Pages

Khamis, 6 Januari 2011

Salmon grill dengan salad

Semalam untuk dinner saya sediakan menu yang ringkas kepingan ikan salmon bersama salad..
Sekali-sekala memang sedap dapat makan ikan salmon . Kali ni ikan salmon ni saya tak perap dengan apa-apa rencah pun cuma masa grill tu saya taburkan sedikit seasoning macam minyak bijan dan sedikit kicap cair Jepun .

Bila nak makan perah la sedikit jus lemon memang best . Kali ni saya hanya buat salad dressing yang sangat simple tapi sedap...

SALAD DRESSING :

5 sudu olive oil
Jus lemon secukupnya
Sedikit madu
Sedikit garam

* Campurkan semua bahan dalam bekas bertutup dan goncang bagi sebati . Tuang atas salad ikut pada selera masing-masing nak banyak mana . Salad dressing yang lebih boleh disimpan nanti kalau nak makan salad lagi boleh diguna . Salad dressing ni tak perlu disimpan dalam fridge dan boleh tahan 1-2 bulan .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan