MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Sabtu, 7 Mei 2011

Kuih cara manis

Petang semalam saya sempat la masak kuih cara manis ni dan saya guna acuan kuih cara yang baru saya beli masa bercuti ke Kuala Terengganu dulu . Kuih cara ni memang favorite anak-anak sebab rasa kuih cara ni yang sedap cukup berlemak dan manis dari gula yang cair di tengah-tengah kuih tu . Anak-anak saya cakap kuih cara ni comel dan cute sebab saiz kuih ni kecil-kecil saja . Saya guna acuan bentuk buah cermai tu yang buat kuih ni nampak comel dan menarik . Memang mudah nak bancuh dan masak kuih cara ni , selain cara manis kadang-kadang saya rajin juga masak kuih cara berlauk yang cukup enak nanti la bila-bila saya akan masukkan pula resepi cara berlauk ya...

Jom kita minum petang sambil makan kuih cara cukup manis ni..

Bila masak dan makan kuih cara ni mesti saya ingat nostalgia dan kenangan lama masa kecil-kecil dulu , mak saya memang rajin masak kuih cara ni dan saya akan sama sibuk berdiri di sebelah dapur tengok mak masak kuih ni , seronok sangat tengok proses mak masak kuih cara ni dari proses mak sapu minyak pada acuan dengan menggunakan daun pandan yang disimpul serta dicarik-carik hujung daun pandan ni kemudian ke proses mak tuang adunan ke dalam acuan yang dibuat secara perlahan-lahan dan tertib . Mak saya memang cukup teliti bila tengah masak . Paling best kadang-kadang mak saya bagi peluang untuk saya ceduk dan tuangkan gula pasir di tengah-tengah kuih cara . Saya yang masa tu berumur 9-10 tahun paling suka tengok bila gula pasir tu secara perlahan-lahan tengelam dalam adunan kuih yang masih cair . Tu la memori masa saya kecil dan saya suka ikut serta tolong mak di dapur bila mak nak masak kuih ...kenangan bersama arwah mak yang masih kuat bersemadi dalam ingatan saya ni...

BAHAN-BAHAN :

2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
3 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau
secubit garam

BAHAN INTI KUIH :

Gula secukupnya

CARA MEMASAK :

~ Panaskan acuan khas utk kuih cara diatas dapur.

~ Daun pandan di blander dengan santan, tapis.

~ Kemudian campur dan masukkan semua gandum, telur & garam , santan ke dalam blender dan kisar semua bahan sehingga sebati . Tapis utk memastikan adunan tidak berketul .

~ Bila adunan siap masukkan ke dalam acuan yang telah dipanaskan , perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.

~ Isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.

~ Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2.

Bila masak kuih cara ni saya suka biarkan bahagian luar kuih sedikit garing baru la sedap bila dimakan . Bila gigit tu bahagian luar agak garing dan bahagian dalam lembut manis bergula emmm enaknya..

Saya akan guna daun pandan yang dah besar dan tua untuk dicampur dalam adunan kuih cara ni dan sedikit je pewarna hijau . Kuih akan jadi harum dari bau air daun pandan serta warna hijau kuih lagi cantik bila guna daun pandan tua sebab warna hijau dari daun lebih pekat .

Berhati-hati bila makan kuih cara ni masa panas sebab takut melecur pula lidah bila gigit gula cair di tengah kuih ni . So sebaiknya tunggu la kuih cara ni sejuk sikit baru makan ya...

Sedapnya kuih cara ni...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan