MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Jumaat, 27 Mac 2009

IKAN MASAK TAUCU


BAHAN-BAHAN:

1  kilo ikan
2  peket taucu
1  biji bawang merah
1  ulas bawang putih
1  biji bawang merah
4  biji cili merah
3  cm halia
1  sudu teh asam jawa segera
1  cawan air
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK :

*Bersihkan ikan dan gaulkan bersama garam dan kunyit , kemudian goreng dahulu dan ditoskan.

Mayang bawang merah , bawang putih, halia dan bawang besar. Cili boleh dipotong nipis-nipis atau dipotong dua sahaja kemudian panaskan sedikit minyak dan tumis semua jenis bawang tadi dan halia. Kacau bahan tumis sampai naik bau dan masukkan cili merah dan terus kacau sebentar.


Terus masukkan semua tauchu dan kacau sebentar kemudian masukkan air dan asam jawa. Biarkan kuah mendidih dan kacau kemudian masukkan garam dan gula. Jika kurang kuah masukkan sedikit lagi air.


Bila kuah sudah mendidih masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan kacau semua bahan supaya menjadi mesra , jangan masak terlalu lama nanti isi ikan akan mudah terlerai dari tulang.


Dah pun masak , hmmm sedap ni. Jom kita makan.

Rabu, 25 Mac 2009

SAYUR KOBIS MASAK LEMAK PUTIH

BAHAN-BAHAN:

500 grm kobis (separuh )
2 cawan santan pekat
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis


Bawang merah dan putih dimayang halus. Masukkan santan , semua bawang dan ikan bilis ke dalam periuk.Biarkan sampai kuah mendidih.


Kemudian masukkan kobis dan garam , terus mengacau sampai kobis layu dan masak.


Resepi yang mudah dimasak dan sedap sangat, anak -anak saya memang cukup suka makan sayur kobis yang dimasak begini .

RENDANG AYAM

Pagi tadi tiba-tiba pula rasa teringin nak makan rendang ayam pulak, saya pun terus keluarkan ayam dari frezzer dan cari bahan-bahan asas lain untuk membuat rendang. Daun limau purut memang saya tak simpan stok di rumah so saya pegi la ke kedai jap beli. Bila baby Adam tidur saya pun mula la proses masak rendang ni .

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam
1 biji kelapa ( ambil 2 cawan santan pekat)
1 tangkai daun limau purut
1 helai daun kunyit
1 peket kerisih / 5 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR :

15 biji cili kering
5 biji bawang merah
2ulas bawang putih
2 batang serai di racik nipis
5 cm halia
7 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup


Bahan-bahan dikisar halus. Semua bahan perlu la dipotong nipis-nipis untuk memudahkan proses mengkisar.Cili kering direbus supaya menjadi kembang dan toskan airnya dulu.


Masukkan ayam dan bahan kisar dahulu ke dalam kuali dan kacau supaya menjadi mesra dan biarkan mendidih seketika. Kemudian masukkan santan pekat dan kacau lagi bila ayam sudah separuh masak masukkan daun limau purut yang dicarik-carik , daun kunyit yang dipotong nipis , kerisik , garam dan terus mengacau supaya semua bahan sama rata.Biarkan kuah mendidih dan terus mengacau dan balik-balikkan ayam supaya masak sama rata.Kuah akan jadi banyak sedikit sebab ayam akan mengeluarkan airnya. Bila kuah sudah semakin pekat dan hampir kering terus la mengacau lagi rendang ayam ini supaya tak menjadi hangit dibahagian pemukaaan dalam kuali. Sebaiknya gunakan kuali non stick sebab mudah untuk mengacau , kuah dan ayam pun tak mudah hangit.


Kalau nak lebih kuah tak perlu biarkan ayam masak terlalu lama. Saya suka rendang yang agak kering.

Dah pun siap rendang yang amat mudah untuk dimasak ini.Hmmm sedap dimakan bersama nasi sahaja.

Isnin, 23 Mac 2009

TEMPE GORENG KICAP

BAHAN-BAHAN :

2 peket tempe
50 grm ikan bilis
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap


CARA-CARA MEMASAK :


Bawang merah , putih dan bawamg besar di mayang nips-nipis.Cili merah pun dipotong nipis-nipis.Tempe dan ikan bilis digoreng.


Tumis bawang dan cili sampai naik wangi , kemudian masukkan bawang besar , sos tiram dan kacau semua bahan-bahan .


Masukkan tempe dan ikan bilis kemudian masukkan kicap dan terus mengacau sehingga semua bahan menjadi mesra dan sekejap saja dah masak tempe gorang kicap ini. Jika masih kurang masin boleh la ditambah kicap atau garam lagi.


Resepi yang mudah  dan cepat disediakan.

MASAK LEMAK PISANG


BAHAN-BAHAN:

1 ikat pisang muda
5 biji cili api
3 cm kunyit hidup
Santan pekat dari sebiji kelapa ( boleh tambah jika kurang kuah)
Segenggam ikan bilis


Bahan yang ditumbuk lumat cili api, kunyit hidup dan masukkan juga garam supaya mudah nak menumbuk nanti.


Pisang muda yang sudah siap dikupas. Cara nak mengupas pisang ini ialah dengan menyiat kulitnya sahaja. Pisau perlu disapukan dengan minyak kalau tidak nanti getah pisang muda akan melekat pada pisau.


Mula sekali masukkan santan pekat , bahan ditumbuk lumat , ikan bilis dan biarkan sampai kuah mendidih sekejap dan terus dimasukkan pisang muda.Kacau kuah dan buah pisang supaya menjadi mesra. Kemudian biar kuah mendidih dan buah pisang menjadi empuk dan masak.



Dah pun siap pisang masak lemak ini. Sedap dimakan dengan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan goreng. Makanan yang simple tapi sedap sangat.

Ahad, 22 Mac 2009

MEXICAN BUN

Atas permintaan kawan saya, Zanariah yang berada di Singapura , saya masukkan resepi ini iaitu Mexican bun atau roti kopi. Resepi ini senang juga nak buat cuba kena ikut betul sukatan dan adunan dough kena diuli agak lama menggunakan mesin pemutar dan doh perlu dibiarkan naik dengan elok sebelum diletakkan topping kopi ke atas roti.


INGREDIENTS FOR SPONGE DOUGH:

560 grams high protein flour
7 grams instant yeast
335 grams cold water


INGREDIENTS FOR DOUGH :

240 grams high protein flour
16 grams instant yeast
12 grams salt
160 grams fine granulated sugar
12 grams soft pro ( bread improver )
30 grams milk powder
55 grams cold water
80 grams butter
40 grams shorterning


MEXICAN BUN TOPPING:

70 grams icing sugar
120 grams margarine
130 grams plain flour
130 grams egg ( 2 grade B eggs)
1 tea spoon instant coffee
1/2 hot water
1/4 coffee flavour

* Mix well all the ingredient in the mixer.


METHOD FOR THE BUN :

1) Mix the ingredients for sponge dough and ferment for 3 - 4 hours untul the dough is 3 time the original size.

2) Mix the fermented sponge dough with all the dough ingredients except the butter and shortening until dough come together.

3) Add in the butter and shortening and continue mixing until dough is fully developed.

4) Rest the dough in the fridge for 15 minutes before dividing dough into 50 grams each - ( uli bulat- bulat dan biarkan rest dalam suhu bilik dalam 3-4 jam atau sampai dough naik 3 kali ganda saiz asal).

5) Rest the dough in room tempereture for 3 - 4 hours.

6) Pipe the mexican topping on top of the dough.

7) Bake at 200 celcius for 12 - 15 minutes.