Pages

Jumaat, 16 Oktober 2009

PUCUK TIMUN DURI



First time saya makan menu sayur labu ni masa di kampung suami , bapa mertua saya memang berkebun dan pokok labu adalah salah satu jenis sayur yang dia suka tanam . Bila pokok labu ni mula membesar selalunya mak mertua saya akan kutip pucuk labu ini untuk di masak lemak putih .

Proses nak siang dan bersihkan pucuk labu ni agak lama , bulu-bulu pada batang pucuk labu perlu disiat dan dibuang . Kalau di area rumah saya ni pucuk sayur labu ni boleh di beli di Tesco , pasar malam dan di pasar kat rumah saya . Jenis yang di jual pun tak ada bulu so mudah la nak dibersihkan dan dimasak .


Ini la rupa pucuk labu , jenis ni tak ada bulu-bulu di batangnya so tak payah disiat kulit batang labu ni . Boleh terus di potong ambil pucuk labu serta batang yang lembut je....

BAHAN-BAHAN :
2 ikat pucuk labu
1 genggam ikan bilis atau udang kering
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cawan santan pekat
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

- Bersih kan pucuk labu . Tumbuk semua bawang dengan ikan bilis .

-Masukkan semua santan dan bahan tumbuk dalam periuk dan didihkan di atas api sampai kuah masak . Kemudian masukkan semua pucuk labu serta garam kacau sampai sayur pucuk labu menjadi layu dan masak.

2 ulasan:

  1. Salam kak,

    Yang kak kata pucuk labu takde bulu tu, mak saya tanam. (mak saya berkebun).

    Erm..ni bukan pucuk labu, tapi pucuk timun duri..saya tak tahulah betul ke panggil timun duri dalam bahasa Melayu. Kami biasa masak ni goreng telur sj..sayur ni dan buahnya sekali memang sedap..

    BalasPadam
  2. oooo ye ke akak ingatkan pucuk labu sebab mcm rupa daun labu , thanks ya Sakinah bagi tau mmg sedapkan pucuk ni peberet akak ni

    BalasPadam