Pages

Khamis, 20 Januari 2011

Asam pindang ikan sembilang

BAHAN-BAHAN :

2 ekor ikan sembilang saiz sederhana besar
2 batang serai - dititik
i ikat pokok daun kesum
1 keping asam keping - boleh ditambah ikut selera sendiri
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :
1 biji cili merah yang besar - kalu nak tambah pun boleh
2 cm kunyit hidup
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm belacan yang dah dibakar

*Selalunya asam pindang utara ni tak terlalu pedas dan semua rasa masam , pedas adalah seimbang..

CARA MEMASAK :

- Bersihkan ikan sembilang dan potong kepada beberapa bahagian.

- Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk , serai , air dan asam keping . Masukkan semua ikan sembilang dan garam , kacau . Biarkan kuah memdidih dan ikan masak baru la ditutup api dapur.

1 ulasan: