Pages

Isnin, 12 Oktober 2009

MINI PIZZA LAGI


Request dari anak-anak untuk sarapan semalam saya buat mini pizza lagi , cara saya sangat mudah dan ringkas , untuk resepi doh dan topping saya ada bagi dalam entry blog saya yang sebelum ni .

Mini pizza ni memang favorite Adlina , saya suka buat pizza dalam saiz yang kecil-kecil sebab lebih mudah anak-anak pegang masa nak makan..


Untuk doh pizza ni saya guna tangan saja bila nak dapatkan bentuk leper dan bulat , pada saya ni cara yang lebih cepat dan mudah dari saya guna rolling pin , dalam tray penbakar je saya tekan-tekan doh ni , letak sos spaghetti Prego prisa traditional lepas tu letak topping dan tabur dengan cheese monzarella . Bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 20 minit atau sampai pizza masak...

2 ulasan:

  1. Dah lama nak buat mini piza ni, tapi sampai sekarang tak buat-buat lagi. Tunggu anak dara balik dari asrama, baru nak buat... agaknya... hehehe...

    BalasPadam
  2. Ok tu kak kalau tunggu anak balik dari hostel baru la best anak dah ada di depan mata , nak masak pun seronok saja tgk anak-anak makan kan hehehe

    BalasPadam