahat pada tahun 2005 menhantar adik ipar bernikah dan masa tu la first time saya cuba mee bandung ni dan sampai sekarang saya masih teringat akan kesedapannya sebab tu la bila kami lalu lagi bandar Batu Pahat saya nak makan mee bandung ni al-maklum la bukan selalu dapat singgah ke bandar Batu Pahat...

Ni la mee bandung Batu Pahat yang sangat sedap.....


Kami bermalam di Muar dan pagi-pagi esoknya kami sekeluarga keluar cari sarapan selepas pusing 2 kali keliling bandar Muar akhirnya kami jumpa gerai ni . Kuih-muih macam-macam jenis dan semuanya sedap cuma saiznya kecil sikit tapi harganya masih murah 4 biji RM1 puas hati la..nasi lemak pun macam-macam jenis sebungkus 70 sen portionnya banyak dan sedap...



Kuih cara berlauk ni memang menarik perhatian saya dan bila rasa hmmm sedap rupa-rupanya cukup semua perisa . Best holiday kami kali ni kalau ada peluang saya nak ke Muar lagi..

Singgah makan di Air Hitam, Johor..

Kami singgah makan di kawasan gerai di Air Hitam lauk-pauk yang dijual macam-macam jenis . Harga makanan ok kebersihan gerai pun ok dari segi rasa lauk-pauknya sedap..
Ini ialah lauk pilihan hubby sambal cili api dengan ayam tengok la tu berapa banyak cili api memang pedasss sangat tapi sedap dan seperti biasa sambal ikan sardin favorite hubby saya hehe...

Ini pula pilihan Aisyah....sambal tahu dengan suuhun dan ayam gorang memang sedap . Adam dan Adlina makan nasi gorang cina yang sedap juga...

Sup sayur dan fish ball ni pula pilihan saya hmmmm sedap ni..

Giant madu

Sepanjang gerai di Air Hitam ni jual buah Nenas dan yang paling menarik perhatian saya ialah nenas spesis giant dari Sarawak ni . Saiz buahnya besar dan rasanya pun manis sangat..

Adlina pun nak posing sebelah buah nenas ni..


Suami saya letak tangan di atas nenas giant ni untuk tunjukkan betapa besarnya saiz nenas ni . Kami memang terkejut tengok sebab saiz luar biasa nenas-nenas kat Air Hitam ni mesti tanah di kawasan Air Hitam ni subur betul sebab nenas yang memang dah spesis besar menjadi lagi besar bila ditanam di sini . Panjang nenas ni dalam 12-13 inci dan rasa nenas ni sedap sanagt cukup manis..