Pages

Rabu, 29 Disember 2010

Apam gula melaka

Semalam saya cuba masak apam kukus gula melaka ni dan jadi la hehehe senang pula tu resepinya . Terima kasih pada ITA yang sudi share resepi apam yang mudah nak dimasak dan sedap pula tu . Bila saya dah hidang pada anak-anak dan hubby kejap je habis hehe . Hari ni saya nak masak lagi apam yang sedap ni sebab anak-anak suka makan..
Apam kukus yang cantik mekar kembang..suka..suka..
Bahan-bahan :

125gm gula pasir
150ml air
250 gm tepung gandum
½ sudu teh soda bikarbonat
½ sudu teh yis (bancuh dengan sedikit air suam)
1 biji telur
100 ml minyak masak
Papercup secukupnya.

Cara-cara :
  1. Sediakan acuan dan panaskan kukusan.
  2. Masak air bersama gula pasir dan gula Melaka hingga hancur. Tapis dan sejukkan.
  3. Ayakkan tepung gandum ke dalam bancuhan air gula. Gaul hingga sebati dan rata.
  4. Masukkan soda bikarbonat, yis dan telur. Kacau hingga sebati.
  5. Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
  6. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak (bergantung kepada saiz acuan).
Apam yang first time saya cuba masak dah jadi hehe suka..suka..

Apam sebelum dikukus..

Saya guna tuala untuk balut penutup periuk kukus, fungsi tuala ni untuk serap wap air supaya tak menitik pada apam yang sedang dikukus so cantik la rupa apam yang dah masak tak belubang-lubang .

2 ulasan:

  1. salam nannie... ita datang ni ... mintak apam seketul...hihihi.. comel nyer apam nannie mekar setaman.... sukanyer tgk... apam ni sedap kan?... anak2 ita pun suka... ita follow n link nannie eh! salam perkenalan dari ita... :)

    BalasPadam
  2. wlksalam Ita,

    Thanks singgah blog nannie, hehehe ambil la apam tu ,tu la mmg sedap la apam ni thanks for the recipe ya

    BalasPadam