MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Memaparkan catatan dengan label buku masak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buku masak. Papar semua catatan

Isnin, 6 Disember 2010

Buku resepi baru

Salam pagi Isnin

Dah lama juga saya tak beli buku resepi baru sebab sekarang ni kalau nak cuba resepi saya suka cari di blog kawan-kawan atau di web masakan dan cara tu lagi mudah dan cepat. Tapi kadang-kadang bila singgah kedai buku yang famous ni memang tak sah kalau tak round kat bahagian buku masak . Kat kedai buku ni harga bukunya banyak yang murah dan macam-amcam variasi buku yang semuanya saya nak beli hehehe

Lepas dah lama pilih saya hanya beli 2 buku masak ni sebab sekarang ni saya nak cuba masak pie pula . Hari ni baru nak belek resepi dalam buku masak ni dan boleh la saya cuba masak dan nanti saya masukkan n3 pie yang saya dah masak ya..



Ahad, 15 Mac 2009

BUKU RESEPI SMOOTHIES

Dah lama betul saya cari buku resepi smoothies , akhirnya jumpa juga.murah pula tu harga buku ni RM 14 ringgit , bestnyeeer.


Ini ialah antara resepi smoothies yang sangat temting dan mesti saya nak cuba buat nanti. Ada 100 jenis resepi smoothies dalam buku yang saya beli ini.Lepas ni kalau ada kawan atau sedara yang datang ke rumah boleh la saya buatkan smoothies.


Lagi resepi yang sedap, enak dan berkhasiat.Bahan pun mudah dicari macam buah-buahan dan hanya guna blender kalau nak lagi sedap kita blend sekali ais jadi la ais blended.Hmmm yummy , nanti saya akan masukkan gambar smoothies yang saya buat didalam post akan datang.

BELI BUKU RESEPI LAGI DI SALE MPH

Hari ini pagi-pagi lagi kami sekeluarga dah keluar sebab nak nak pergi berjalan ke beberapa tempat. Destinasi pertama ialah ke SS26 PJ ke sale MPH , saya ni memang pengunjung setia sale MPH sejak 2 tahun sudah. Walaupun tempat dibuat sale tu selalunya panas tapi saya tetap pegi dan jadi lupa pada keadaan panas bila dah rambang dan juling mata (hehheehe) tengok susunan buku yang mengamit saya untuk beli. Harga yang murah dan sederhana serta kualiti buku menyebabkan saya mesti pegi sale gudang MPH ni.Sale selalu up date tentang tarikh sale dengan baca di internet.Selalunya MPH akan buat 3-4 kali sale gudang setahun iaitu bulan Feb atau Mac kemudian masa pertengahan tahun bulan Mei , bulan Ogos dan akhir sekali bulan Nov- December.


Buku-buku yang saya pilih dan belek berkali-kali , saya baca isi kandungan  supaya berbaloi dengan harga yang ditawarkan.Saya selalunya akan senarai dulu apa jenis buku yang saya nak beli untuk memudahkan kerja saya bila nak cari dan pilih buku.


Buku Temting Kuih ini hanya RM 14 , buku Cupcake RM 15 dan buku resepi Italy II pula RM 6.90.Murah la sangat harga lepas diskaun , best betul lepas ni lagi kerap la saya masak resepi baru.

Buku Million Menus ni memang best , resepinya mudah dan ada resepi dalam buku ni sama dengan Nigella demokan dalam program masak dia kat channel Travel & Living.


Keistimewaan buku masak Million Menus adalah pada susunan layout buku ini yang terbahagi kepada 3 bahagian sangat kreatif dan memudahkan pengguna nak pilih resepi , boleh dilihat dalam gambar diatas pada bahagian atas ialah starter , bahagian ke-2 ialah main couse dan bahagian bawah ialah dessert , bestkan.