MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Memaparkan catatan dengan label nasi dagang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nasi dagang. Papar semua catatan

Khamis, 28 April 2011

Nasi dagang dengan ayam kerutuk

Malam Isnin sudah saya masak nasi dagang ni special untuk sambut birthday Aisyah . Nasi dagang dengan ayam kerutuk ni memang favorite Aisyah so memang berselera sangat dia makan . seronok saya tengok reaction anak-anak bila saya masak menu kesukaan mereka dan bila makan tu bersemangat je dan saya rasa cukup puas hati bila anak-anak sedap je makan apa saja yang saya masak :)

Kali ni nasi dagang ni saya masak cara biasa saja dan tak di kukus so proses nak masaknya sekejap saja macam masak nasi biasa saja.

Nasi dagang dengan acar mentah dan ayam kerutuk..

BAHAN-BAHAN:

4 cawan beras
5 cawan air
1 cawan santan pekat
3 cm halia - di potong nipis
2 ulas bawang merah - dipotong kecil
1 sudu kecil halba
1/2 sudu kecil garam - secukup rasa

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan halia serta dipotong nipis-nipis . Basuh beras yang diletak dalam periuk nasi dan masukkan air serta santan , halia , halba , bawang merah dan garam . Kacau bagi mesra semua bahan dan masak nasi seperti biasa guna periuk letrik .

Sabtu, 16 April 2011

Nasi dagang

Saya cuba masak nasi dagang dan alhamdulillah syukur menjadi juga , masa nak masak nasi dagang ni saya suspen juga al maklum la first time nak cuba resepi baru . Lepas google banyak kali saya tawakal cuba resepi nasi dagang yang saya jumpa DI SINI sementara gulai ikan tongkol saya cuba masak berpandukan resepi di bungkusan rempah yang saya beli di pasar Payang , Kuala Terengganu . Proses nak masak nasi dagang dan gulai ikan tongkol ni tak la susah sangat cuma beras nasi dagang ni perlu la direndam semalam sementara ikan tongkol seelok-eloknya dikukus lebih awal sebelum dimasak gulai . Lepas ni boleh saya cuba masak nasi dagang lagi rupa-rupanya tak la susah sangat dan berbaloi bila masak sendiri kita boleh ubah suai ikut selera sendiri :)

Ini la nasi dagang bersama gulai ikan tongkol dan acar . Kalau makan nasi dagang saya suka tambah telur rebus emmmm memang sedap . Lepas ni saya nak cuba masak gulai ikan aya ni guna resepi tradisional Kelantan pula..

NASI DAGANG

BAHAN-BAHAN :

4 cawan beras nasi dagang
1 tin (400ml) santan pekat
4-5 ulas bawang merah - dimayang
1 cm halia - hiris macam bilah mancis
1 sudu kecil halba
garam
gula

CARA-CARA :

Bersih beras dan rendam. Sekurang-kurangnya 4 jam. Saya rendam semalaman.

Ambik 1/4 tin santan. Tambahkan 1/4 cawan air untuk jadikan santan cair. 3/4 tin santan lagi jadikan sebagai santan pekat.

Masak santan pekat bersama bawang, halba, garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Jangan biarkan terlalu lama. Nanti nasi akan rasa cepat muak.

Toskan beras. Kukus sekejap lebih kurang 5 minit. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair. Kukus semula sehingga nasi masak.

Bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit.

Bila dah siap bolehlah dihidangkan bersama gulai ikan tongkol atau kari ayam.

Gulai ikan tongkol@aya

Gulai ikan tongkol@aya yang saya masak guna rempah yang saya beli di pasar Payang , Kuala Terengganu , cukup sedap gulai ni dimakan dengan nasi dagang. Saya ikut resepi yang ada pada bungkusan rempah untuk masak gulai ikan ni..

BAHAN-BAHAN :

2 ekor ikan tongkol-anggaran 1kg
3-4keping asam gelugor(keping)
1 sudu kecil garam
air secukupnya

Ikan disusun dalam bekas yang sesuai , asam keping disusun dicelah-celah ikan dan dalam perut ikan . Air dituang sedikit dalam mangkuk yang disusun ikan ni . Kukus ikan sehingga masak . Simpan air rebusan ikan ni untuk diguna masa masak kuah gulai nanti .

BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH GULAI :

4-5 santan pekat
1 peket rempah gulai ikan tongkol
10 biji cili padi
2-3 biji cili merah/cili hijau - dibelah 2
3-4 biji timun kecil - buang empulur tengah n potong
1 sudu besar kerisik
1 sudu kecil belacan-dibakar
garam dan gula secukupnya

BAHAN DIKISAR HALUS :

5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 1/2 inci lengkuas
1 inci halia
5 biji cili kering-direbus sampai lembut - kalau suka pedas tambah la lagi

CARA MEMASAK :

1. Panaskan minyak dalam periuk kemudian tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan cili kisar dan kerisik. Tumis hingga pecah minyak.

2. Masukkan 1 cawan air rebusan, santan , cili padi dan cili merah , asam gelugor , garam dan gula. Masukkan ikan tongkol tadi dan masak gulai hingga kuah pekat. Last sekali masukkan cili merah dan timun . Bila timun layu boleh la ditutup api dapur .

Acar mentah

Bila makan nasi dagang mesti ada sayur acar mentah baru la sedap , mudah je nak buat acar mentah ni yang penting cukup semua rasa masam dan manisnya..


BAHAN-BAHAN :

Sebiji timun-dipotong
Sebiji carrot-dipotong
Sebiji bawang besar-dimayang nipis-nipis
1-2 biji cili merah - dipotong kecil-kecil
Garam , gula dan cuka secukupnya

CARA MEMASAK :

Gaulkan semua bahan sehingga cukup mesra .