Pages

Jumaat, 4 Februari 2011

Mee bandung

Mee bandung ni saya masak dengan cara yang paling mudah sebab nak cepat siap so banyak rencah sampingan tak ada macam bawang goreng dan cili merah tak ada . Telur pun saya pecah sebiji demi sebiji ke dalam kuah masa tengah masak . Kali ni saya masak kuah mee bandung guna udang geragau dan rasanya sedap juga macam guna udang kering . Selalunya mee bandung agak manis tapi saya kurangkan gula dalam kuah ni sebab saya dah guna ubi keledek yang memang dah manis .

BAHAN-BAHAN:

1-2 peket mee kuning
500 gm daging
300grm udang saiz sederhana
2 peket fish ball
5 cawan air dari rebusan daging
3 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
2 biji keledek saiz sederhana- rebus n lenyeh

BAHAN DIKISAR HALUS:

5-8 biji cili kering
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
100 gm udang geragau

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN:

1 peket bawang goreng
1 pokok daun bawang
Tauhu-digoreng n potong kecil
Sayur sawi secukupnya-dipotong dan celur
4 biji cili merah ( kalau tak mau pun boleh)
Taugeh secukupnya-dicelur

CARA-CARA MEMASAK:

- Kupas ubi keledek dan dipotong kecil kemudian rebus sampai empuk dan lenyek sampai hancur halus.

- Daging juga direbus sampai empuk dan dipotong nipis dan kecil-kecil. Air rebusan daging di simpan untuk masak kuah nanti.

- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau kemudian masukkan air rebusan daging. Masukkan daging yang sudah di potong nipis-nipis tadi.

- Bila kuah sudah agak panas masukkan semua ubi keledek yang sudah dilenyek tadi dan terus mengacau kuah.Masukkan garam dan biarkan sampai kuah mendidih selama 15 minit lagi.
-Masukkan semua fish ball dan udang tadi dan terus mengacau bila udang sudah masak boleh la ditutup api.
-Celur mee , taugeh dan toskan. Potong daun sup dan cili merah , kupas kulit telur dan belah telur menjadi 2 bahagian.

CARA MENGHIDANG MEE:
Ambil mangkuk letakkan dulu taugeh kemudian mee , tauhu goreng dan kemudian tuang kuah serta tabur la daun sup. bawang goreng dan cili. Dah siap , sedap mee ni cuba la masak sendiri.

* Kalau kuah nak pedas lagi tambah la cili kisar masa menumis . Anda boleh ubah suai resepi ni ikut pada citarasa sendiri ..kalau nak kuah lebih tambah la lagi air dan kalau nak kuah lagi pekat tambah la ubi keledek lenyek lagi.

1 ulasan: