Pages

Jumaat, 20 Mac 2009

BAYAM TUMIS AIR


BAHAN-BAHAN:

1  ikat sayur bayam
1  peket fish ball
2  biji bawang merah
2  biji bawang putih
2  sudu besar sos tiram
1  cawan air
Segenggam ikan bilis - direndam dan ditos
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

1) Tumis bawang merah dan putih , kacau dan masukkan pula ikan bilis. Kacau seketika kemudian terus masukkan fish ball , sos tiram dan air.

2) Biarkan kuah mendidih dan terus masukkan sayur bayam , kacau supaya sayur bayam menjadi layu serta masak secara sekata dan boleh la ditutup api dapur.Jangan masak sayur terlalu lama nanti sayur bayam menjadi lembek dan tidak sedap untuk dimakan.


3 ulasan: