MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Rabu, 2 Disember 2009

CUPCAKE COKLAT


Dah lama juga saya tak bake cupcake , so baru-baru ni saya buat la cupcake yang simple je ni , untuk resepi keknya saya guna resepi kek dari blog "Maklang Corner" dan resepi untuk coklat ganache pun saya ambil dari internet saja , dah banyak kali saya guna resepi ni dan memang sedap keknya.


Cupcake saya yang simple...

Adunan kek yang dah ready untuk dibakar...

Resepi untuk keknya saya ambil dari blog "MAKLANG CORNER" dan dah banyak kali saya buat memang sedap dan menjadi , yang penting kita mesti ikut cara dan arahan yang diberi semasa proses membancuh adunan keknya , alhamdulillah selama saya cuba resepi dari blog pakar-pakar masak ni apa yang saya masak menjadi dan sedap dimakan....yang penting kita mesti ikut arahan atau cara membancuh yang diberikan.

MOIST CHOC. CAKE

BAHAN A : diayak

2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil soda bicarbonate

BAHAN B :

4 biji telur
2 cwn gula halus
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1½ cwn air panas mendidih

CARA MEMBANCUH ADUNAN :

Pukul gula + telur = kembang (high speed) saya pukul dalam 10 minit . Kemudian masukkan susu pekat , pukul sekejap dan masukkan minyak dan pukul menggunakan aras low speed .

Masukkan bahan A iaitu tepung - sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-plahan sehingga betul-betul sebati .Kemudian masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu).

Akhir sekali saya masukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas ( masukkan 3/4 saja bancuhan kek ini ke dalam cup kertas jangan sampai penuh)dan bakar selama 15 minit dalam suhu 180 darjah celcius atau sehingga kek masak . Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi , jika lidi yang ditarik keluar itu bersih bermakna kek dah masak .


RESEPI UNTUK COKLAT GANACHE :

Sukatan biasa digunakan membuat ganache ialah:

300 gm krim pekat/putar
500 gm coklat masakan(cincang halus)
30 gm mentega

Kaedah asas membuat ganache:

1) Cincang coklat masakan kecil-kecil.Masukkan mentega sekali dengan coklat yang sudah dicincang ini.
2) Panaskan krim hingga mendidih. Angkat.
3) Masukkan coklat dalam krim dan kacau hingga coklat cair.
4) Biarkan ia sejuk beberapa jam sebelum digunakan.( Boleh juga teknik double boiling untuk masak coklat ganache ini)


Kek yang dah sejuk dan saya mula nak sapu coklat ganache pada pemukaan atas kek dan lepas tu saya tabur manik gula dan cokolat M&M.

7 ulasan:

  1. kimwell boleh rasanya.

    BalasPadam
  2. luv de cupcakes...
    such a delicious... yummmy~
    :D

    BalasPadam
  3. dimana blh saya dapat cup untuk cakes tu???
    sebelum ni saya guna cup yang bercorak...kalau blh saya nak yg simple..

    BalasPadam
  4. macam sedap..saya try ye.thanx for the recipe! :)
    -mira, subang jaya

    BalasPadam
  5. wow..
    nak cuba la..

    BalasPadam