Pages

Isnin, 31 Ogos 2009

KACANG PANJANG DENGAN HATI AYAM


Kacang panjang goreng dengan hati ayam dan bahagian tengkok dan tulang...

BAHAN-BAHAN :

1 cekak kacang panjang
1 batang carrot
4- 5 ketul hati ayam
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan- kalau tak de pun boleh
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

- Potong kacang panjang dan carrot , kupas semua bawang dan dimayang halus . Bersihkan hati ayam ini dan potong kecil2 kalaua da bahagian ayam macam tengkok boleh di campur sama.

- Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang , kacau dan biar smapai bawang ni layu . Terus masukkan semua hati ayam dan kacau lagi biar hati ayam ni masak dan sedikit garing .

- Masukkan sos tiram dan semua sayur , masukkan minyak bijan sera garam secukup rasa. Kalau agak kering masukkan sedikit saja air .Terus kacau sampai la sayur menjadi layu dan masak .

Ahad, 30 Ogos 2009

Sambal tempoyak cicah pucuk ubi..


Hari ni saya masak gulai tempoyak ikan kembung lagi special request dari hubby , selain tu saya masak pucuk paku masak lemak campur udang . Menu istimewa hari ni ada lah .....sambal tempoyak cicah pucuk ubi dan petai hmmmm yummy.....

Ini la rezeki kami untuk berbuka hari ni , syukur alhamdulillah . Pucuk ubi ni bekalan dari kampung , suami kutip masa kami di kampung.


pucuk paku masak lemak ni favorite anak-anak saya , cara nak masak menu ni sama saja macam masak lemak lain cuma saya tak letak cili api sebab nanti pedas sangat anak-anak tak boleh makan.

sambal tempoyak stail kampung suami saya , cili api di tumbuk bersama garam saja dan bila nak di makan baru la cili api ni di campur sikit demi sedikit . Kalau nak pedas , lagi banyak la cili api dicampur bersama tempoyak .


Pucuk ubi dan petai , memang sedap betul di makan bersama sambal tempoyak , makan nasi bertambah la...

Jumaat, 28 Ogos 2009

RENDANG AYAM


rendang ayam.. yum... yum




Rendang ayam
Resepi untuk rendang ayam ni saya ada bagi dalam post sebelum ni dan boleh check di senarai label kat sebelah kanan blog saya ni ..

Rabu, 26 Ogos 2009

GULAI TEMPOYAK IKAN KEMBUNG

Semalam untuk berbuka saya masak resepi mudah dan ringkas saja , kawan suami ada bagi tempoyak home made . So , semalam saya masak la gulai tempoyak ikan kembong ni . Tempoyak ni masih fresh sebab baru buat jadi rasanya masih manis manis masam , memang sedap..yum yum..
Gulai tempoyak ikan kembong


Cara saya masak ialah dicampur semua bahan sekali dalam periuk

BAHAN-BAHAN :

4 ekor ikan kembong yang besar
2 batang serai - dititik
3 sudu besar tempoyak
1 keping asam keping- kalau tempoyak dah masam tak perlu la ditambah asam keping
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

5 biji cili api -cili merah dah habis, selalu saya guna cili merah
2 cm kunyit hidup
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih

CARA MEMASAK :

- Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk , serai , air dan asam keping . Masukkan semua ikan kembong dan garam , kacau . Biarkan kuah memdidih dan ikan masak baru la ditutup api dapur.

* Jika tempoyak dah mula masam boleh la dicampur sedikit gula .

LALA TUMIS KUNYIT




Lala ni saya tumis dengan kunyit dan serai saja , simple tapi sedap.....


BAHAN-BAHAN :

500 gm lala
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
1 batang serai - dititik
1 sudu besar sos tiram
Sedikit air
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

- Bersihkan lala dan kupas semua bawang dan kunyit hidup . Tumbuk lumat semua bawang dan kunyit .

- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk tadi dan serai , kacau biar sampai bawang layu . Kemudian masukkan sos tiram , lala , garam dans edikit air untuk kuah . Bila sudah masak lala akan bertukar warna .

Selasa, 25 Ogos 2009

SIAKAP SWEET N SOUR


siakap masam manis ( kurang pedas ni )


BAHAN-BAHAN :

1 ekor ikan siakap - dibersihkan dan di kelar-kelar .
1 biji bawang besar - di mayang nipis-nipis
2 biji bawang putih - dititik
1 cm halia - mayang halus
sedikit daun sup dan daun bawang

BAHAN SOS :

2 biji cili api - boleh ditambah
3 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar nampla - sos ikan Thai
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar jus lemon atau jus limau nipis
Sedikit air - jika perlu

CARA-CARA MEMASAK ;

- Ikan yang sudah dibersihkan dan tos sekejap , kemudian lumur ikan dengan sekit garam dan lada hitam , gaul rata seluruh ikan dengan tepung jagung atau tepung gandum , sikit saja tepung macam bagi ikan ni pakai bedak . Goreng terendam ikan ( deep fried ) api sederhana besar sampai ikan garing , Angkat ikan dan letak dalam pinggan yang sesuai.

- Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang sampai layu kemudian terus masukkan sos tiram , sos nampla , kicap , cili sos dan jus lemon . Kacau dah rasa sos kalau ada rasa yang terkurang tambah la bahan tersebut lagi . Kalau nak lebih kuah masuk la sedikit air dan terus kacau akhir sekali masuk daun sup+ daun bawang yang di potong nipis-nipis , kacau sos ini dan tutup api dapur . Tuang sos ke atas ikan.

* berhati-hati dengan jus lemon atau jus limau nipis jangan terlebih nanti sos jadi masam ..

Isnin, 24 Ogos 2009

ROAST CHICKEN




Roast chicken dengan baked vegie
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam yang dipotong 8
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 sudu kecil black pepper
3 sudu besar cili sos
4 sudu besar tiram - kalau nak lebih pun boleh
6 sudu besar kicap manis
3 sudu minyak zaitun atau minyak sayuran lain

CARA MEMASAK :

- Kisar bawang merah dan bawang putih .
- Bersihkan ayam dan tos sekejap , masukkan semua ayam ke dalam bekas yang sesuai kemudian masukkan bahan kisar , semua bahan lain dan gaul rata dan peram selama 4 jam . Simpan ayam dalam fridge.
- Pre-heat oven selama 10 minit , susun ayam dalam tray pembakar dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 45 minit atau sampai ayam masak ..
- 10 minit sebelum ayam dibawa keluar dari ketuhar masukkan semua sayur untuk di bakar sekejap atau sampai sayur-sayuran menjadi layu..

Ahad, 23 Ogos 2009

KAD SALAM RAMADHAN


Semalam saya ambik kad raya ni di rumah/blog Linda , terima kasih la sebab ingat nak bagi kat akak kad raya ni...kelakar rupa kartun nya hehehe


hehehe kad raya kelakar

Selamat berpuasa untuk semua..

NASI TOMATO



Nasi tomato

Sabtu, 22 Ogos 2009

MINI PIZZA


Petang semalam saya masak mini pizza , anak-anak saya memang suka makan roti , bun dan mini pizza ni . Untuk resepi doh pizzanya saya dah ada bagi dalam post yang sebelum ni..



BAHAN-BAHAN:


1 peket sosej
2 biji tomato
1 biji bawang merah
1 tin cendawan butang
1 sudu kecil italian herbs
3 sudu besar olive oil
Garam secukup rasa
Black pepper secukup rasa


UNTUK SOS :

Sos spaghetti perisa Tradisional Prego


CARA PENYEDIAAN :

Potong semua bahan menjadi kecil-kecil dan masukkan ke dalam mangkuk yang sesuai. Masukkan olive oil , italian herbs , black pepper , garam dan kacau semua bahan menjadi rata.

Untuk dohnya saya guna tangan saja , tekan-tekan bagi shape bulat , lepas tu saya guna sos spaghetti Traditional brand Prego senang je.


Saya sapu sos spaghetti , letak bahan inti tadi dan tabur cheese monzarella ...dah siap untuk dibakar , mudah dan ringkas...


Yang ini pula plain tak de sos...bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 20 minit



dah pun siap yummy....

Jumaat, 21 Ogos 2009

PAJERI NENAS

Resepi pajeri ini ada lah dari mak saya , dalam resepi pajeri ini ada diletak udang kering berbeza dari resepi pajeri yang biasa saya jumpa atau baca resepinya di majalah atau blog , abah saya memang suka makan pajeri nenas .

Dari saya kecil sampai lah besar masa tu kami tinggal di Jitra , tiap-tiap hari kami akan makan kari cuma lauk untuk kari saja berubah hari ni kari ikan bawal besok kari daging lepas tu kari ikan kembung , bertukar pulak kari ikan masin campur nenas dan besoknya kari udang bersama buncis dan lusanya kari telur , yang pastinya tiap-tiap hari mesti ada kari dan ikan kembong goreng juga ... sebab tu la sampai sekarang saya tak jemu makan kari cuma sekarang saya tak la masak kari tiap-tiap hari ....


BAHAN-BAHAN :

1 biji nenas -sederhana besar
5 cawan santan pekat
1 genggam udang kering
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm kayu manis
3 biji bunga lawang
2 biji bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 peket serbuk kari daging
4 camca besar kerisik
3 camca besar gula
Garam secukup rasa


CARA MEMASAK :

Bersihkan nenas dan potong ikut saiz yang sesuai .Basuh udang kering.

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bawang + halia , kulit kayu manis , bunga lawang+bunga cengkih , buah pelaga . Kacau semua bahan dan masukkan udang kering . Kacau sampai bawang menjadi layu dan terus di masukkan rempah kari yg sudah di bancuh dwngan sedikit air tadi dan kacau , biar sampai rempah masak dan terbit minyak.

Masukan semua santan dan kacau , biar kuah mendidih sekejap dan masukkan gula , kerisik dan buah nenas . Masukkan garam secukup rasa dan terus kacau pajeri ini . Biarkan sampai nenas empuk , itu tanda pajeri sudah masak dan boleh la ditutup api . Dah pun masak....

Khamis, 20 Ogos 2009

MASAK LEMAK BUNCIS n UDANG




BAHAN-BAHAN :

500 grm udang sederhana besar
2oo grm kacang buncis
3 cawan santan pekat
1 keping asam keping

BAHAN DI TUMBUK LUMAT :

2 biji bawang merah
3 cm kunyit hidup
5 biji cili api

CARA MEMASAK :

Bersihkan semua udang dan kacang buncis di potong menyerong . Masukkan santan pekat dan bahan ditumbuk lumat ke dalam periuk . Hidupkan api dan biarkan sampai kuah mendidih dan kacau kuah . Masukkan udang dan asam keping bersama garam secukup rasa , kacau semua bahan.

Bila udang sudah bertukar menjadi warna jingga , boleh la di masukkan kacang buncis dan terus kacau kuah supaya kuah tidak pecah minyak . Bila sayur buncis dah layu boleh la di tutup api dapur.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN


Lagi 2 hari kita akan berpuasa , saya memang menuggu bulan Ramadhan yang sangat mulia dan barakah untuk kunjung tiba dengan perasaan yang gembira .

2 kad ni saya terima dari Ayu , sahabat yang jauh di Singapura . Terima kasih pada Ayu yang sudi dan teringat nak titipkan kad ni pada saya , happy sangat saya hari ni .

Pasti semua ibu-ibu sibuk memasak untuk juadah berbuka puasa pulak mula hari Sabtu ni , saya nak round lah ke semua blog kawan-kawan , nak tengok menu juadah berbuka , boleh la saya cuba untuk di masak buat berbuka di rumah sendiri.


Semoga kita semua dapat menjalankan ibadat puasa yang akan datang ini dengan lancar dan sempurna.

Rabu, 19 Ogos 2009

CAPATI DAN KARI DAGING


Sarapan pagi tadi , kair daging yang baru di masak bersama capati segera yang saya beli di Maidin , hmmm memang sedap. Capati ni hanya perlu di panas kan balik dalam kuali sampai jadi lembut dan boleh terus di makan ...



Ini la rupa capati segera..

KOBIS TUMIS AIR


Satu lagi menu sayur yang saya suka masak , kadang-kadang saya tumis dengan udang kertas dan di campur dengan kicap pekat , memang sedap dan mudah sangat nak masak menu sayur ni . Kali ni saya guna ikan bilis sebagai rencah menumis .


BAHAN-BAHAN :

Separuh sayur kobis - sederhana besar
Segenggam ikan bilis
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 cawan air

CARA MEMASAK :

Bersihkan sayur kobis dan potong ikut cita rasa. Kupas semua bawang dan dimayang nipis-nipis serta basuh semua ikan bilis yang akan digunakan nanti.

Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang dan ikan bilis , goreng sehingga bawang layu dan ikan bilis menjadi sedikit garing dan terus masukkan air . Kacau kuah dan masukkan soso tiram dan minyak bijan kemudian masukkan sayur kobis serta garam secukup rasa . Kacau dan bila sayur kobis menjadi layu boleh la ditutup api .

KARI DAGING


Suami saya yang berasal dari Negeri Sembilan kurang sikit gemar makan kari , nak buat macam mana kan dah memang makanan harian dia dari kecil sampai la dia hidup bujang ialah masak lomak cili api , memang mak dia masak menu masak lomak cili api tiap-tiap hari dan bila dah berkawin dengan saya baru dia belajar makan menu kari , masak kicap , sambal tumis serta lain-lain menu .

Tapi kari daging memang favorite suami saya , cukup berselera dia makan nasi kalau saya masak kari daging letak ubi kentang...


BAHAN-BAHAN :

500 grm daging batang pinang
6 biji ubi kentang - potong atau 4
4 cawan santan pekat
1 peket rempah kari daging
2 sudu cili kisar
3 cm halia
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang ( 3 cm) kulit kayu manis
1 biji bunga cengkih
3 biji bunga lawang
Garam secukup rasa

Tak perlu guna cili kisar kalau tak mau kari pedas sikit


CARA MEMASAK :

Bersihkan daging dan potong kecil-kecil , kupas semua ubi kentang dan dipotong 4 . Kupas semua bawang , halia dan dimayang halus-halus.

Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang , halia , kulit kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih dan kacau sampai bawang layu . Kemudian bancuh rempah kari dengan sedikit air dan masukkan kedalam periuk . Masukkan juga cili giling dan kacau serta biar kan sampai rempah terbit minyak dan menjadi wangi .

Masukkan santan dan daging , biarkan kuah mendidih baru la dimasukkan ubi kentang dan garam . Kacau kuah dan bila daging serta ubi kentang telah empuk baru la di tutup api dapur. Dah pun masak , mudah saja....

Selasa, 18 Ogos 2009

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI

Sambal tumis ikan bilis saya ni terover banyak minyak la hehehe..

Sudah lama juga saya tak masak sambal tumis ikan bilis dengan petai , hari Ahad yang lepas saya ada beli petai untuk dimakan buat ulam so ada la tinggal lagi 1 papan petai , cukup la untuk di buat rencah sambal tumis ikan bilis ni.

Resepi sambal ikan bilis ni serba ringkas saja...


BAHAN-BAHAN :

3 genggam ikan bilis - dibersih dan digoreng sampai garing
1 biji bawang besar - dimayang nipis-nipis
1 papan petai - kopek ambil buah petai
1 sudu kecil gula
Air asam jawa secukup rasa
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS :

10 biji cili kering - kalau nak pedas tambah la lagi
3 biji bawng merah
1 ulas bawang putih
2 cm belacan

CARA MEMASAK :

Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar , masukkan air asam jawa , gula dan biarkan cili masak sehingga terbit minyak dan sambal menjadi harum.

Masukkan ikan bilis goreng tadi , bawang besar yang dimayang nipis dan garam , kacau. Kemudian masukkan petai dan kacau bagi semua bahan mesra , bila petai dah layu boleh la ditutup api dapur.

Isnin, 17 Ogos 2009

FISH N CHIPS


ikan dory bersama fries , mayonies/mustard dan lemon.

FISH N CHIPS


BAHAN-BAHAN :

5 keping ikan fillet ikan dory ( sebesar tapak tangan )
fries secukupnya
serbuk roti secukupnya ( bread crums )
Minyak masak secukupnya untuk mengoreng

BAHAN-BAHAN ( bancuhan tepung) :
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 biji telur
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan air sejuk
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN :

Bersihkan fillet ikan dory dan gaulkan serbuk lada hitam / sulah dan perap selama 15 minit.

Bancuh semua bahan tepung tadi dan kacau sehingga menjadi pekat , jika bancuhan agak cair tambah sedikit saja tepung gandum lagi .

Celupkan fillet ikan dory ke dalam bancuhan tepung pastikan rata pada semua bahagian.


Kemudian letakkan fillet ikan dory tadi ke dalam serbuk roti dan gaul rata .pastikan semua bahagian ikan dilitupi dengan serbuk roti ini.


Goreng fillet ikan dalam minyak sehingga fillet ikan bertukar warna coklat kekuningan atau samapi fillet ikan masak . Guna api yang sederhana sahaja supaya fillet ikan masak sekata dan kulit luar tidak hangit.


Jumaat, 14 Ogos 2009

MENU SARAPAN


Bangun pagi tadi saya tengok ada banyak lagi roti yang dibeli 2 hari lepas . Nak makan dengan jem dan butter dah tak sedap sooo apa lagi saya buat la resepi apa yg patut bagi roti ni sedap di makan .

Semalam masa tengok rancangan waktu pagi yang Amy Mastura jadi hos tuu , Apa-apa aje . Ada ditunjuk menu ni tapi roti yang diguna ialah baguette .

Nak buatnya mudah sangat ...


BAHAN-BAHAN :

2 biji tomato
1 biji bawang besar
1 peket sosej
1 peket chedder cheese atau monzarella cheese
1/2 sudu teh lada hitam
1/2 sudu teh italian mix herbs
2 sudu besar olive oil

CARA MEMASAK :

Potong kecil-kecil semua tomato , bawang besar , sosej . Masukkan ke dalam bekas yang sesuai kemudian campurkan lada hitam , italian herbs , minyak zaitun . kacau semua bahan .

Sapukan butter ke atas roti dulu dan susun semua roti dalam tray pembakar , letakkan campuran sosej tadi keatas roti dan letakkan cheese kat atas campuran sosej tadi.

Bakar selama 20 minit dalam suhu 180 darjah celcius , atau sampai cheese jadi kekuningan. Roti ini pun nanti akan jadi ranggup dan sedap sangat. Cuba la....



Ready untuk dibakar..


Baru keluar dari oven..



Hmmm yummy ...

Khamis, 13 Ogos 2009

BUTTER COOKIES

Dah lama saya buat cookies ini tapi malam ni baru dapat saya masukkan gambar dan resepinya ke dalam blog resepi saya ni.
Saya memang peminat Nigella Lawson , chef cantik lawa yang cara masakannya sama macam saya juga iaitu main campak-campak saja hehehee...... ( jangan ikut cara saya ya...ikut sukatan yang betul ) ....
Bila tengok episod Nigella buat cookies ni , saya pun teringin nak cuba maklum la raya dah nak dekat ni walaupun kena puasa dulu kan tapi saya nak cuba cari resepi cookies yang mudah dan cepat disiapkan dan resepi Nigella ni memang cepat dan sedap cookiesnya...
Saya malas la nak re-type balik resepinya soo...saya copy and paste je resepi ni dari website Nigella sendiri , kalau sapa-sapa yang nak macam-macam lagi resepi pegi saja ke sana...
Kali ni saya tak ambil pulak gambar step by step proses saya buat cookies ni kira ikut mood , kalau rajin saya ambil banyak gambar masa tengah masak kalau tak hanya bila dah siap masak baru saya ambil gambar makanan tu . So , kali ni hanya gambar cookies yang dah siap saja saya ambil ...


Ingredients

Cookies:

  • 6 tablespoons soft unsalted butter
  • 1/2 cup sugar
  • 1 large egg
  • 1/2 teaspoon pure vanilla extract
  • 1 1/2 cups all-purpose flour
  • 1/2 teaspoon baking powder
  • 1/2 teaspoon salt

Icing:

  • 2 to 3 tablespoons just-boiled water
  • 1 cup confectioners' sugar, sifted
  • Food coloring, preferably pastes
  • Special equipment: cookie cutters

Directions

Preheat the oven to 350 degrees F.

Cream the butter and sugar together until pale and moving towards moussiness, then beat in the egg and vanilla. In another bowl, combine the flour, baking powder, and salt. Add the dry ingredients to the butter and eggs, and mix gently but surely. If you think the finished mixture is too sticky to be rolled out, add more flour, but do so sparingly as too much will make the dough tough. Form into a fat disk, wrap in plastic wrap, and let rest in the refrigerator for at least 1 hour.

Sprinkle a suitable surface with flour, place disk of dough on it, and sprinkle a little more flour on top of that. Then roll it out to a thickness of about 1/4-inch. Cut into shapes, dipping the cutter into flour as you go, and place the cookies a little apart on 2 parchment or silpat lined baking sheets.

Bake for 8 to 12 minutes; obviously it depends on the shape you're using and whether they are on the upper or lower shelf, though you can swap them around after about 5 minutes. When they're ready expect them to be tinged a pronounced gold around the edges; they'll be softish still in the middle, but set while they cool.

Remove the cookies with a flat, preferably flexible, spatula to a wire rack. When they are fully cooled, you can get on with the icing. Put a couple of tablespoons of not-quite-boiling water into a large bowl, add the sieved confectioners sugar and mix together, adding more water as you need to form a thick paste. Color,as desired. I think pastes are much better than liquid, not just because the range of colors is better but because they don't dilute the icing as they tint. Ice cooled cookies, as desired.

Selasa, 11 Ogos 2009

GANGGUAN TEKNIKAL LA...


Semenjak minggu lepas saya memang tak dapat nak masukkan apa-apa gambar pun tentang aktiviti masakan dari dapur saya kerana ada gangguan teknikal yang tak dapat di perbaiki lagi sepenuhnya . Sebab tu la habis saya pegi kumpul segala gambar-gambar kek yang comel lawa tu semua dari internet , tak pa la juga sekurang-kurangnya boleh saya simpan saja gambar-gambar tu buat koleksi sendiri sambil menjamu mata.

Apa pun insyallah kalau semua dah ok kembali kepada keadaan sedia kala sepenuh , by next week saya boleh la masukkan semula semua resepi masakan dan gambar yang dah lama saya simpan tu .

GAMBAR KEK LAGI

Saya kumpul semua gambar-gambar kek ni untuk koleksi sendiri .