Pages

Jumaat, 8 April 2011

Sarapan pagi ni ~ lempeng n kuah kari

Pagi ni terasa nak makan lempeng la pula sebab kari ikan nyok-nyok balance semalam pun masih ada lagi , so memang sedap la kalau dimakan dengan lempeng kosong . Ada macam-macam jenis lempeng tapi saya suka lempeng kosong je atau yang plain tanpa kelapa atau pisang kalau nak cukup berlemak boleh ditambah santan , telur dalam adunan lempeng yang kita nak masak tu .

So pagi ni kami anak beranak sarapan makan lempeng dengan kari ikan nyok-nyok semalam yang saya dah panaskan balik . Emmmm sidappppnye( cara sebut pelat sikit ikut macam Adam , anak bongsu saya cakap ).....

BAHAN-BAHAN :

2 cawan tepung gandum
2 cawan air - boleh tambah jika adunan terlalu pekat
Sedikit garam-secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit - optional tak letak pun ok je

CARA MEMASAK :

Masukkan semua tepung bersama air, garam dan serbuk kunyit dalam bekas yang sesuai dan kacau sampai sekata .

Panaskan frying pan dan masukkan sedikit minyak . Ceduk sesenduk adunan dan ratakan dalam frying pan dan biarkan lempeng masak seeloknya guna api dapur yang kecil . Bila dah masak balikkan lempeng ni dan biarkan kedua-dua belah lempeng masak dengan elok . Kalau nak garing masak la lempeng ni lebih lama tapi jaga jangan sampai hangit pula . Bila dah masak boleh la diangkat lempeng ni .

Ulang proses masak sampai habis adunan tepung ni .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan