MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Khamis, 9 Disember 2010

Jalan-jalan ke Air Hitam , Johor

Cuti hujung minggu yang lepas kami sekeluarga jalan-jalan melancong ke beberapa bandar di Johor dan salah satu destinasi yang kami pergi ialah ke Air Hitam . Saya ke Kluang dulu sebab nak jumpa kawan sehobi dan lepas tu kami ke Air Hitam sebab saya nak ke kilang Claytan . Bila dah sampai ke Air Hitam memang mesti singgah deretan kedai dan gerai yang jual macam-macam benda dari seramik , toys , anak patung, seramik hiasan dan ada juga deretan gerai yang jual makanan macam kerepek dan sayur-sayuran serta buah-buahan . Memang best holiday kami kali ni kalau ada kesempatan saya nak ke Air Hitam dan jelajah negeri Johor lagi..

Saya suka kalau dapat jalan-jalan dan berada di tempat macam di Air Hitam ni sebab macam-macam pengalaman baru yang saya lalui dan tengok sendiri . Macam-macam hasil pertanian yang pelbagai jenis dijual di Air Hitam ni . Semuanya buah-buahan dan sayur-sayuran yang dijual memang fresh sangat . Pemandangan macam ni la baru best..

Telur pindang


Ubi keledek madu ni memang manis dan sedap, saya beli dan bila balik ke rumah saya hanya rebus saja dan rasa keledek ni memang manis berbeza dengan keledek yang biasa saya boleh beli di pasar dekat area rumah saya ni..

Holiday kami kali ni ke Johor memang menjadi pengalaman baru buat anak-anak saya...

Macam-macam jenis ubi

Sebelum ni saya hanya pernah jumpa 2 jenis keladi tapi masa ni Air HItam baru saya jumpa macam-macam jenis keladi . Subur betul tanah-tanih di area Air Hitam atau Batu Pahat ni sebab semua hasil pertanian yang dijual memang dalam keadaan yang sangat subur . Saya amcam nak belis emua tapi disebabkan kami nak ke destinasi lain pulak dan lambat laig nak balik ke rumah saya hanya beli keledek saja so saya ambil la banyak gambar sebagai kenangan..






Ubi kemili yang sedap di masak kari...

Warna-warni di Air Hitam , Johor..

Macam-macam jenis keropok dengan pelbagai warna,rupa dan rasa pilih saja yang mana bekenan di mata dan selera..

Keropok , kerepek , pisang salai , kuih kapit dan macam-macam lagi ada kat Air Hitam ni semuanya sanagt menyelera dan dari segi rasa memang sedap pun..

Pengalaman baru untuk anak-anak saya ni dapat jalan-jalan ke Air Hitam , Johor..


Kerepek gulung/bawang yang dipelbagaikan perisanya sedap..

Isnin, 6 Disember 2010

Buku resepi baru

Salam pagi Isnin

Dah lama juga saya tak beli buku resepi baru sebab sekarang ni kalau nak cuba resepi saya suka cari di blog kawan-kawan atau di web masakan dan cara tu lagi mudah dan cepat. Tapi kadang-kadang bila singgah kedai buku yang famous ni memang tak sah kalau tak round kat bahagian buku masak . Kat kedai buku ni harga bukunya banyak yang murah dan macam-amcam variasi buku yang semuanya saya nak beli hehehe

Lepas dah lama pilih saya hanya beli 2 buku masak ni sebab sekarang ni saya nak cuba masak pie pula . Hari ni baru nak belek resepi dalam buku masak ni dan boleh la saya cuba masak dan nanti saya masukkan n3 pie yang saya dah masak ya..



IKAN KUKUS

Kali ni saya masak ikan kukus dengan asam boi dan saya guna ikan ebek/putih/jemuduk . First time hubby beli ikan ebek dan ikan ni pun hubby beli masa dia di Labuan . Sedap isi ikan ni macam rasa ikan bawal putih+ikan tenggiri dan memang sesuai untuk dimasak stail kukus atau di goreng saja..
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan ebek ( anggaran berat 700 grm)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai-dititik
4 biji cili api-boleh tambah
5 biji asam boi
2 biji tomato-dibelah 4
Sedikit daun sup/bawang diracik halus
Sedikit air

BAHAN UNTUK SOS :

1 sudu kecil minyak bijan
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan Thai/nampla
2 sudu jus limau nipis/ kasturi-boleh ditambah
Sedikit serbuk lada hitam

* Boleh juga digunakan asam jawa untuk perisa masam

CARA MEMASAK:

1) Masukkan air ke dalam periuk kukus bahagian bawah sekali dan biar diatas api , tunggu sehingga air agak mendidih. Bentuk periuk kukus adalah bertingkat-tingkat. Bahagian bawah adalah untuk mengisi air dan 2-3 bahagian atas lagi adalah untuk diletak pinggan/mangkuk yang diisi makanan yang nak dikukus.

2) Mayang bawang putih, bawang merah , lengkuas , serai dititik dan halia. Titik cili api kemudian taburkan sedikit bahan yang dimayang ini ke dalam mangkuk yang akan diletakkan ikan nanti.

3) Bersihkan ikan , kelar-kelar ikan dan masukkan sedikit halia dan bawang putih didalam bahagian perut ikan.Kemudian letakkan ikan didalam mangkuk dan taburkan semua bahan yang dimayang tadi diatas ikan. Asam boi dicarik-carik/potong isinya asam ni dan ditabur atas ikan sekeliling ikan.

4) Tuang atau curahkan semua bahan sos yang dicampur dengan sedikit air secara sekata di atas ikan dan sekeliling ikan . Taburkan daun sup atas ikan.

5) Masukkan mangkuk yang berisi ikan ini ke dalam periuk bahagian atas periuk kukus.

6) Bila air sudah agak panas boleh la disatukan periuk bahagian atas ini dengan bahagian bawah periuk kukus. Biarkan ikan masak selama 30 - 40 minit dan jika kurang masin boleh ditambah sos nampla lagi. Bila ikan dah masak buka penutup periuk dan biarkan seketika sampai mangkuk agak sejuk, baru la diangkat keluar mangkuk ini dari periuk kukus.

Ni la ikan ebek isi ikan ni sedap rasa macam ikan bawal putih..

Jumaat, 3 Disember 2010

Sicilian orange cake

Hari ni saya baking kek lagi bila cuti sekolah ni anak-anak ada kat rumah sentiasa dan macam-macam pemintaan menu yang mereka nak makan . Adlina minta saya buat kek lagi so hari ni saya cuba buat kek orange Sicilain dan sumber resepi ni saya dapat dari blog Hana Jepun .
Kek ni memang sedap dan moist , nak membancuh adunan kek ni pun senang saja . Bila dah masak kek ni harum sangat aroma manis buah orange . Seronok saya tengok bila anak-anak sedap menikmati kek yang saya masak sendiri..puas hati sangat...

SICILIAN ORANGE CAKE
Sumber resepi dari blog Hana`s Family

Bahan-bahan :
  • 250g butter - suhu bilik
  • 200g gula pasir
  • 4 biji telur size M
  • 1 sudu besar parutan kulit oren
  • 250g tepung naik sendiri (jika menggunakan tepung gandum + 1sk baking powder)
  • 85ml jus oren
Bahan untuk aising
  • 125g gula aising
  • 4 sudu besar jus oren
Cara-cara
  • Panaskan oven 170C. Sapu loyang 22cm dengan butter keliling. dan alas loyang dengan baking paper.
  • Pukul mentega dan gula hingga berkrim selama 4-5minit. Pecahkan telur, masukkan satu per satu. Masukkan parutan kulit oren. Pukul lagi hingga kembang.
  • Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 45-50min. Cucuk sebelum keluarkan dari oven. Jika kek belom masak dan permukaannya sudah keperangan, letakkan aluminium foil di atas kek supaya kek tidak hangus dan teruskan membakar.
  • Sejukkan kek sebentar di dalam loyang di atas wire rack. Kemudian baru sisipkan.
  • Untuk membuat aising, campurkan gula aising dan jus oren ke dalam mangkuk dan kacau sehingga berkrim. Curahkan ke atas kek tadi dan boleh la dipotong dan dinikmati.

Tengok la tu Adam dan Adlina "thumbs up" lagi sedap kek mama buat ni...