Pages

Khamis, 19 Mac 2009

BUAT ROTI SENDIRI

Ini la cikgu yang mengajar saya dan peserta lain di kelas membuat roti. Dia memang pakar dan profesional sangat. Apa saja saya tanya dia akan jawap , kira tak lokek ilmu la walaupun bahasa melayunya kurang jelas sebutan. Saya sangat puas hati dengan kelas dia , lepas ini nak masuk kelas lain yang dia ajar juga.


Mesin pengadun tepung roti.Besar dan tinggi ,kalau kita nampak kat kedai bakery mesti ada mesin pengadun ini. Guna mesin ini la doh roti jadi cantik sangat tu selain dari kombinasi bahan -bahan yang sesuai.


Ini ialah doh roti saya yang dah diuli dan tunggu di rias dengan pelbagai bahan lain.Best betul kelas ini , satu pengalaman baru untuk saya yang jarang membuat kek. Lepas ini nak beli oven dan pengadun roti yang sesuai, baru la roti dan kek yang di buat menjadi macam yang Mr. Hau ajar, Tochey Lausyer ( terima kasih cikgu).


Minta kawan sebelah ambilkan gambar saya tengah mengulung doh roti. Memang la penat sebab dari pukul 10 pagi sampai pukul 6.30 petang baru habis kelas buat roti ini , tapi gembira sangat dengan hasil roti dan ilmu yang saya belajar memang berbaloi. Anak-anak pun happy tengok semua roti. anak saya si Adlina sampai hari ini tak habis-habis lagi cakap kat saya " mama pandai masak roti , lina suka sangat " mak mana yang tak happy bila anak puji dan jadi lagi bersemangat nak buat roti sendiri kat rumah.

2 ulasan:

  1. saya pon teringin nak p kelas baking cake & pastry tapi x berkesempatan..dah la dgn rutin kerja lepas tu anak masih kecil susah nak tinggal kat abah depa. Tunggulah anak besaq sikit saya pon nak jugak kelas baking..syok tgk nannie berkesempatan p belajaq kat kelas.

    BalasPadam
  2. akak belajar kat mn eh.saya puas cari susah nak dapat...rupe cikgu tu mcm sy penah tgk dekat bake with yuen jek

    BalasPadam