MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Selasa, 24 Mei 2011

Asam pedas ikan tenggiri

Dah lama juga saya tak masak asam pedas so hari ni menu kami sekeluarga ikan tenggiri masak asam pedas . Semalam kat area rumah saya ni ada pasar malam so selaunya saya memang beli stok ikan dan sayur-sayuran serta buah-buahan di pasar malam . Selain harga yang barang yang berpatutan semua ikan-ikan yang saya beli segar sebab kebanyakkan peniaga ikan ni datang dari Kuala Selangor so stok ikan semuanya adalah fresh dan baru di ambil dari jeti ikan Kuala Selangor . Memang sedap masak asam pedas guna ikan fresh selalunya saya guna ikan terubuk , ikan pari , ikan kembung dan juga ikan tenggiri ni .


BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan tenggiri segar ( 1 kg )
2-3 cawan air
2 batang serai
2 bunga kantan- dibelah dua
Asam jawa secukup rasa atau asam keping
Segenggam daun kesum/ 1 ikat
2-3 helai daun limau purut dicarik-carik
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DI BLEND:

10 biji cili kering - direbus supaya menjadi lembut
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
3 cm belacan

*Jika suka lebih kuah masukkan lebih air dan kalau nak lagi pedas tambah la cili lagi .
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan diblend sehingga naik bau.Kacau sehingga sambal menjadi masak dan pecah minyak.Kemudian masukkan serai dan kacau lagi.
Seterusnya masukkan air , daun kesum, asam keping dan bunga kantan. Kacau semua bahan dan biarkan kuah hampir mendidih.
Masukkan ikan tenggiri , asam keping , garam dan gula . Kemudian kacau supaya semua bahan menjadi mesra. Jangan kacau terlalu laju dan kuat fillet ikan tenggiri boleh pecah.

Biar kuah mendidih untuk 3-5 minit lagi dan boleh la dimatikan api dapur .Tutup periuk dengan penutup, ini adalah untuk membiarkan ikan parang terus masak di dalam wap panas kuah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan