Pages

Jumaat, 10 April 2009

MASAK LEMAK IKAN SALAI

Saya tahu cara masak lemak ikan salai ni lepas kahwin dengan suami yang asalnya dari Jelebu , Nogori Sembilan. Kat kampung suami semuanya disalai macam burung puyuh , daging , ikan keli/talapia. Dulu-dulu peti ais tak de jadi cara nak simpan makanan supaya makanan tahan lama semua makanan mentah macam ikan keli disalai guna bara api. Menu ikan keli salai masak lemak cili api ni adalah favorite suami saya .Memang sedap masak lemak cili api ikan keli salai ni....


Ini la rupa ikan keli salai ( smoke cat fish ) , bau smoke tu yang sedap sangat.Saya beli masa on the way balik dari bercuti kat Pengkalan Balak Melaka. Saya beli ikan keli salai ni di gerai tepi jalan kat Rembau , N.Sembilan .Walaupun masa tu hujan agak lebat juga tapi saya minta suami berhenti juga kat gerai ni sebab susah nak cari ikan salai yang fresh baru disalai.Cara nak masak ikan keli ni pun senang je tapi yang penting sekali mesti guna santan kelapa yang fresh dan kunyit hidup baru sedap masak lemak cili api macam mak mertua saya masak , sodap botoi la omak masak.


Masak lemak cili api ikan keli salai
BAHAN-BAHAN:
1 kilo ikan keli salai
5 cawan santan pekat
1 ikat pucuk paku

BAHAN DITUMBUK LUMAT :
10 biji cili api
4 cm kunyit hidup
2 keping asam keping
garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1) Satukan santan pekat dengan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan biarkan kuah mendidih. Kacau kuah santan supaya tak pecah lemak kemudian masukkan asam keping dan kacau lagi.
2) Bila kuah dah mendidih masukkan pucuk paku dulu dan kacau bila pucuk paku dah layu sikit baru masukkan ikan salai dan biarkan kuah mendidih dan ikan keli menjadi lembut dan dah masak. Rasa garam kalau tak cukup masin tambah la garam lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan