Pages

Jumaat, 11 Mac 2011

Nasi lemak sambal sotong

Hari ni untuk sarapan saya masak nasi lemak dengan sambal sotong..

Nasi lemak yang dimakan dengan sambal sotong , timun segar , telur rebus , ikan bilis dan kacang goreng . Paling penting nasi dan sambal mesti la sedap...

NASI LEMAK

BAHAN-BAHAN:
4 cawan beras
4 cawan air
1 cawan santan pekat
1 batang serai besar-dititk
3 cm halia - di potong nipis
2 ulas bawang merah - dipotong kecil
10 biji lada hitam
3 helai daun pandan- disimpul & ikat
1/2 sudu kecil garam - secukup rasa

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan halia serta dipotong nipis-nipis . Basuh beras yang diletak dalam periuk nasi dan masukkan air serta santan , masukkan serai , halia , biji lada hitam , bawang merah dan daun pandan serta garam . Kacau bagi mesra semua bahan dan masak nasi seperti biasa guna periuk letrik .

RESEPI SAMBAL SOTONG

BAHAN-BAHAN:
1 kilo sotong
2 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
3 sudu besar gula - boleh ditambah atau kurang
Garam dan air asam jawa secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

BAHAN DIKISAR HALUS:

10biji cili kering - boleh ditambah
5 bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan - dibakar/grill

CARA MEMASAK :

1) Sotong di bersihkan dan dipotong kemudian ditos dan ketepikan dulu.

2)Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan gula , asam jawa , garam dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak .

3) Masukkan sotong , bawang besar dan terus kacau lagi sehingga semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api . Sotong ni akan keluarkan sedikit air so tak perlu tambah air untuk kuah xtra.

Sambal mesti la cukup semua rasa dan saya memang akan guna extra gula sebab nak bagi balance rasa pedas sambal .Sotong tak perlu dimasak terlalu lama nanti akan jadi agak liat so kacau sambal sampai sotong nampak layu dan boleh la ditutup api dapur.

2 ulasan:

  1. assalam kak..aduhai...trus lapo sy ni..lamanyer sy x buat nasi lemak..sedapnyer kak..suke3..sgt..nak buat la nnti...

    BalasPadam
  2. wlkslm Sharifah,
    hehehe mmg sedap haaa kena masak nasi lemak la tu baru la sedap makan dgn family :0

    BalasPadam