MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Sabtu, 16 April 2011

Nasi dagang

Saya cuba masak nasi dagang dan alhamdulillah syukur menjadi juga , masa nak masak nasi dagang ni saya suspen juga al maklum la first time nak cuba resepi baru . Lepas google banyak kali saya tawakal cuba resepi nasi dagang yang saya jumpa DI SINI sementara gulai ikan tongkol saya cuba masak berpandukan resepi di bungkusan rempah yang saya beli di pasar Payang , Kuala Terengganu . Proses nak masak nasi dagang dan gulai ikan tongkol ni tak la susah sangat cuma beras nasi dagang ni perlu la direndam semalam sementara ikan tongkol seelok-eloknya dikukus lebih awal sebelum dimasak gulai . Lepas ni boleh saya cuba masak nasi dagang lagi rupa-rupanya tak la susah sangat dan berbaloi bila masak sendiri kita boleh ubah suai ikut selera sendiri :)

Ini la nasi dagang bersama gulai ikan tongkol dan acar . Kalau makan nasi dagang saya suka tambah telur rebus emmmm memang sedap . Lepas ni saya nak cuba masak gulai ikan aya ni guna resepi tradisional Kelantan pula..

NASI DAGANG

BAHAN-BAHAN :

4 cawan beras nasi dagang
1 tin (400ml) santan pekat
4-5 ulas bawang merah - dimayang
1 cm halia - hiris macam bilah mancis
1 sudu kecil halba
garam
gula

CARA-CARA :

Bersih beras dan rendam. Sekurang-kurangnya 4 jam. Saya rendam semalaman.

Ambik 1/4 tin santan. Tambahkan 1/4 cawan air untuk jadikan santan cair. 3/4 tin santan lagi jadikan sebagai santan pekat.

Masak santan pekat bersama bawang, halba, garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Jangan biarkan terlalu lama. Nanti nasi akan rasa cepat muak.

Toskan beras. Kukus sekejap lebih kurang 5 minit. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair. Kukus semula sehingga nasi masak.

Bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit.

Bila dah siap bolehlah dihidangkan bersama gulai ikan tongkol atau kari ayam.

8 ulasan:

  1. wajib sy mintak bakal isteri rujuk blog ni... supaya hari2 sy dpt makan sedap. hehe

    BalasPadam
  2. sedapnya. terliur tengok gambar tu.

    BalasPadam
  3. sedap la tengok pic tu k nannie. dulu pernah belajar mengukus nasi dage ni. waduhh.. rumit sungguh. tapi hasilnya memang marbeles.
    tu je la first n last. ntah bila tahun nak buat pula.

    BalasPadam
  4. SAlam perkenalan kak nannie.Sedapnya nasi dagang kak..dh lama tak mkn. nak buat sendiri tak ada stok beras nasi dagang. telan air liur le dulu..

    BalasPadam
  5. to Muhd Burn,
    heheheh terima kasih ya Muhd pun boleh masak juga ikut blog akak ni resepinya mudah je

    BalasPadam
  6. to Amir ,
    hmmmmm mmg sedap nasi dagang dgn gulai ikan aya ni yum yum

    BalasPadam
  7. to cek chun,
    memang pun susahnya nak kukus nasi ni kena sabar betul la alhamdulillah jadi juga akhirnya puas la kami anak-beranak makan

    BalasPadam
  8. wlksalam niey_muhaini,
    memangs edap nasi dagang ni makan dgn gulai ikan aya , tu la beras nasi dagang ni susah nak dapatkan tapi ada kedai kat kl ni yang jual cuma terhad la

    BalasPadam