Pages

Rabu, 13 April 2011

Tempoyak home made..

Minggu sudah En.Husband beli banyak biji buah durian ada yang jenis kualiti baik kami makan macam tu saja dan ada juga buah durian yang dijual longgok harga murah sebab buahnya kecil ada juga isinya nipis tapi masih sedap . Memang best la kami sekeluarga makan buah durian , dalam family saya ni yang paling suka durian ialah suamiku dan anak sulung saya Aisyah . Anak saya Adlina suka juga tapi dia makan setakat beberapa ulas je dah cukup , Adam pula langsung tak mau mungkin sebab kecil lagi tu tunggu la dia besar mesti mau laju je dia makan . Saya pula memang suka makan durian tapi saya hadkan pada beberapa ulas saja sebabnya saya tak mau berat saya naik lepas saya dah dapat turunkan berat saya ni berpuluh kilo hehehe tapi saya still makan hanya sekadar untuk rasa dan nak layan craving saya ni je cukup la kiranya 'berpada-pada la bila makan tu' terlebih makan boleh mudaratkan diri sendiri .

So, minggu lepas saya buat bubur kacang pun letak durian lepas tu saya masak kuah durian sebab anak-anak suka makan cicah dengan roti tapi resepinya saya tak masuk blog sebab sebelum ni saya dah pernah buat n3 . Mana buah durian yang tak habis tu saya buat tempoyak la favorite dish suami saya . Senang je nak buat tempoyak caranya asingkan isi durian dan simpan dalam bekas bertutup kalau nak tahan lama seeloknya simpan dalam fridge . Saya buat Khamis minggu lepas dan semalam dah boleh dimakan tempoyak ni . Bersemangat dan cukup berselera suami saya makan bertambah la nasi . Main menu semalam ialah masak lemak cili api ikan keli salai lepas tu ada pula pucuk ubi rebus semuanya menu favorite En.Suamiku .

Macam ni la rupa sambal tempoyak ikut selera suami saya , cara Nogori Sembilan . Saya hanya guna cili api yang kecil tu yang ditumbuk lumat campur dengan garam sikit . Tempoyak dan cili ni hanya digaul bila nak makan saja so kita boleh control berapa pedas yang kita nak sambal tempoyak kita ni . Memang sedap sangat sambal tempoyak yang kami makan semalam sebab tempoyak ni sedang elok je tak manis sangat atau terlalu masam kiranya sedang-sedang aje tempoyak fresh ni .

Tempoyak fresh...semerbak bau fridge saya dengan bau tempoyak ni . Saya tak buat banyak sangat tempoyak cukup untuk stock selama 2 minggu quality control hehehe so bila tempoyak habis dan bila nak makan tempoyak baru la saya akan beli durian dan buat lagi .

1 ulasan:

  1. Salam

    owh...sedapnyer.. terliur lah pulak. mak akak buat tempoyak gaul dgn garam. akak suka tempoyak masak. akak tumis dulu bilis sampai half cook, pastu masuk (cili api tumbuk dgn kunyit hidup-pakai kunyit serbuk pun ok), serai ketuk, garam, gula...bubuh air sikit. bila nak kering masuk daun kunyit yg dipotong halus2. makan cicah timun.bessstt..

    BalasPadam