MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Isnin, 16 Mei 2011

Cheese cake

Cheese cake lagi..favorite kami sekeluarga..
Non baked cheese yang sangat sedap dan mudah nak dibuat..
hmm yummy..

Resepi asal cheese cake ni saya dapat dari internet tapi saya dah ubah ikut selera kami sekeluarga . Selalunya macam tu la saya ni belajar buat apa pun jenis resepi baru semuanya bermula dari trial n error . Banyak juga resepi baru yang saya cuba dan akhirnya saya dapat la resepi favorite saya sendiri..

BAHAN-BAHAN :

250 grm cream cheese
200 grm cream/whipping cream- 1 kotak kecil
100 grm gula castor - boleh tambah jika suka lebih manis
15 grm gelatin halal brand Nona
100 ml air suam
Blueberry filling

BASE :

200 grm biskut digestive atau biskut marie
100 grm butter dicairkan

Biskut digestive dihancur halus kemudian digaulkan dengan butter yang dicair sehingga cukup sebati dan boleh dipadat atau dikepal-kepal . Kemudian semua adunan biskut ni tekankan sampai padat dalam bekas yang sesuai . Sejukkan selama 30 minit - 1 jam.

FILLING :

Putar 250gm cream cheese bersama gula castor hingga kembang. Setelah kembang, masukkan semua cream/whipping cream dan pukul hingga lembut & sebati. Ketepikan.

Bancuh gelatin + 100ml air suam . Masukkan gelatin ini ke dalam adunan chream cheese tadi dan gaul semua bahan sehingga cukup mesra.

Tuang adunan cream cheese tadi ke atas base. Sejukkan didalam peti sejuk dan bila dah keras, keluarkan & hias dgn blueberry filling.

5 ulasan:

  1. nampak sedap..nak cube la :D

    BalasPadam
  2. meleleh air liur maklong tengok kek nanie ni.. hehe..

    BalasPadam
  3. wah..nak kene try buat ni :)

    BalasPadam
  4. Nampak sedap boleh cuba ni...tanya sikit gelatin tu mana nak cari yang halal punya. Saya ada beli tapi tak de tanda halal bila bancuh tu baunye tak menyenangkan jadi was2 terus buang je. Boleh tunjukkan gambarnye dan mana nak beli?

    BalasPadam
  5. to sara ,
    mmg sedap cuba la

    to maklong ,
    hehehehe lap cepat air liur tu maklang hihi

    to Annis,
    cuba mmg sedap ni

    to Maizah ,
    Cuba la mmg sedap , saya guna gelatin brand nona dan beli di tesco je

    BalasPadam