Pages

Khamis, 14 April 2011

Hujung minggu di Port Dickson

Baru-baru ni kami sekeluarga pegi bercuti ke Port Dickson sebab ikut hubby out-station dan kami duduk di Tiara Beach Resort . Hujung minggu yang best dan seronok sangat buat anak-anak dan saya juga , sekali-sekala dapat keluar dari kawasan Puchong memang best tambahan pula PD ni tepi pantai so memang tempat favorite anak-anak dan saya . Lagi satu yang bestnya sebab saya boleh jumpa kakak saya Kak Amy yang memang tinggal di PD . Bila sampai je terus call Kak Amy dan macam-macam aktiviti la yang kami buat bersama .

Hari kedua kak Amy datang releks dan lepak di Hotel yang kami duduk ni , anak-anak nak mandi pool so kami picnic di tepian pool saja . Sarapan pagi tu kak Amy bawa dari rumah dia saya hanya dapat sediakan roti dan air yang saya beli di kedai dekat area hotel , thanks kak Amy . Memang best picnic kami dan by noon saya dan anak-anak ikut kak Amy balik ke ke rumah sebelum kami keluar jalan-jalan ke Rembau dan Tampin . malam kami singgah ke pasar malam PD yang happening macam-macam ada . Saya masukkan beberapa keping gambar masa kami di PD , jom tengok..

Anak-anak saya yang seronok sangat mandi pool dari awal pagi sampai la ke pukul 12 tengahari . Best kolam di Tiara Bech Resort ni dan yang paling best sekarang ni kalau nak mandi pool kena beli tag tangan so pool tak la sesak ramai dengan orang macam dulu..

Sarapan kami pagi tu semuanya kak Amy bawa ada nasi lemak bungkus , yogurt , scrambled eggs , tuna mayo , roti , milo dan juice mmmm yummy . Thanks ya kak Amy..

Picnic by the pool side , Adlina tengah makan nasi lemak hmm yum-yum sedap ya..lepas makan masuk pool balik bila lapar makan dan sambung mandi pool tu je la aktiviti anak-anak saya hehehe......

My gorgeous sister kak Amy tengah releks di kerusi sambil melayan anak-anak saya dan juga melayan saya bersembang hehehe..best dapat spend quality time dengan insan tersayangkan...

My kids..seronok sangat holiday kali ni mama pun happy juga , PD ni bandar di tepi pantai so memang jadi destinasi kami nak bercuti dan kedudukan PD yang paling hampir dengan KL so kami memang selalu ke sana tambahan lagi kakak saya memang bermastautin di sana so dalam setahun tu banyak kali juga kami akak singgah ke PD sambil menziarah dapat juga bawa anak-anak picnic kat tepi pantai pun best juga kan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan