Pages

Jumaat, 19 Februari 2010

BUAH KERDAS


Saya memang suka makan ulam-ulaman tak kira ulam berdaun atau macam buah kerdas dan petai . Cuma bila makan ulam berbiji ni kena la berus gigi sebab ada aroma yang kuat pada nafas kita nanti hehehe.
Buah kerdas ni memang la favorite suami saya , suami saya jadi suka sangat bila nampak je buah kerdas di jual di mana-mana. Saya pulak suka makan petai lagi dan ulama lain macam kacang botol , daum selom , pucuk pegaga , pucuk gajus atau ulam raja hmmmmm sedapnya kalau dimakan dengan sambal kelapa atau sambal belacan dan kalau ada ikan bakar hmmmm sedapnya tapi di kampung suami saya tak ada menu ikan bakar , tak pe la lain tempat lain menu makanannya kan , saya ni apa-apa menu pun saya makan hehehe.

Ini la rupa buah kerdas yang masih baru di petik dari pokok , suami saya beli masa kami on the way nak balik kampung . Buah kerdas ni dijual orang asli yang buka gerai di tepi jalan dan murah pulak tu dia jual 3 ikat ni baru RM5 hmm lagi seronok la suami saya hehehe


Buah kerdas yang baru dikopek macam rupa isi buah durian pun ada warna dah serupa , betul kan kan kan


Buah kerdas yang baru memang berwarna macam ni sebab kulitnya belum bertukar jadi coklat gelap , rasanya pun sangat fresh dan sangat ranggup krup krap krup krap saja bunyinya . Hmmmm sedap ni dimakan bersama sambal tempoyak hehehe ada ramai orang yang tak suka makan buah kerdas ni tapi itu la kan lain orang lain seleranya...

7 ulasan:

  1. salam, singgah dari rumah kawan.

    ish ish, i love petai and i love kerdas toooo..... huhuhu... :D

    BalasPadam
  2. to ainsuperwoman ,
    hehehe sama selera la kita i love kerdas vely-vely much tooooo yum yum hehehhehe

    BalasPadam
  3. Salam Nannie..
    Ni baru first time tgk kerdas fresh..biasa jumpa yang dah dikopek dan bijinya pun dah kaler gelap sikettt..Rupanya ini kaler asalnya yaaaaa

    BalasPadam
  4. mmg sangat sedap di makan...lepas tu kalo masuk toilet sediakan la air freshner banyak2....hehehe

    BalasPadam
  5. lepas makan buah kerdas atau buah petai, makanlah ulam buah terung. tak kiralah apa jenis terung pun.. bau kerdas atau petai dari mulut akan hilang...

    BalasPadam
  6. salam.orgtua sy pun suke giler buah nie.mana nk cari ek?? tlg gtau sket..tQ

    BalasPadam