Pages

Isnin, 23 Ogos 2010

JELATAH


BAHAN-BAHAN :

1 biji timun
1/2 buah nenas-kalau buah nenas kecil guna semua
1 biji bawang besar
Segenggam udang kering-direndam n tumbuk lumat
Cuka secukup rasa
Gula n garam secukup rasa

* Boleh guna cili merah dan carrot- saya tak guna sebab anak-anak tak makan cili merah nanti habis semua cili di kumpul tepi pinggan..

CARA PENYEDIAAN :

- Kupas nenas kemudian potong nipis-sipis nenas , timun dan bawang besar . Masukkan semua bahan-bahan ini dalam mangkuk dan satukan bahan-bahan lain macam cuka , udang kering serta garam/gula . Gaul dan kacau semua bahan-bahan sehingga cukup mesra.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan