MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Khamis, 31 Disember 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010


Saya ucapkan "SELAMAT TAHUN BARU 2010 " kepada semua kawan-kawan , followers serta pada semua pengunjung blog saya ini.......semoga kehidupan kita pada tahun 2010 ini akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya Insyallah....


..Happy New Year..

Happy New Year
May every great new day
Bring you sweet surprises--
A happiness buffet.

Happy New Year to everyone
And when the new year’s done,
May the next year be even better,
Full of pleasure, joy and fun

Selasa, 29 Disember 2009

GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN

Masa saya jalan-jalan ke Temerloh sempat juga saya ke tepian sungai Pahang sebab nak cari ikan patin segar la yang masih hidup . Ada banyak gerai tepi jalan nak ke pekan Temerloh ni tapi yang fresh semesti di tebing sungai la...
Salina dan suami dia yang bawa kami ke gerai jual ikan patinn fresh ni , kat tebing sungai kami boleh tengok sendiri banyak sangkar ikan patin dan pekerja yang sedang tarik naik ikan pating fresh ni dari sungai untuk dibawa naik masuk ke dalam kolam kecil . Ikan di gerai ni memang dijual fresh pilih saja yang mana bekenan di hati , kecil atau besar semuanya ada selain patin ikan talapia merah pun ada dan ikan pekasam pating serta tempoyak fresh suami saya beli satu bekas tempoyak untuk dibawa balik hmmmm sedap tue....
Bila dah habis ronda-ronda di pekan Temerloh kami pun balik bila sampai ke rumah dan releks-releks kejaps aya pun mula la proses masak gulai tempoyak ni bukannye susah pun cara memasaknya sangat la ringkas . Resepi untuk gulai tempoyak ni saya ada masukkan dalam entry yang lepas cuba la cari....

Gulai tempoyak ikan patin sungai Pahang

Hmmmmm fresh sangat ikan ni , sedapppppp sangat ish ish masih terasa kesedapan ikan ni . Isinya ikan patin sungai Pahang ni tak sama rasa macam ikan patin yang biasa dijual sekitar kedai , hypermarket dan pasar di area rumah saya ni. Isi ikan patin ni tak ada langsung bau hanyir macam ikan sungai lain dan isinya padat dan kenyal bukan liat . Hmmm macam ikan laut jeee lemak ikan ni di bahagian perut pun tak lembik dan hanyir kira cukup-cukup je lemak ni maklum la ikan ni dibela dalam sungai Pahang so lain sangat rasanya...

Resepi gulai tempoyak yang saya guna ni saya ambil dari majalah je mungkin stail Perak kot dan bahannya lebih kurang sama dengan gulai tempoyak cara Pahang cuma bezanya cara Pahang guna daun kesum , tapi bila saya makan gulai tempoyak yang Salina masak tempohari sedapppppp sangat dan tak ada banyak beza sangat pun dengan cara saya masak.....


Cuba tengok isi ikan patin fresh ni putihkan dan bila dah masak pun putih fresh . Makan pulak gulai tempoyak ni dengan nasi serta ikan pekasam . Suami saya memang berselera je makan hehehe...

Suami saya la yang pilih 2 ekor ikan patin ni , masih segar dan bila balik saya terus masak cukup la untuk kami makan selama 3 hari hehehhe

Isnin, 28 Disember 2009

TELUR TUMIS KICAP


Telur tumis kicap

Resepi telur ni simple juga tapi saya sekeluarga memang suka , kalau tak masak sambal tumis telur saya akan masak resepi ni sebab anak-anak boleh makan sebab tak pedas . Nak masaknya pun senang kejap je dah siap....

KURMA AYAM


Menu simple tapi favorite anak-anak , kurma ayam ni kalau nak sedap lagi boleh la ditambah dengan kacang gajus yang dikisar atau tumbuk untuk atau boleh juga digunakan buah keras tapi rasa kuahnya tak la sesedap kalau kita guna buah gajus...
Ayam masak kurma

CUTI KE MELAKA


Bila datang ke Melaka dan ada kesempatan kami akan ke Umbai untuk makan seafood yang fresh-fresh , harga berpatutan sebab ada banyak gerai dan kedai makan so memang ada banyak pilihan .

Amak-anak di jeti Umbai...


Di Jonker Street

Anak-anak saya di depan salah sebuah kedai di Jonker Street...

Khamis, 24 Disember 2009

JALAN-JALAN


Bestnya pegi shopping kompleks masa nak krismas ni kita dapat tengok decorations yang pelbagai , pokok krismas yang tinggi sangat macam 2 tahun sudah kot pokok krismas yang tinggi sangat kat KLCC rasanya tingginya macam 4 tingkat bangunan kot dah jadi kontraversi sangat sebab bila nak sambut Aidilfitri dekorasi nya simple bila nak krismas beria-ria shopping kompleks kat area KL ni hmmm macam-macam kan. So , saya bawa la anak-anak berwindow shopping di the Curve dan Ikea saja jalan-jalan .

Kami di the Curve..

Bila dah jalan-jalan dalam the Curve dan shopping sikit saya bawa anak-anakl ke IKea pula untuk lunch . Macam biasa saya nak makan my favorite poach salmon tapi tak de rupanya di ganti dengan baked salmon dengan herbs sauce . Saya lupa pula memang tiap-tiap kali masuk bulan Disember je menu salmon bertukar . Ok la saya makan juga la menu salmon ni walaupun kurang best macam salmon dengan sos dill yang biasa tu tapi menu ni memang healthy sangat la. Anak macam biasa nak makan swedish meatballs hmmm sedap...

Lepas dah makan lunch kami pusing-sing dalam Ikea dan Ikano , did some shopping there dan kami balik by 6 pm..tu je aktiviti kami...

Baked salmon with baked veggie and herbs sauce..


Anak-anak makan swedish meatballs la......

Ahad, 20 Disember 2009

SAMBAL IKAN SEMBILANG

Menu kegemaran suami dan saya , sambal ikan sembilang/keli . Mak mertua saya kalau dia masak menu ni dia suka pilih ikan keli yang kecil sebab bila digoreng garing tulangnya menjadi rapuh . Menu ni sebenarnya sama saja macam ikan masak sambal cili api ...


BAHAN-BAHAN :

Sekilo ikan keli saiz sederhana atau kecil
1 keping asam keping
1 biji bawang besar dimayang nipis-nipis -kalau tak letak pun boleh juga

BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT :

8-10 biji cili api
Sedikit garam- secukup rasa

CARA MEMASAK :

Bersihkan ikan keli dan lumur ikan dengan garam dan kunyit kemudian goreng ikan sehingga hampir garing (jangan garing sangat nanti tak sedap pulak sambal ikan ni) Ikan ni dihancur-hancurkan dan kepala ikan serta tulang yang ada dibuang .

Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumbuk kacau dan biarkan sampai wangi kemudian amsukkan bawang dan biar sampai bawang layu.

Masukkan semua ikan keli yang sudah dihancur-hancurkan tadi serta asam keping kacau semua bahan sampai la semua bahan menjadi mesra dan sekata...

* boleh juga ditambah sedikit gula untuk ada variasi rasa

Ikan keli atau sembilang ni mak mertua saya goreng garing kemudian dihancur-hancurkan supaya mudah nak dimakan . Tulang ikan keli jadi rapuh sementara kepalanya di buang . Nanti saya bagi resepinya..

Selasa, 15 Disember 2009

BALIK KAMPUNG


Semua gambar dalam entry ni dah lama saya ambil kira-kira sebulan yang lalu cuma sekarang baru dapat dibuat entrynya , seperti biasa mak mertua saya kalau dia tahu kami nak balik macam ni la punya banyak menu yang dia masak . Mak mertua saya memang tau menu favorite anak-anak dia dan menantu-menantunya terutama menantu sulung dia ni saya la tu kehkehkeh....selalunya dia mesti masak gulai ayam kampung atau ayam kampung masak lemak cili api .
Kadang-kadang tu mak mertua akan masak sambal ikan keli hancur uishhh menu ni memang sedap sangat atau mak akan masak gulai kerang dengan sayur buncis macam yang ada dalam gambar ni kiranya ikut nasib kami la dapat makan menu-menu special ni kalau balik kadang-kadang ada kalau tak de pun mak mertua mesti masak menu special la juga .
Banyak lagi menu Nogeri Sembilan yang menjadi favorite saya sebenarnya tapi itu je la yang selalu mak mertua saya masak , selalunya saya akan tolong masak sayur bahagian masak lauk memang mak mertua yang masak sebab cara dia masak lain air tangan dia tu memang buat gulai yang dimasak sedap saja....

Penuh meja dengan macam-macam jenis makanan semuanya sangat sedap dan menyelerakan , memang mak mertua saya pakar memasak sedap semuanya hmmmm yummmy ...


Gulai ayam kampung yang mak masak memang tiada tandingannya sedap sangat kami memang tau mak mesti sembelih ayam kampung bila kami ramai-ramai balik sebab menu ni memang kesukaan hubby saya . Berselera sangat hubby bila makan nasi dengan lauk ayam gulai ni beserta ikan masin dan potai uishhhh kecur air liur saya ini bila teringatkan balik keenakkan masakan mak mertuaku ni...


Rahsia kesedapan masakkan mak mertua saya dapur kayu yang masih digunakan sampai ke hari ini....

Air kelapa pandan atau suami saya panggil "Jando Pulang" kehkehkeh...panggil la apa saja namanya tapi memang sedap air kelapa pandan ni fresh sangat..

Rabu, 9 Disember 2009

SOTO AYAM


Saya mula-mula cuba masak soto ni pada tahun 1998 , saya jumpa resepi dalam majalah . Semenjak dari tu selalu juga saya masak soto sebab bila sekali masak boleh makan sampai ke malam . Kami sekeluarga memang mengemari soto , anak-anak saya pun memang suka makan menu bersup .
Soto ayam

Bahan-bahan yang di makan bersama soto ayam ini cuma saya tak sediakan kacang goreng , taugeh dan daun sup pula saya sudah masuk terus ke dalam supnya.

BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam-dipotong 8
1 peket bihun-dicelur
2 peket suhun
1 peket bawang goreng segera- kalau boleh buat sendiri lagi sedap
1 peket nasi impit segera- direbus
1 pokok daun sup
1 pokok daun bawang
1 peket sup bunjut
200 grm taugeh
1.5 liter air (ikut pada selera masing2)
Sedikit kacang goreng
Garam secukup rasa

BAHAN UNTUK PERGEDIL :
10 biji ubi kentang (saiz besar)
1 biji telur
Sedikit daun bawang dimayang halus-halus
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DIKISAR :
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

BAHAN REMPAH :
1 sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar lada hitam
Ke semua bahan ini digoreng tanpa minyak selama 5 minit dengan api sederhana besar dan kemudian semuanya dikisar sampai halus.

BAHAN SAMBAL KICAP :
8 biji cli api
3 ulas bawang putih
Kicap manis secukupnya

CARA MEMASAK :
Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar , goreng sehingga wangi dan kemudian masukkan pula bahan2 rempah yang sudah dikisar dan kacau sekejap sampai wangi lebih kurang dalam 4-5 minit , api dapur mesti la sederhana besar saja.
Kemudian masukkan semua air dalam dan juga semua ayam yang sudah dibersihkan tadi . Masukkan sup bunjut dan kacau sekejap , biarkan sup mendidih dan ayam masak . Keluarkan ketulan ayam yang sudah masak dan biarkan sejuk . Masukkan garam secukup rasa ke dalam sup dan juga daun sup/bawang yang sudah diracik halus-halus.
Untuk membuat pergedil pulak -Kupas semua ubi kentang dan dipotong kecil-kecil kemudian digoreng sampai kekuningan dan masak . Tumbuh semua ubi kentang ini sehingga lumat kemudian boleh di masukkan sebiji telur , daun bawang yang diracik halus secukupnya dan garam secukup rasa . Gaul semua bahan sehingga sebati kemudian adunan ini boleh la di bentuk seperti sebiji bola kecil dan ditekan leper dan buatlah sehingga habis semua adunan pergedil ini . Panaskan minyak yang mencukupi untuk mengoreng pergedil ni , pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk yang sesuai dan telur ini dipukul sedikit macam nak buat telur dadar , celupkan ketulan pergedil dalam telur ini dan terus di goreng sehingga masak kekuningan semua pergedil ini.
Semua isi ayam di carik-carik dan diketepikan . Goreng suuhun , celur bihun dan taugeh sehingga lembut dan boleh la di potong nasi impit.

Sup ayam yang tengah masak mengelegak.


Ayam ni saya carik-carikkan isinya dan juga sambal kicap

Selasa, 8 Disember 2009

GULAI DAGING


Saya masak lemak cili api ni guna daging hasil korban yang lepas , suami saya memang suka makan daging tapi hanya la daging yang segar sebab rasa daging ini lebih manis . Daging yang saya dapat ni dari lembu yang muda so sekejap je masak dagingnya dan empuk .

BAHAN-BAHAN :

1 kilo daging lembu
4 cawan santan pekat
6 biji ubi kentang-dikupas kulit dan dibelah 4
6 batang serai- dititik

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api
2 inci kunyit hidup
Garam kasar secukup rasa

* kalau kurang kuah boleh la ditambah santan lagi

CARA MEMASAK :

Potong daging pada saiz yang sesuai dan bersihkan serta terus dimasukkan ke dalam periuk yang sesuai . Masukkan semua bahan tumbuk dan serai yang dititik . Masukkan juga semua santan , sekeping asam keping . Letak di atas api dapur dan masak sehingga daging empuk dan boleh la dirasa garam jika kurang tambah lagi mengikut cita rasa masing-masing.


Bahan untuk masak lemak cili api ni sama saja cuma untuk masak lemak daging ni saya guna banyak serai ikut cara yang mak mertua ajar .

SPAGHETTI OLIO


Yum yum memang sedap dan mudah nak dimasak..


BAHAN-BAHAN :

1 spaghetti - rebus sampai lembut
500 grm udang
300 grm sotong
5 biji cili merah
1 labu bawang putih
1 kiub pati ayam
1 jambak daun pasley
Garam dan lada sulah secukup rasa


* Kalau tak mau guna sotong pun boleh hanya guna udang saja sebagai perencah.


CARA MEMASAK :

Rebus spaghetti sampai lembut dan ketepikan dulu . Masa merebus pastikan air mendidih dan boleh di letak sedikit garam didalam air rebusan supaya spahetti tak melekat masa prose merebus ini.

Bersihkan semua udang dan kupas kulit , sotong dibersihkan dan dipotong kecil . Kupas semua bawang putih dan di mayang halus-halus , semua cili di buang biji dan di cincang halus-halus juga kalau suka pedas boleh la dibiarkan biji cili tak yah buang.

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan biarkan sampai layu kemudian masukkan semua cili dan gerang semua bahan ini sampai garing . Masukkan semua udang dan sotong sampai masak dan boleh la terus masuk semua spaghetti dan kiub pati ayam yg di hancurkan serta garam dan serbuk lada sulah / lada hitam secukup rasa dan akhir sekali daun pasley yang diracik halus tadi . Kacau sampai semua bahan sekata dan masak .

SALAD LOBAK PUTIH n TIMUN



BAHAN-BAHAN :

1 biji lobak putih
1 biji timun

BAHAN UNTUK DRESSING :

Herba dill ( kering dlm botol kecil )
6 sudu olive oil
1 biji limau kasturi
Garam/gula/serbuk lada sulah secukup rasa

- Masukkan semua bahan dressing ini dalam bekas yg sesuai dan goncang bagi sebati.

CARA PENYEDIAAN :

Sediakan dressing salad ini dulu . Kupas kulit timun dan buang bahagian tengah/biji sebab bahagian ni yang banyak air . Kupas kulit lobak putih dan sagat sampai habis .

Masukkan semua timun dan lobak putih dalam mangkuk yang sesuai dan tuanglah semua dressing dan campurkan 4 sudu yogurt plain kacau semua bahan bagi sekata .

Khamis, 3 Disember 2009

SEAFOOD CASSEROLE


Resepi ni pun kakak saya yang ajar cara memasaknya , resepi ini adalah campuran fillet ikan . udang dan sotong tapi kalau nak guna fillet ikan saja pun boleh . Hmmm yummmy.....


BAHAN-BAHAN :

1 peket fillet ikan dory
200 grm udang
100 grm sotong
2 ikat bayam - ambil daun dan dicelur
2 btg carrot
8 biji ubi kentang-mash potatoes


WHITE SAUCE :

2 sudu besar butter
1/2 kotak susu full cream atau fresh milk
2 sudu besar mustard
1 peket monzarella cheese
Garam dan pepper/serbuk lada hitam secukup rasa


CARA MEMASAK :
Bersihkan ikan dan potong menjadi ketulan sederhana besar , bersihkan udang buang semua kulit dan bersihkan sotong juga serta potong kecil-kecil . Susun semua bahan-bahan ini dalam bekas casserole yang sesuai .

Kupas semua ubi kentang dan direbus sampai empuk dan di lenyek kasar-kasar kemudian masukkan garam / pepper dan butter secukup rasa . Gaul semua bahan ini menjadi sebati.

Ambil semua daun bayam sahaja dan celur sehingga masak . Ketepikan dulu sayur bayam ini . Kemudian sagat semua carrot dan ketepikan juga dulu.

Masukkan semua bahan untuk white sauce ke dalam periuk dan masak sehingga kuah hampir mendidih , gunakan api sederhana besar untuk masak white sauce ni . Kemudian masukkan carrot yang sudah disagat dalam sauce ini dan biarkan sampai carrot masak dan boleh la ditutup api dapur. Bila masak sauce ini akan menjadi pekat dan likat sebab cheese yang sudah cair tadi .

Tuangkan semua white sauce keatas ikan dan udang tadi . Kemudian susun semua sayur bayam yang dicelur tadi di atas white sauce , susun sampai menutupi white sauce ini .

Akhir sekali tutup pula semua sayur bayam tadi dengan kentang lenyek dan boleh la di bakar casserole ini di dalam oven dengan suhu 230 celcius selama 40 minit atau sampai masak .


Seafood casserole yang sedang ditutup dengan kentang lenyek , tutup semua sayur bayam dan isi ikan dengan kentang lenyek ini dan boleh la dibakar.

Rabu, 2 Disember 2009

CUPCAKE COKLAT


Dah lama juga saya tak bake cupcake , so baru-baru ni saya buat la cupcake yang simple je ni , untuk resepi keknya saya guna resepi kek dari blog "Maklang Corner" dan resepi untuk coklat ganache pun saya ambil dari internet saja , dah banyak kali saya guna resepi ni dan memang sedap keknya.


Cupcake saya yang simple...

Adunan kek yang dah ready untuk dibakar...

Resepi untuk keknya saya ambil dari blog "MAKLANG CORNER" dan dah banyak kali saya buat memang sedap dan menjadi , yang penting kita mesti ikut cara dan arahan yang diberi semasa proses membancuh adunan keknya , alhamdulillah selama saya cuba resepi dari blog pakar-pakar masak ni apa yang saya masak menjadi dan sedap dimakan....yang penting kita mesti ikut arahan atau cara membancuh yang diberikan.

MOIST CHOC. CAKE

BAHAN A : diayak

2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil soda bicarbonate

BAHAN B :

4 biji telur
2 cwn gula halus
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1½ cwn air panas mendidih

CARA MEMBANCUH ADUNAN :

Pukul gula + telur = kembang (high speed) saya pukul dalam 10 minit . Kemudian masukkan susu pekat , pukul sekejap dan masukkan minyak dan pukul menggunakan aras low speed .

Masukkan bahan A iaitu tepung - sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-plahan sehingga betul-betul sebati .Kemudian masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu).

Akhir sekali saya masukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas ( masukkan 3/4 saja bancuhan kek ini ke dalam cup kertas jangan sampai penuh)dan bakar selama 15 minit dalam suhu 180 darjah celcius atau sehingga kek masak . Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi , jika lidi yang ditarik keluar itu bersih bermakna kek dah masak .


RESEPI UNTUK COKLAT GANACHE :

Sukatan biasa digunakan membuat ganache ialah:

300 gm krim pekat/putar
500 gm coklat masakan(cincang halus)
30 gm mentega

Kaedah asas membuat ganache:

1) Cincang coklat masakan kecil-kecil.Masukkan mentega sekali dengan coklat yang sudah dicincang ini.
2) Panaskan krim hingga mendidih. Angkat.
3) Masukkan coklat dalam krim dan kacau hingga coklat cair.
4) Biarkan ia sejuk beberapa jam sebelum digunakan.( Boleh juga teknik double boiling untuk masak coklat ganache ini)


Kek yang dah sejuk dan saya mula nak sapu coklat ganache pada pemukaan atas kek dan lepas tu saya tabur manik gula dan cokolat M&M.

Selasa, 1 Disember 2009

PASTA ALFREDO


Menu pasta alfredo ini pun kak Amy yang sediakan . Memang sedap anak-anak saya dan sepupu-sepupu mereka paling suka pasta alfredo ni , sekejap je kami makan dah habis hehehe.....


BAHAN-BAHAN :

1 peket ribbon pasta
1 peket sosej AYAMAS - potong kecil-kecil
1 peket cendawan butang segar atau cendawan tiram segar/shitake
2 tin sos alfredo dlm tin brand PREGO
1/2 cwn air
2 cwn susu
3 sudu besar mentega
Black pepper secukup rasa
Sedikit English pasley - diracik halus dan ditabur diatas pasta bila hendak dihidangkan nanti.

* Kalau kurang masin baru la ditambah garam.
* Saya suka guna sosej brand AYAMAS tapi kalau nak guna sosej brand apa pun boleh.

CARA PENYEDIAAN PASTA :

- Didihkan air didalam periuk yang cukup besar . Bila air dah cukup mendidih masukkan semua pasta dengan sedikit garam dan rebus sehingga pasta ribbon ini cukup kembang dan lembut. Bila dah masak toskan pasta ribbon ini dan ke tepi kan dulu.

- Masukkan semua sos alfredo , sosej , susu , air , butter , cendawan dan serbuk black pepper didalam kuali dan kacau dan biarkan samapi sos pasta ini mendidih dan cendawan masak . Kemudian masukkan semua pasta ribbon tadi dan kacau sehingga sos dan pasta sebati dan senduk semua pasta ke dlaam mangkuk yang sesuai . Taburkan english pasley ke atas pasta ini.

- boleh juga ditabur parmesan cheese masa nak makan hmmmm yummmy....

SALAD UBI KENTANG



Saya lupa pulak nak ambil gambar salad ubi kentang tapi dalam gambar diatas ni yang sebelah kiri tu adalah salad ubi kentang .

BAHAN-BAHAN :

6 biji ubi kentang - direbus dan dipotong dadu sederhana besar.
1 biji cili capsicum- dipotong dadu kecil-kecil
1 biji bawang merah- dimayang nipis-nipis

DRESSING SALAD :

8 sudu minyak buah zaitun/olive oil
1/2 biji lemon- diambil jusnya
Garam/gula/black pepper secukup rasa

* Semua bahan ini di campur dalam bekas bertutup dan digoncang sampai sebati .

CARA PENYEDIAAN SALAD:

- Masukan semua ubi kentang , cili capsicum dan ubi kentang dalam bekas yang sesuai . Tuangkan dressing ke dalam mangkuk ini dan gaul semua bahan supaya menjadi rata .

Ahad, 29 November 2009

BEANS SALAD

Beans salad yang dah siap dan boleh dimakan hmmm yummy . Lagi satu jenis salad yang sedap yang kak Amy sediakan .


Bean salad yang baru dituang dengan dressing dan akan di kacau supaya semua bahan sebati dan dressing ini rata dan sekata.


BAHAN-BAHAN :

200 grm kacang buncis-dicelur saja
1 biji jagung-direbus dan di parut/atau jagung kernel dalam tin
1 tin kidney bean/kacang merah dlm tin
2 tomato

*optional-salad ni akan jadi lagi sedap kalau kita dapat campurkan sekali kacang tanah rebus/steam yang biasa kita boleh beli di pasar malam . Tapi kalau tak ada pun tak pe...

DRESSING :

1/2 biji bwg - dicincang halus
1 biji cili merah- dicincang halus juga
salt/pepper/gula secukup rasa
2 sudu besar apple cider vinegar
8 sudu olive oil
gula

- Masukkan semua bahan dressing ni dalam bekas bertutup dan goncang supaya semua bahan menjadi sebati .

CARA MENYEDIAKAN SALAD :

-Kacang buncis di buang hujungnya dan dicelur sekejap saja , jagung juga di rebus. Buah tomato di potong kemudian masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan masukkan sekali kidney beans .

- Bila nak makan salad ni baur lah di campur bersama dressing slaad yang sudah disediakan kemudian gaul rata dressing supaya sekata.

Jumaat, 27 November 2009

SALAM AIDILADHA 2009

Assalamualaikum saya ucapkan kepada semua sahabat dan para pengunjung blog saya ini , di sini saya ingin mengucapkan ...

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

Selasa, 24 November 2009

SALAD DAY

Last Sunday adalah hari family gathering kami di rumah Kak Ija , memang meriah dan best sangat sebab kami dapat berkumpul bersama family masing-masing dan anak sedara saya Adel and family pun ada sama. Kali ni kami tak bawa pot luck dari rumah masing-masing tapi kak Amy nak masak dan ajar kami 2 jenis menu pasta , 1 fish casserole dan 5 jenis salad hmmmmm yummmy semuanya....
Kak Amy start sesi masakan hari tu dengan mengajar kami buat 5 jenis salad yang sihat dan tak guna mayonis , semua salad tu sedap sangat dan saya dah masukkan resepi 2 jenis salad nanti saya masukkan resepi yang lagi 2 pulak...

Chef of the day semestinya kak Amy laa , sedap sangat semua masakan kak Amy , haaa yang nampak kepala tu ialah Rahael anak abang saya hehehehe nak interfrem la tu ok aje saya ni lagi ramai lagi meriah gitu gambar saya yang saya ambil ni hehehehee...

Kak Ija buat cream caramel yang sedap ni untuk dessert , hmmmmm yummmy sangat....

Bean salad yang sedap dan healthy sebab tak guna mayonis..

FAMILY GATHERING


Bila kak Amy dah siap masak , so tibalah masa untuk sesi makan beramai-ramai , Kak Amy senyum je kat tepi meja tu tengok kami berselera makan masakan dia , thanks Kak Amy for the delicious meal , sambil makan kami sembang-sembang baru la best...


5 jenis salad yang sedap sangat hmmm yummy...

Adel tengah mengoreng lagu Metalica dan Kamalia , sepupu kecil lain semua tengah best tengok Adel main gitar , dari pagi sampai malam la kami lepak di rumah kak Ija .

Isnin, 23 November 2009

SALAD KOBIS UNGU


Resepi salad ni adalah dari kakak saya kak Amy , dia tunjukkan cara-cara nak buat salad ni semalam masa kami berkumpul di rumah kakak saya Kak Ija untuk family gathering . Salad ni memang sedap sangat dan sangat berkhasiat , saya dah plan nak buat salad ni besok . A very healthy and delicious salad...yummy...


BAHAN-BAHAN :

1/4 kobis merah
1 biji apple hijau
1 biji apple merah
1 peket kacang gajus

DRESSING UNTUK SALAD :

10 sudu besar olive oil
2 sudu besar balsamic vinegar
Garam , gula dan serbuk lada hitam secukup rasa

*Banyak mana nak guna balsamic vinegar atau bahan-bahan dressing lain adalah bergantung pada citarasa kita.

CARA PENYEDIAAN :

Bersihkan kobis dan semua buah apple kemudian kobis ini di potong nipis-nipis , buah apple di potong kiub. Semua bahan dimasukkan dalam sebuah mangkuk yang sesuai. Kemudian masukkan kacang gajus kedalam mangkuk ni juga.

Dalam bekar tupperware yang sesuai campurkan semua bahan dressing tadi dan goncang sampai semua bahan sebati.

Bila nak makan boleh la di tuang dressing tadi ke dalam mangkuk yang berisi salad dan gaul semua bahan sampai sebati dan sos menjadi sekata.


Kak Amy tengah mengajar kami semua macam mana nak buat salad kobis merah dengan apple dan kacang gajus ni ...