Pages

Selasa, 20 Julai 2010

GULAI AYAM PENCEN


Hari ni saya masak gulai ayam pencen atau ayam tua yang dah pencen tak bertelur dah . En.Husband yang beli ayam ni semalam di pasar malam memang suami saya sekali sekala mesti dia nak makan gulai ayam . Di sebabkan susah nak cari ayam kampung so ayam pencen pun memang dah cukup sedap cuma saya kena rebus dulu ayam ni sampai isinya menjadi lembut baru saya amsukkan santan dan bahan-bahan lain dan saya terus masak sampai la isi ayam sebati dengan kuah santan cili api .

gulai ayam pencen sedapnya..

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam tua
2 biji kelapa parut ambil santan yg pekat
5 biji ubi kentang - kupas kulit dan belah 4
6 batang serai-dititik
1 keping asam keping yang kecil
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api
5 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

1. Ayam di potong kecil dan dibersihkan kemudian dimasukkan ke dalam periuk yang berisi air. Jumlah air hanya cukup-cukup menenggelamkan ayam saja kira jangan banyak sangat . Rebus ayam ni sampai air rebusan ni jadi sikit sangat dan ayam dah empuk.

2.Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk berisi ayam ini bersama santan pekat , serai , asam keping , ubi kentang dan garam . Gaul semua bahan dan biarkan sampai kuah masak dan ubi kentang menjadi empuk.

* Kalau suka kuah yang banyak tambah la lagi santan .

Cili api yang ditumbuk lumat dengan kunyit hidup...


Gulai ayam yang sedang dimasak bila ubi kentang dah empuk boleh la ditutup api dapur..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan