Pages

Jumaat, 28 Januari 2011

Nasi goreng kicap

Pagi tadi Aisyah ada acara merentas desa di sekolah so saya maska breakfast yang agak heavy bagi Aisyah ada tenaga nak lari 7 kilometer jauh tu ponet la anak den nanti . Awal pagi pukul 6 saya mula masak sarapan . Tengok ada nasi semalam so saya goreng saja dan cara gorengnya sangat mudah yang penting mesti ada kicap kipas udang manis..

BAHAN-BAHAN:

5 cawan nasi
2 biji telur
Kicap secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK HALUS:

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis ( direndam dahulu )


CARA MEMASAK :

1) Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai terbit bau harum .

2) Masukkan 2 biji telur dan kacau semua bahan menjadi rata .

3) Masukkan semua nasi yang telah dilerai-leraikan tadi dan kacau sehingga semua bahan menjadi mesra . Masukkan kicap secukup rasa dan terus kacau untuk 5 minit lagi sehingga nasi menjadi agak kering dan boleh la ditutup api dapur.

2 ulasan: