Pages

Jumaat, 13 Ogos 2010

KARI SOTONG

Hari ni dah masuk hari ke tiga kita berpuasa kejap je masa berjalan kan . Menu apa yang anda semua masak untuk berbuka puasa hari ni ? Saya baru je habis masak tadi dan sekarang ni nak relek depan computer jap serta nak masukkan resepi untuk hari ni .
Besok ke mana kita semua ya mungkin ada yang nak balik kampung atau plan nak berbuka di luar best juga tu atau ada juga yang merancang nak masak menu special untuk berbuka puasa dengan family di rumah saja...
Hari ni saya masak menu yang simple lagi dan salah satunya adalah kari sotong ni yang merupakan menu kesukaan anak-anak saya...

kari sotong
BAHAN-BAHAN :
1 kilo sotong
3 cawan santan pekat
1 peket rempah kari udang - cap Adabi
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kayu manis - 1 batang je
3 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 tangkai daun kari
Garam dan air asam jawa secukup rasa

CARA MEMASAK :
1) Kupas bawang, halia dan mayang halus semua bawang serta halia ini , panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang bersama kayu manis, daun kari , bunga lawang dan cengkih sehingga terbit bau wangi.

2) bancuhkan rempah kari dengan sedikit air di dalam mangkuk . Bila bawang sudah layu , masukkan rempah kari serta air asam jawa kemudian terus kacau sehingga rempah kari masak dan terbit minyak.

3) Kemudian masukkan semua santan dan kacau supaya semua bahan mesra dan biarkan kuah mendidih kemudian masukkan sotong dan terus kacau . Masukkan garam dan biarkan sotong masak baru la ditutup api dapur .

3 ulasan:

  1. alamak terlio da.. balek kne carik ni..huhuhu

    BalasPadam
  2. ye ke haa cari jangan tak cari

    BalasPadam
  3. salam, minta copy resepinye ye..
    tgh blaja msk ni..
    ^_^
    [Aisyah]

    BalasPadam